6 May 2004 - 8 May 2004
Aku, Nda & Mira (as usual) pergi holiday kat Perhentian Island lak. Memang excited sangat sebab kitarang memang plan nak pergi holiday kat island (since kitarang bertiga ni hantu pantai). Plus, ni semester terakhir kitarang. Kalau boleh memang nak spend masa together. Pasni, tah bila lagi leh jumpa.. Actually, gathering ni dianjurkan oleh chatters #golok. Aku and Nda menyibuk je sebenarnya. Mira yang ajak kitarang cuz dia memang chatters kat #golok (dulu kan famous mirc. Time tu mana ada facebook, ym bla bla bla)
Awal pagi lagi kitarang dah berkumpul kat Padang Bas Kota Bharu, Kelantan. Bila semua dah datang, kitarang naik bus ke Jeti Besut, Terengganu. Bila sampai je sana, Roy dan beberapa orang lain uruskan beberapa perkara. Lama gakla tunggu kat jeti ni. Siap boleh breakfast dulu. Bila semua urusan dah selesai, kitarang kena tunggu bot pulak. Perjalanan ke Pulau Perhentian ambil masa lebih kurang sejam lebih gakla (sapa yang mabuk laut disarankan agar er beli ubat kat farmasi dulu. Kang tak pasal-pasal muntah dalam bot).
Akhirnya aku jejakkan kaki juga di Perhentian ni yang merupakan salah satu pulau yang tercantik sekali. Bila tengok pemandangan sekitarnya.. dah cukup membuatkan aku rasa tenang dan happy.
Masa masing-masing sibuk dirikan khemah, Aku, Nda, Mira, Mek Du dan kak Ros duduk relax sebabnya kitarang takde khemah. Nasib baikla Kak Lin (yang dijemput khas dari Rembau, Negeri Sembilan) bagi kitarang khemah. Lepas tu, semua makanan yang kitarang dah beli dilonggokkan kat satu tempat.
Lepas letak je beg dalam khemah, aku dan Nda gi amik angin kat sekitarnya. Ada yang awal-awal lagi dah terjun dalam laut dah. Punyalah tak sabar.
Bila waktu petang, barulah aku, Nda dan Mira tukar baju untuk mandi. Bestnya!! Tapi aku bukan pandai berenang pun. Setakat celup-celup badan je. Actually aku fobia dengan air ni sebab aku pernah lemas masa kecil-kecil dulu. Masa aku di permukaan air, aku boleh nampak ikan-ikan dok berenang. Betapa jernihnya air kat sini.
Bila malam, perut masing-masing dah nyanyi lagu Oh La La. Mulanya kitarang dipaksa memasak sebab hanya ada 6 orang je perempuan. Mujurla ada sorang abang ni sanggup nak masak untuk golokian's chatters.
"OK! Semua boleh make dah" - Abang (dalam loghat Kelantan ye)
Apalagi, semua terus serbu amik makanan. Dah macam kanak-kanak kat Bosnia je. Lepas kitarang dah isi perut ni, kitarang naik atas batu sambil dok mengira bintang yang bertaburan di dada langit (sastera jap). Udara kat situ.. Sejuk gila kot.
Esoknya, kitarang bersarapan pagi walaupun tak sesedap mana tapi terpaksa makan gakla. Kalau tak nanti lapar. Pagi ni golokian rancang nak gi jungle trekking tapi aku, Mira, Nda, Daddy, Issey, Mamat dan Ki tak join. Masing-masing cam malas and just lepak kat khemah jer. Ada yang dok bersantai kat tepi pantai.. Lepas tu kitarang menyusuri pantai.. Budak lelaki seronokla sebab dapat cuci mata tengok minah salleh berbikini.
Lepas tu, kitarang gi kat bot nelayan yang berlabuh jap kat situ before teruskan perjalanan Subuh nanti. Kitarang saja beramah tamah dengan pakcik nelayan kat situ. Masa dok syok menyembang, tiba-tiba hujan lak tapi hujan renyai-renyai je la. Mira and Nda dah balik khemah. Nelayan kat situ baik.. Siap ajak kitarang naik bot dorang lagi. Tapi kalau tersilap langkah boleh jatuh dalam laut kot. Eee~ takut! Mula-mula cuma Mamat, Issey and Ki je yang naik. Tinggal la aku dengan Daddy kat jeti. Tapi Issey datang balik and suruh aku naik atas bot untuk tengok hasil tangkapan dorang. Walaupun cam cuak je tapi aku naik gak. Bila dorang bukak je tong kat situ..
"Wow!! Besarnya ikan - Aku (dengan nada sangat jakun dan teruja ye)
Lepas sembang dengan pakcik kat situ, pakcik tu dengan bermurah hatinya bagi kitarang 3 ekor ikan pari. Haaa! Sangatla untung eh. Tak sia-sia tul. Confirm ikan pari ni jadi menu utama untuk makan malam nanti.
Bila dah petang, aku rasa cam malas nak mandi tapi bila Issey dapat je tau yang aku taknak mandi, dorang buat dajal kat aku. Diangkutnya aku gi tepi laut and terus campak aku. Serik tul! Bila aku keluar dari laut tu, aku kena usung oleh Issey dan Mamat sekali lagi dan campak aku masuk dalam laut. Kejam! Rasa cam nak nangis pun ade. So, nak tak nak, aku mandi la jugak. Lepas tu kitarang ramai-ramai gi kat perigi untuk bilas.
Hari yang meletihkan tapi memang seronok. Arini aku tertidur awal sebab mengantuk sangat. Mira pun ada dalam khemah gak. Masing-masing dah super duper penat. Bila dorang kejutkan untuk dinner, aku tak makan. Takde selera la.. Lebih kurang kul 12 tengah malam, lagi sekali kitarang dikejutkan untuk sesi luahan dan bertukar-tukar fikiran. Lepas selesai je sesi tu, aku terus masuk khemah and ZzzzZZZzzz..
Keesokannya, kul 7 pagi lagi aku dah bangun dan mandi kat perigi. Sejuk sey. Lepas dah siap-siap, aku gi jalan-jalan kat sekitar tu. Then Mamat and the gang ajak makan kat gerai berdekatan. Mula-mula aku cam malas nak ikut tapi Mamat heret gak aku. Kes paksa tul.
Lepas tu, kitarang balik ke khemah untuk kemaskan barang sebab ari ni adalah ari terakhir kitarang kat sini. Before balik, sempatlah bergambar untuk kenang-kenangan.
p/s: Bila la lagi nak cuti-cuti Malaysia di pulau..