✿ *loue me* ✿ DIY Stuff ✿ Tips ✿ Beauty ✿ Style & Easy ✿ Formspring ✿ Twitter ✿

Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Review: Maybelline Hyper Sharp Liner

My favourite eyeliner sekarang ni would be

Maybelline New York Hyper Sharp Liner

No doubt!!
Seriously sangat best!!

Dulu-dulu aku memang malas nak pakai eyeliner jenis liquid sebab bagi aku leceh. Dahla susah nak apply. Then bila dah pakai, comot pulak tu sebab mata dok terkelip-kelip and terkena kelopak mata. Pastu kadang-kadang garis ekor mata tu ada yang tercongek ke atas dan sebelah lagi tercongek ke bawah, ke aku yang tak reti nak pakai. Memangla aku fed up nak pakai. Bila jadi macam tu, confirm lama giler aku mengadap cermin kan. Sebab tu aku lebih prefer pakai eyeliner jenis pencil. Tapi kelemahan pakai pencil eyeliner adalah ianya cepat tertanggal and selalunya bawah mata akan jadi hitam sebab warna eyeliner tu dah terkeluar. 

Tapi dengan adanya eyeliner ni, aku just amik masa tak sampai 5 minit pun untuk pakai kedua-dua belah mata. Dahla senang nak ditanggalkan. Pastu eyeliner ni cepat betul kering. Memang I suka giler lah.

Oh ya.. Hyper Sharp Liner comes with a soft-touch brush applicator that gives you the sharpest line at 0.05mm. How cool is that?? Plus it only cost you RM23.90, if I'm not mistaken. Sangat affordable kan. Apa tunggu lagi. Pi la rembat satu.

Tadaaa.. Hasil menggunakan Maybelline New York Hyper Sharp Liner

Saturday, July 9, 2011

What I Got From...

Gold Coast, Australia!!!

Yerla.. Harapan untuk aku ke Australia tu macam dalam mimpi di siang hari je la kan. So bila dapat souvenir dari sana, haruslah jakun. Hohoho

 
Tweety Bird T-Shirt

Leopard Print Open Front Cardigan 

This is how I style the cardigan
Aku pakai spaghetti top kat dalam dan pin kan dengan menggunakan brooch di bahagian hadapan

Maybelline Baby Lips Lipbalm

Keychain Koala Bear dengan fridge magnet

and

Dolphin Snow Globe

Thank you pada pemberi. Love it
Okaybye

p/s: Currently berada di Negeri Sembilan kerana KL sudah dot dot dot

Sunday, May 22, 2011

Review: Maybelline Pulse Perfection Mascara

Masa mula-mula Maybelline Pulse Perfection Mascara ni keluar aku memang meleleh air liur nak beli. Tapi mahal kot. Harganya double dari mascara yang aku selalu beli, dari jenama Maybelline gak yang mana menyebabkan aku berfikir 10 kali. Tapi akhirnya runtuh jugak iman aku bila aku tengok sale kat Watsons aritu, actually dah lama dah. Patutnya harga pasaran adalah RM59.90 tapi aku beli dengan harga RM49.80, memang gilos ar kalau tak beli. Masa tu kad plastik aku la jadi mangsa sebab kalau nak beli cash belum ada ongkos nya lagi.

Yang membuatkan aku nak sangat beli adalah:

1) Mascara aku dah nak habis, reason yang sangat kukuh kan. Hehe
2) It's vibrating mascara yaww, pehal tiba-tiba nak hop hip ni
3) Haruslah nak cuba benda baru kan

So lepas aku dah godek-godek di google pasal produk ni.. Ni antara info yang aku dapat

Source : Maybelline

Why you'll love it
Transforms each lash to perfection.
PULSE. PERFECT. CAPTIVATE.
Discover the power of vibration. Our motor pulses the brush up to 100x a second like no hand can. Powers the formula through the lashes for an anti-clump result. Pulse Perfection with vibration separates precisely and sculpts lashes perfectly. A new lash look Pulse Perfection goes beyond volume & length for a flawless fan of lush, perfect lashes.

1. Luscious Thickness
2. Luxurious Length
3. Smooth Separation
4. Intensive Color
5. Shapely Curve
6. Healthy Lustre
7. Perfectly Lustre

Source: Google

Packaging


Yang aku tunjuk anak panah tu adalah motor/switch on button
Make sure korang ikut instruction yang diberi masa nak remove the plastic

Hati-hati masa menggunakannya sebab berus mascara ni agak tajam. Berapa kali terkena kat kelopak mata aku and rasa sakit oo.. So better guna cara Michelle Phan nye trick iaitu dengan menggunakan business card masa apply mascara

Before application
Bulu mata yang masih suci.. Belum apply mascara lagi

Ada nampak tak perbezaan?
Belah kiri dah dipakaikan mascara.. Yang belah kanan belum lagi

After guna Maybelline Pulse Perfection Mascara

For me..
Mascara ni buat my lashes more define disebabkan berusnya yang halus & nampak lebih panjang.
Pastu dah tak payah nak buat 'zig zag' motion lagi sebab mascara ni kan vibrate.
And then aku perasan ianya senang untuk di remove compare bila aku pakai Maybelline Volume Express Mascara.

Cuma yang tak menariknya.. Bila apply 2-3 coats, ianya akan start to clump. So kirenya better pakai 1 coat je. Menjimatkan la sebab cuma apply 1coat je tapi rasa cam tak puas. Hehehe
Oh one more thing, before apply this mascara, jangan lupa untuk curl kan your lashes sebab mascara ni lebih kepada define-a-lashes.. Bukan kasi volume

So for those yang interested boleh dapatkannya di Watsons, Guardian, Sasa and Caring pharmacies with priced at RM 59.90

p/s: Sorry if gambar kurang memuaskan sebab aku tak tahu nak ambik angle dari mana. Susah kot nak amik gambar sendiri and this is just my personal review je. Oh btw, I still love my Maybelline Volume Express Mascara cuma tak suka wand nya :)

Wednesday, April 6, 2011

Review: Maxilip Lipbalm


Dah lama sebenarnya aku nak beli maxilip ni tapi aku tunggu lipbalm aku yang lama habis dulu. Aku tau kalau aku beli yang baru, confirm yang lama aku tak guna dah. Biasala.. Ciwi dengan barang baru

So aritu, disebabkan Eucerin lipbalm yang aku guna dah tinggal sedikit je, aku pun beli la Maxilip Lipbalm ni. Actually aku pilih Maxilip sebab teruja tengok advertisement kat magazine. Serious macam best.

Maxilip ni ada 2 lapisan iaitu outer and inner
For outer: Ceramide (Give long lasting moisturization)
For inner: Maxilip & CoQ10 which helps delay skin ageing, helps reduce fine lines and youthful, supple lips.

Nampak? Ada 2 lapisan.. Outer & inner

Bibir aku ni masuk kategori sangat kering dan sensitive. Kalau pakai lipstick je, after 1-2 hours my lips akan start merekah. So aktiviti aku memang suka dok kopek kulit kering. Syok oo. Kadang-kadang sampai berdarah, tak sedar pun.

After mencuba this lipbalm, memang aku rasa yang ia melembapkan bibir aku. At least ia mampu bertahan for few hours.

Apa-apa pun, aku rasa yang penting kita kena minum banyak air kosong kalau taknak bibir merekah, tapi aku memang jenis tak suka minum air banyak pun. That's why bibir & kulit aku kering.

Overall aku rasa Maxilip lipbalm ni membantu jugak la dalam mengatasi masalah bibir kering aku and I'm loving it :)

p/s: Ciwi=Jakun

Wednesday, February 23, 2011

Review: Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist

Masa mula-mula Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist ni keluar, aku memang dah terpikat dengan packagingnya. Sangat comel okay.. Boooolat botolnya. Dahla warna FUCHSIA, my fave colour. Berapa kali aku gi Watsons or Guardian untuk usha pasal produk ni tapi mahal la. RM31.80 for 200ml if Im not mistaken. Serum L'oreal aku pun tak habis lagi. So terpaksala KIV untuk beberapa kali. Kononnya after dah habis serum tu baru aku nak beli Liese ni.

Credit to Mr Google

Satu hari tu aku masuk Watsons untuk tengok lipgloss and lip balm. Then  masa dok round-round dalam tu, tiba-tiba aku nampak satu botol pink, kecik je. It's a Liese Juicy Shower Mini-Mixed Berry Hair Hydrating Mist. Dalam hati, "Eh eh.. Ada dalam botol kecik?" Aku pun dok cari berapa harganya tapi takde. Dengan perasaan sangat curious cuz kalau murah memang aku nak rembat sebotol, aku pun terus pergi cari staff Watsons. Dia pun tolong scan harga untuk aku. And kalau tak silap RM7 kot, aku tak berapa ingat sebab dah lama dah aku beli. Apa lagi.. Memang terus aku beli la, padahal niat asal nak cari lipgloss dengan lipbalm.

Liese Juicy Shower Mini
Mixed Berry Hair Hydrating Mist

Balik rumah terus aku cuba. First sekali yang paling menarik hati for sure la packagingnya. Walaupun botol boolat tu lebih menarik tapi botol kecik ni mudah untuk aku bawa ke mana-mana, actually sebab ianya murah. Kalau yang suka travelling, sesuai la beli botol bersaiz ni. Secondly, bau berinya sangat sedap okay. Rasa cam nak makan je. Everytime bila spray kat rambut rasa sangat fresh dengan bau beri tu.

Actually Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist ni untuk bagi quick boost of moisture. Kalau tengok rambut tu kering je, spray la kat rambut dengan jarak 15cm, tapi kau tak payah la gi amik kayu pembaris untuk ukur jarak 15cm.. Agak-agak jelah :P

Dekat botol ada tertulis mengenai function Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist ni

*Gives hair a quick boost of moisture anytime
*Refreshing berry scent to invigorate the senses
*Uniquely formulated with raspberry extract to instantly quench dry hair
*Hair will become smoother and softer over time with Hair Beautifying Technology

Well, definitely aku akan beli lagi bila dah habis nanti. Tapi aku target aku nak beli botol bulat tu pulak :)

p/s: Now aku dah tak nampak Liese Juicy Shower Mini-Mixed Berry Hair Hydrating Mist (botol kecik) lagi. Tak tau sama ada masih ada lagi atau tak

Monday, January 17, 2011

Review: Dove Damage Therapy Leave On Cream

Seperti yang dijanjikan di entry ini, aku ada bagitau yang aku nak review pasal Dove Leave On Cream from Intense Repair Range.

So far aku guna, rasa sangat best sebab ianya tak sticky. Sesetengah krim rambut akan wat rambut berminyak atau melepek cam apa je lagi.. But this one tak tau. So macam yang tertera kat botol Dove ni iaitu Weightless formula.. Memang betul la.

Leave On Cream ni berfungsi untuk mencegah rambut bercabang dan juga rambut patah. Selalunya aku akan pakai cream ni lepas rambut dah kering or bila aku tak basuh rambut pada keesokan harinya.

Harga untuk sebotol aku tak berapa ingat la.. Tapi yang pasti affordable la

So pada sesiapa yang rasa rambut cam agak serabai dan kebetulan nak cepat time tu, leh la guna Dove Leave On Cream from Intense Repair Range. Sangat mudah dan menjimatkan :)

Sunday, January 2, 2011

Review: Elianto Shimmer Stick

Shimmer Stick by Elianto
1) Pale Gold
2) Brown

Sebenarnya takde niat pun nak beli shimmer stick ni. Tapi aritu kaki ni gatal lak gi singgah kat Elianto Mid Valley. Aku saja dok tengok-tengok eyeshadow, padahal dah ada banyak dah tapi apa salahnya cuci mata kan. Kebetulan jugak masa tu Elianto tengah sale up to 70%, memang rambang mata la kejap. Mula-mula aku dok belek eyeshadow Elianto. Aku suka je eyeshadow Elianto ni sebab warnanya ok je dengan kelopak mata aku. Tapi nak bagi satu tips la.. Kalau nak eyeshadow tu tahan lama, sebelum apply eyeshadow, pastikan korang pakai eye primer or eye cream. Confirm tahan lama.

Then bila aku dah pilih warna eyeshadow yang aku berkenan, aku saja la tengok produk-produk lain. Tiba-tiba mata terpandang lipglossnya tapi aku cam tak berapa berkenan dengan warnanya. Pastu aku saja dok try shimmer stick. Skali salesgirl Elianto tu pun datang.

"Ni kira cam eyeshadow gakla. Tapi dalam bentuk stick. Lebih senang nak pakai. And ada setengah suka pakai kat bahagian bawah mata kan. Lebih senang la" - Penjual kat Elianto
"Oo yeke?Ni ada less gak ke?" - Aku
"Ada.. Before less RM18. Tapi after less RM5.40 je" - Penjual Elianto

"Hah!! Serious? Giler murah kau! Giler kalau tak beli ni" - Aku, tapi dalam hati je la

"Okla.. I amik yang ni dengan yang ni eh" - Aku

Then terus aku ke kaunter and bayar.

For me, aku suka shimmer stick ni sebab mudah nak pakai. And then warnanya pun okay. Dan aku rasa shimmer stick ni sangat-sangat berguna untuk orang yang nak cepat.

Contoh kalau tiba-tiba boyfriend kau ajak kua dating lagi 10minit, kau just cepat-cepat amik shimmer stick ni and apply kat kelopak mata. Tak payah nak membuang masa dengan nak amik brush+eyeshadow pallet, pastu nak tenyeh kat kelopak mata. Sonang je kan.

Or bagi yang dah bekerja, pagi-pagi selalunya akan kelam kabut kan. Nak nak kalau terbangun lewat. Tapi penampilan haruslah dijaga. Takkan nak pergi office dalam keadaan selekeh. At least kena la calit-calit sikit. Takde nampak kusam sangat. So Elianto Shimmer Stick memang sangat-sangat useful la.

Actually shimmer stick ni ada banyak warna, tapi aku tak ingat ada berapa warna. Tapi aku pilih dua warna ni sebab senang nak mix and match. Selalunya, aku akan guna warna pale gold, yang macam warna cream/light yellow tu sebagai highlight. Pastu aku amik warna brown untuk wat soketnya. Then pakaila eyeliner and mascara selepas tu. Dah siap :)

p/s: I'm not sure sale ni masih ada lagi or not. So esok cepat-cepatla jenguk Elianto cuz Malaysia Year End Sale (MYES) habis esok :)

Thursday, December 9, 2010

Review: Shampoo

Dah 2 minggu lebih aku tak berblog. Hidup sangat hectic tapi menyeronokkan

Mm.. Kalau masih ingat, aku pernah review pasal shampoo Ba Wang kat entry ni. Tapi dah lama aku stop. Aku hanya sempat pakai sebotol (200ml) je. Pastu terus stop sebab kawan aku cakap shampoo tu dah kena banned kat China sebab contain chemicals caused cancer. Aku dengar tu terus cancel tuk beli botol baru. Padahal time tu memang niat nak beli dah sebab shampoo aku dah nak habis tapi terus tak jadi. Walaupun tak sure berita tu betul ke tak tapi better berwaspadala.. Ish.. Tapi aku pakai okay je.. Rambut tak gugur sangat & makin hari makin rambut makin okay. Tapi pape pun aku dah stop pakai

So disebabkan dah say hi hi bye bye to Ba Wang, kali ni aku nak review tentang shampoo yang aku pakai sekarang.

Now ni ada 4 jenis shampoo yang aku pakai. Tapi takdela aku pakai sekaligus.
Bergantung pada condition rambut aku masa tu. Setiap shampoo ada functionnya tersendiri

1) Clear Shampoo Scalp Oil Control
Kalau aku rasa rambut aku berminyak, aku akan cuci guna shampoo ni. Aku pernah je berblog pasal shampoo tu kat entry ni.

2) Dove Intense Repair Shampoo & Conditioner
Aku baru je try pakai. Im so in love with this range. 1st time pakai dah boleh rasa rambut lebih lembut and baunya takyah cakapla. Super duper wangi, kira kalau kau pakai memang orang boleh notice sebab bau wanginya agak melampau.. One more thing.. Ianya murah & memang aku akan beli lagi pasni :)

3) L'oreal Elseve Smooth Intense Cream Shampoo (with Argan Oil)
Yang ni masih menjadi fave aku tapi aku pelik la sebab conditionernya dah takde. Aku tak tau kenapa dorang stop pengeluaran conditionernya

4) L'oreal Elseve Repairing Shampoo & Conditioner (Total Repair-5)
Aku tak sure sama ada range ni betul-betul berhasil ataupun tidak sebab aku tak nampak apa-apa perubahan lepas pakai shampoo ni. Even after basuh rambut guna shampoo ni pun, aku tak rasa rambut aku lembut.. Apatah lagi struktur rambutku diperbaiki. So maybe lepas ni aku akan habiskan range ni and stop beli

Macam aku cakap tadi, aku takdela pakai sekaligus kesemua jenis shampoo ni. Semuanya bergantung pada keadaan rambut aku time tu. Dan aku juga tak basuh rambut aku tiap-tiap hari dah sebab sekarang aku tak lagi berada di site. Aku kat rumah je pun. Jadinya aku cuma basuh rambut aku 2 hari sekali, tu pun kalau rajin. Sekarang kan musim hujan. Sojuk nak mandi lama-lama
 
Aku bagi contohla cara aku shampoo rambut
 
Isnin - Dove Intense Repair Shampoo & Conditioner
Rabu - L'oreal Elseve Smooth Intense Cream Shampoo (with Argan Oil)

Jumaat - Dove Intense Repair Shampoo & Conditioner
Ahad - L'oreal Elseve Repairing Shampoo & Conditioner (Total Repair-5) bersama Mask

Ni cuma contoh je. Takdela aku fix kan diri untuk ikut macam jadual kat atas tu. Tapi lebih kurang macam tu la aku shampoo rambut aku. Yang penting seminggu sekali aku akan pastikan rambut aku diberi extra care. Contohnya pakai mask rambut+hair vitamin+serum.

Oh ya.. Selain guna produk-produk di atas.. Aku ada gunakan kaedah tradisional. Ni semua adalah separa paksaan dari mama aku. Agak-agak ada santan kelapa lebih, dia akan suruh aku amik santan tu untuk letak kat kepala. Walaupun aku cam malas tapi terpaksa buat jugakla. Nanti kecik hati mama aku. Lagipun santan kelapa ni banyak khasiatnya. Santan boleh melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.
Untuk pakai santan ni agak leceh sikit sebab kena buat banyak benda. Sebab tu aku cam malas.
 
1) Mula-mula kena letak santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama lebih kurang 20-30 minit. Untuk bagi santan tu meresap dan sebati.
2) Pastu bilas dengan air suam. Kalau guna air sejuk, minyak dari santan kelapa tu akan still melekat kat rambut lagi yang akan menyebabkan rambut berminyak. So nak tak nak kena bilas guna air suam gak.
3) Lepas tu baru shampoo and pakai conditioner seperti biasa, tapi biasanya aku akan guna Clear Shampoo Scalp Oil Control untuk hilangkan minyak santan tu

So tu je la antara rutin aku mencuci rambut. Tapi ni hanyalah pandangan peribadi dari aku. Lain orang lain caranya. Buat ikut keselesaan dan keperluan diri sendiri :))

*Kalau aku rajin next time aku nak review bout Dove Leave On Cream pulak

Tuesday, May 25, 2010

Review: Freeman Raspberry Facial Gel Scrub

Okay.. This time aku nak review pasal Freeman Raspberry Facial Gel Scrub. Masa aku beli syampu Bawang aritu, aku ada rembat benda lain gak. Memandangkan dah lama aku tak pakai scrub (Yah! Aku memang pemalas), tiba-tiba teringat nak beli scrub balik.

Bila gi kat rak yang jual macam-macam jenis scrub, aku dah confused tak taw nak pilih yang mana satu. Dulu aku pakai St Ives Apricot Scrub (For Sensitive Skin & All Skin Types). Tapi bila dah habis, aku dah tak beli dah. Mahal kot. Satu tube dekat RM 20. Hish! Rugi rugi.

Tapi aritu bila Watsons ada sale (I love sales.. Ngee), apa lagi.. Beli je la kan. Dah lama tak menyental muka neyh. So aku pun tengok-tengok la produk St Ives. Kat sebelahnya ada produk Freeman. Aku pun capai 1 tiub Freeman Raspberry Facial Gel Scrub and bau. Wah! Harum! Wangi! Bau Raspberry. Rasa cam nak makan je. Then aku cakap kat Nemo

"Ish! Nak beli St Ives ke Freeman?" - Aku
"Ikut la. You biasa pakai yang mana?" - Nemo
"I pakai St Ives tapi I suka bau yang ni (Freeman)" - Aku (sambil bau untuk kali kedua)

But at last, aku beli Freeman gak sebab aku memang terjatuh chenta sama bau dia yang lazat nyum nyum.
Credit : Mr Google

Balik rumah, biasalah. Mula nak wat perangai jakun cam tak pernah scrub muka. Balik je aku terus mandi and guna scrub yang baru di beli tu. Hmm.. Memandangkan ianya adalah gel, so hati-hati masa nak guna sebab ia akan meluncur laju dari tiub tu. Kalau taknak rugi, letakla perlahan-lahan kat atas tapak tangan. Letak dalam amount sikit pun dah mencukupi. Pastu terus la usapkan kat muka dengan membuat bulatan. Sambil-sambil tu massage perlahan-lahan pada kulit. Then bersihkan guna facial sponge and air suam (aku guna air biasa je).

Yang bestnya, lepas kita guna this scrub, kulit terasa lebih lembut dan licin. Plus, tak rasa kering pun. Tu yang bagusnya. Oh yah! Yang pasti.. Akan terbau-bau raspberry yang yummy tu. I loike!

Welcome Freeman Raspberry Facial Gel Scrub

Old Packaging

New Packaging
Gudbye St Ives Apricot Scrub
Credit : Old New

p/s: Masa aku beli harganya dalam RM 16.90 kalau tak silap (masa tengah sale). Oh and kalau boleh scrub la muka 2-3kali seminggu

Monday, May 24, 2010

Review: BAWANG Shampoo

Makin hari makin banyak rambut yang berguguran kat atas lantai. Tak kira la kat mana aku duduk, mesti ada je rambut. Risau lak aku tengok.

Bila tengok rambut orang lain yang tebal and cantik, teringin gak nak macam tu. Tapi aku ni memang genetik berambut halus dan nipis (dapat gen dari mama aku la ni). So kalau nak rambut yang stok ikal mayang, lebat segala.. Memang harapan je la.

Dulu-dulu takdela aku risau sangat sebab normal la kan rambut gugur neyh. And aku pernah baca artikel mengatakan rambut gugur sebanyak 50 - 100 helai sehari adalah normal. Tapi aku rasa rambut aku dah lebih dari 100 helai kot gugur setiap hari. Tu yang wat aku risau tu..

Satu hari aku ternampak syampu Ba Wang kat farmasi. Mula-mula aku tengok that produk, aku gelak kot sebab yela.. Ba Wang = Onion. Aku monolog dalam hati.. "Syampu ape la ni. Bawang pun dah boleh jadi syampu eh". Bila aku cium baunya. Mak aih!! Yucks!! Busuk giler okeh. Bau cam ape je lagi. Jadinya aku letak balik and terus mengarah mata menghala ke L'oreal Elseve ku.

Tapi bila aku rasa keguguran rambut aku makin kronik, aku try googling mengenai syampu apa yang sesuai bagi rambut gugur. Sampaila terkeluar mengenai syampu Ba Wang. Aku pun mula membaca testimonial dari pengguna Ba Wang. Kebanyakkannya berpuas hati dengan produk ni. 1 hari gakla aku dok mengkaji pasal syampu Ba Wang ni. Aku taknak nanti kang dah beli, tak sesuai lak dengan kulit kepala aku. Ramai la yang cakap produk ni berkesan after pakai 1 week/1-2 months. Tapi boleh dikatakan semua tak suka baunya yang busuk-busuk herba (pada aku memang busuk giler eh). Tapi bila fikirkan tentang keberkesanan produk ni.. Aku fikir yang aku patut cuba. Sampai bila nak rambut aku gugur tanpa ada solution. 

Tak silap aku, syampu Bawang ni ada banyak jenis tapi aku punya adalah BAWANG Hair Strengthening and Darkening Formula Shampoo with Chinese Herbal Extracts.

Ni kotak for Bawang Shampoo (letak gambar yang di ambil sendiri lebih afdal)

Ni main ingredients dia

Welcome to the club 'Bawang'
(Tapi cinta masih pada L'oreal)

Professional Series (Mahal sikit. 1 set dekat RM50)
BAWANG Anti Hair Fall Shampoo (Professional Series)
BAWANG Hair Darkening Shampoo 
BAWANG Anti-hair Fall and Renewal Shampoo 

Chinese Herbal Essence Shampoo Series
BAWANG Repairing and Nourishing Shampoo with Chinese Herbal Extracts
BAWANG Anti dandruff Shampoo with Chinese Herbal Extracts
BAWANG Hair Strengthening and Darkening Formula Shampoo with Chinese Herbal Extracts

Aku juga check sama ada produk ni halal atau tidak. Dekat kotak ada cop halal and ramai yang cakap produk ni halal. So I assume it is Halal (yerla kena taw jugakkan. Kang beli rupanya tak halal.. Tak ke naya)

Ada juga yang cakap pakai syampu ni for the first time rasa gatal-gatal. Mujur aku pakai takde rasa pape pun. But actually kalau rasa gatal, it is normal sebab dalam web Bawang sendiri mengatakan pasal benda ni. Sebab herba nak meresap masuk ke dalam kulit kepala. Sebab tu rasa cam gatal sikit

Copy dari laman web

F&Q : Why do I feel the scalp itchy after using BAWANG Anti-hair Fall Shampoo?

For emotional consumers - It is a good signal if your scalp feels itchy, which means your hair follicles are recovering. Similarly, as our wound is healing, it feels itchy and indicates that your body is in recovery. To achieve better result, keep using it.

For rational customers - It is normal situation. It proves that you have good absorptive capability. Our products include somatotropin of kinetic energy and activator of follicles, which can permeate follicles to promote blood circulation, which makes you feel itchy. Therefore, it's recommended that you massage your scalp with fingers. In this way, you can relieve itch as well as promote the effective ingredients to be absorbed.

Directions of relieving itch: It is recommended that each time consumers wash their hair, using shampoo twice or wash hair everyday and extend the washing time.'

Baunya maybe menusuk hidung kalau kita bau dari botol tu tapi lepas dah pakai, bau tu takdela mengganggu sangat. Lama-lama akan hilang.

So ari tu masa aku kua dengan my Nemo, aku singgah Watsons. Kebetulan time tu ada sale. Terus aku gi kat rak hair care untuk cari syampu Bawang. Bila dah jumpa, hati aku lak berbelah bahagi sama ada nak beli atau tak. Dahla L'oreal baru kua produk baru yang bernama L'oreal Elvive Total Repair 5. Uish! Yang mana satu ni? L'oreal? Bawang? L'oreal? Bawang? Dah tercegat aku kat situ agak lama. Sebagai pengguna setia L'oreal, rasa ragu-ragu la jugak tapi bila dah betul-betul yakin dengan keputusan yang dibuat, aku beli gak syampu Bawang walaupun aku cam segan nak beli mula-mula. Siap masa nak amik syampu tu aku suh my Nemo yang amikkan. Hee~ Then terus ke cashier and bayar.

"Syampu L'oreal tu I boleh pow bapak kan. Baik la beli syampu Bawang ni" - Aku (Hehe.. Ini yang meyakinkan aku untuk beli syampu Bawang sebenarnya->Harap bapak aku tak baca blog aku)

Owh.. Harga syampu Bawang ni okla (walaupun agak rabak poket aku) compared dengan syampu yang bagi rawatan macam ni. Aku beli sebotol 200ml berharga RM 17.90 (Time ni ada sale tak silap.. Kalau tak sale maybe tak sampai RM20 rasanya). So far ada jual kat leading pharmacies such as Watsons and Guardian.

Bila balik rumah je, aku terus excited nak try syampu Bawang neyh. Masa tengah mandi, aku dok asyik cakap, "Wangi.. Wangi.." Walau hakikatnya bau herba menusuk betul. Hehehe..

And hasilnya rambut terasa lebih lembut bila dah kering cuma keberkesanan mengenai this produk aku tak taw lagi la sebab baru guna sekali je. So tunggu for the next update =)

p/s: Lantakla orang nak cakap ape pun. "Eee.. Pakai syampu Bawang. Apa kelas".. Daripada ko tengok rambut ko gugur dari sehari ke sehari tanpa buat apa-apa.. Well, aku tak rela. So now aku cuma boleh berharap agar rambut ku kembali okay (Ceit.. Mula-mula aku pun segan gak tapi kini tidak lagi)

Wednesday, May 19, 2010

Review: L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++

Semalam (180510) aku gi Alamanda dengan my fam. Biasalah.. Dah nak dekat hujung-hujung bulan neyh, kemana lagi kaki harus melangkah. Fosho la ke pasaraya yang berdekatan untuk beli barang dapur. FYI, kalau my parents nak gi beli barang dapur, aku la orang yang paling sibuk sekali nak ikut. 1-2 weeks, aku dah siap prepare dah senarai barang yang nak aku rembat pada hari tu (baguskan aku? Thehe). 

FYI jugak, dulu-dulu aku selalu kena tinggal sebab my parents selalu gi beli barang waktu petang. But since aku cakap kat dorang yang aku nak ikut everytime dorang gi beli, so my parents pun terpaksa tukar waktu iaitu pergi waktu malam pulak(hee~). 

Walaupun dorang taw, dengan membawa their lovely prodigal daughter, dorang akan kehabisan sedikit duit (ye ke sikit?) tapi biasala kan.. Kang kalau tak bawa aku, confirm aku majuknye. Muncung mulut ni takyah citer ar. Dah mengalahkan muncung tikus dah. So nak taknak kena gakla =)

So semalam, walaupun aku tak berjaya rembat banyak sangat pun (sebab aku tengok kat situ mahal.. Macam lebih patut beli kat Watsons/Guardian) tapi dapat gakla aku rembat L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++ (pfuhh.. panjang siot). Aku memang memerlukan sangat moisturizer sebab moisturizer yang aku dok guna sekarang ni dah nazak dah (aku ada citer dalam my 1st Vlog). Memang tunggu masa nak campak dalam tong sampah je a.k.a dah nak habis. 

Actually dalam kepala aku memang ada beberapa brand yang aku nak guna. Im not the type yang stick pada satu brand pun. Yerla.. Bukan senang kita nak jumpa brand yang betul-betul sesuai dengan kulit/kehendak kita. Sometimes, bila kita tengok dalam iklan macam walah.. Tapi bila kita pakai, hasilnya tak memberangsangkan pun. So.. Apa salahnya kita give a try untuk produk-produk yang kita rasa boleh ngam/sesuai dengan kita kan.

So yah.. 
Kenapa aku pilih L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++ neyh instead of other products? 

1st reason - High SPF
Mostly for moisturizer, SPF dia rendah, dalam 15 to 20 je. But this one sampai 50. Memandangkan aku sedang praktikal yang sentiasa exposed kat sunlight, so I really need this product.

2nd reason - Affordable
Harganya takde la mahal sangat. Kira affordable la. Aku beli kat Carrefour RM35.90 for 30ml. Tapi aku dah survey kat Watsons/Guardian.. Harganya sama je. Tapi kalau tunggu sale, confirm lagi murah kot.

3rd reason - It have UVA/UVB Protector
Korang pun tahu kan betapa bahayanya duduk bawah sunlight lama-lama tanpa sebarang protection (nanti boleh dapat skin cancer la etc). So this one ada UVA/UVB Protector. Nak tahu lebih lanjut pasal UVA/UVB, click sini

4th reason - Packaging
Bagi aku this stuff sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sebab ianya dalam botol. Compared to other, kebanyakannya dalam bekas bulat dan agak besar. But this one, slim je. One more thing, for those yang pentingkan kebersihan, yang ni memang sesuaila sebab kita hanya perlu picit botol tu. Tak perlu nak guna jari/cotton bud ke ape.

5th reason - Advantages
This product also against brown spot, skin darkening and premature skin ageing (Terpampang kat depan kotak). Yang ni aku tak taw lagi keberkesanannya sebab aku baru pakai sehari je baru. Kita tengok macam mana nanti

One more thing, L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++ ni ada 3 shades - White (takde kat Malaysia), Anti Dullness (Light Purple) and Even Complexion (Light Brown). But aku pilih yang anti dullness sebab aku lebih suka yang takde warna..

Kalau nak taw pasal texture pulak, it has light fluid texture (kat kotak ada tulis). And memang betul.. Memang rasa ringan je. Takdela yang jenis creamy sangat. Cuma masa mula-mula pakai, memang terasa cam melekit sikit, but then bila ia dah absorb, OKla. Pastu dah boleh tempek bedak segala.

 

p/s: Ni cuma pandangan aku je bout this produk =)

Sunday, April 25, 2010

My 2nd Vlog - Make Up Products

So as I promised in my previous entry/entry yang kat bawah ni.. I ada cakap yang I akan wat vlog pasal make-up product pulak kan. Hope you all dapatla serba sedikit info pasal products yang I guna. Mana taw kot-kot korang nak guna produk-produk ni. So far bagi I produk-produk ni OK. Yang pasti harganya affordable la. Sesuai la dengan status I yang masih student ni. Oh yah.. Kebanyakan lipstick tu I pow dari mama I sebab nak beli rasa tak worth it (Mahal kot). Plus, I dulu tak berapa suka pakai lipstick. Now dah start suka dah :)



These are the list of my make-up products:

1.Elianto Eyeshadow
2.Elianto Brush (recommended)
3.Wales 40 Colours Eyeshadow
4.Maybelline Line Allure Liquid Eyeliner (Upper)
5.Maybelline Unstoppable Pencil Eyeliner (Lower)
6.Maybelline Magnum Volume Express Mascara (recommended)
7.Maybelline Unstopabble Curly Extension Mascara
8.Eucerin Lip Balm
9.Revlon Lipstick
10.The Body Shop Lipstick
11.Anna Sui Lipstick
12.Lancome Lipstick
13.M.A.C Lipstick
14.Lancome Lipstick

p/s: Pasni nak wat review/vlog pasal apa pulak eh? Any ideas? Feel free to drop a comment :)

My 1st VLog Evah - Skincare Products

Psst.. Psstt..
This is my first vlog @ videolog..
Nothing much..
So please dun expect too much from me..
If nampak aksi or mimik muka I yang cam hampeh tu, sila abaikan ya. Just focus on the products :)

Vlog ni pasal skincare products yang I guna. Saja nak share produk apa yang I guna. Maybe quality gambar/sound tak berapa elok sebabkan I hanya guna Herbee je and tak cukup lighting.



So these are the list of my skincare products:

1.Loreal Revitalift Milky Foam (Facial Foam)
2.Loreal Revitalift Aqua Milky Toner
3.The Body Shop Vitamin E Eye Cream
4.Loreal White Perfect Moisturizer
5.Maybelline Face Powder (Natural)
6.Elianto Blusher (02-Dusty Rose)
7.Elianto Brush
8.Elianto Sheer Loose Powder (03-Natural Beige)

But actually I jarang jugak pakai benda alah ni semua cuz Im comfortable with my skin. I hanya wajib pakai bila I gi praktikal/kerja sebab masa tu I akan exposed dekat sunlight sangat lama. Bahaya for my skin la kan. And juga masa I kua jalan-jalan (tu pun depends pergi mana, berapa lama, dengan sape and mood gak). Kalau dah malam-malam nak pakai make-up segala, that's not me la. Im not the type yang men'jaga' sangat sampaikan pergi kedai mamak pun nak pakai face powder ke apa. I'm simple.

So untuk make-up products I akan buat lepas-lepas ni.. Stay tuned :)

p/s: Feel free to drop a comment

Tuesday, April 6, 2010

Eyeshadow Yang Menarik

Ari tu aku ada tengok satu advertisement ni. Cam menarik je. Tanpa disedari tiba-tiba tangan aku pun terGATAL la gi klik adv tu (alasan tak boleh pakai langsung)

Adv tu bout eyeshadow.. So aku saja la klik cuz nak tengok dengan lebih lanjut lagi. Ish! Menarik okeh. Plus dorang tengah buat promotions. Tak silap until 8th April 2010 je.

Just imagine..

40 colours just cost you about RM29.95 only.
Shipping fee RM5.00 is waived for you. That means.. It's free.
And if 120 colours cost you RM59.95.

Further information, click here

But the problem is.. I never beli secara online ni cuz I tak percaya sangat. Tapi I cam dah sukakan eyeshadow yang 40 colours tu sebab murah and colours dia cantik-cantik. Kat mana you boleh dapat eyeshadow yang banyak warna and murah lagi? Susah kan. If ada confirm mahal. And if I buy Elianto.. 1 colour-RM6/8. Ni 40 colours and harga dalam RM30 je. Kira 1 warna tu tak sampai RM1.00 kot. But the quality kita tak taw la kan..

Then I talked to my friend.. Worth it or not I buy the eyeshadow. She said, "Ala.. 30 hengget je. Kalau kena tipu pun, tak terasa sangat".

Bila aku pikir balik.. Betul gak... Tapi still doubt jugak..

But at last..

40 Colours Eyeshadow Palette by Wales is MINE now. Just received it today. Hehe =)
The colour agak 'berwarna' la. I dah try letak kat kelopak mata. Memang lekat warna dia.

Oh ya!! Their service superb. I bank transfer ari Ahad. Isnin dia dah shipping. Selasa which is today I dah dapat the eyeshadow. And thank god, I bukan mangsa penipuan. Hehehe..

p/s: Nak beli M.A.C tak mampu.. So beli ni pun jadi la =)

Wednesday, March 31, 2010

Review:Olay Total Effects Shower Cream

Boring boring.. Tiba-tiba aku teringat nak buat review bout shower gel..

Currently I'm using Olay Total Effects 7 in 1 Total Aging - Ultra Nourishing. Before this aku guna Johnson & Johnson Milk Bath & Dove. Tapi masa ikut parents aku beli barang dapur, aku ternampak Shower Cream Olay ni. Hmm menarik.. Disebabkan aku terpikat dengan bottle dia and bau dia pun sedap, terus aku rembat 1.

Ni adalah gambar botol Olay tu
Ada 3 jenis semuanya
Ia berbeza dari segi kandungan lembapan - Nourishing, Extra Nourishing & Ultra Nourishing



Tapi aku beli Ultra Nourishing sebab nak dapat lebih lembapan. Hehehe

So apa yang menarik bout this product.. 

1) Actually korang boleh nampak effectnya lepas habis mandi. After habis mandi tu.. Kulit korang akan rasa macam pakai losyen. Aku rasa maybe sebab ianya di campur dengan body butter. Sebab tu rasa cam pakai losyen. 

2) Bau dia foshola harum (Confirm semua shower cream/gel pun wangi. Sapa nak beli kalau bau busuk kan). 

3) Tapi aku nak bagitau satu benda yang menarik lagi.. Mula-mula aku tak perasan taw tapi ada satu hari tu.. Aku dok belek tangan aku.. 'Eh apasal kulit aku cam shimmering ni?'. Time tu pelik gakla. Aku rasa aku takde taruk loose powder yang ada shimmer kat tangan (takde keje kalau aku gi sapu kat tangan). Then aku tengok kat anggota badan yang lain. Eh.. Shimmering jugak. Puas aku berfikir tiba-tiba aku teringat shower cream yang aku baru guna. Tak puas hati aku gi basuh tangan guna shower cream olay tu.. Guess what?! Memang betul la. Walah.. Dah tak payah nak tempek loose powder bershimmer kat leher. Automatik.. After pakai shower cream ni, badan korang akan bersinar-sinar macam mamat kat bawah ni

Oh Abang Edward Cullen! Time ni Bella tengah berusaha untuk selamatkan Abang Edward yang badannya sayur je.. Tak ketul-ketul cam Jacob but I still like you la ;)

p/s: Gambar Ihsan Mr Google

Sunday, March 28, 2010

Tentang Rambut & Produk

Pernah orang tegur aku pasal rambut.. "Ko mesti selalu pergi wat hair treatment kan. Rambut kau cantikla"

O mai Gosh! Ko tak nampak ke rambut aku ni kering? Bercabang cam lidah ular? Cantik ke? Aku rasa biasa je. Tapi kalau betul la cantik, terima kasih la. 

FYI, seriously.. Aku tak pernah langsung wat hair treatment walaupun teringin je sebab ada kawan aku cakap, after hair treatment tu, rambut kita memang selembut-lembutnya la. Aku ni ke saloon pun jarang. Kalau aku ke saloon pun hanya untuk hair cut je. Hair cut je taw. Tak cuci pun. Tak taw kenapa aku cam takut tengok kuku shampoo girl yang panjang-panjang tu. Aku takut kulit kepala aku terkoyak/luka disebabkan kuku dorang.. Tapi depends pada saloon tu jugakla kan. Ada yang buat kasar. Ada yang OK.. So lepas hair cut, balik rumah aku cuci rambut aku sendiri.. Lagi puas.. Jimat lak tu

So, back to the story.. Aku cuma jaga my hair dengan produk rambut yang boleh jumpa kat Watsons @ Guardian. Untuk penjagaan harian, macam biasala..

1)Shampoo rambut. Dulu aku shampoo 2 hari sekali. But since aku keje ni, aku kena cuci everytime aku balik dari office. Sebab bau asap rokok kuat giler eh. Bukan setakat rambut, baju.. tapi 'yang dalam-dalam' aku pun habis berbau. Mang tul!
2)Lepas tu letak conditioner. Biar selama 2-3 min. Sambil-sambil tu urutla kepala. Tapi agak-agak aku malas, aku biar sekejap je. Then terus bilas. Hehe
3)Once a week patutnya letak hair mask. OK ini memang aku malas. Dah lama rambut aku tak ber'mask' cuz hair mask aku dah habis. Bila tahun la aku nak beli..
4)After dah settle semua aku akan bungkus my hair dengan towel. Lap-lap macam tu je. Jangan gosok/gonyoh terlampau kuat. Nanti rambut cepat frizzy.
5)Then bila agak-agak rambut dah kering+lembap, aku akan sapu serum/conditioning spray/hair vitamin.
6)Oh..FYI aku jarang sikat rambut. Kalau aku kat rumah, memang langsung aku tak sikat. Tapi kalau keluar ke kedai/mana-mana, kena la sikat. Kang orang tengok aku, tak pasal-pasal cabut lari sebab ingat aku ni tak betul

Ni lah produk yang aku guna
Fave: L'oreal Elseve Smooth Intense Cream Shampoo & Conditioner (with Argan Oil)
Aku suka kan bau shampoo ni. 1st time pakai dah boleh rasa perubahan.. Rasa lebih lembut..

Clear Shampoo Scalp Oil Control tu aku guna masa rambut aku oily giler. It works la.. After cuci dengan shampoo tu, kurang berminyak. And ianya juga akan buatkan rambut you all rasa fresh sebab ada menthol

L'oreal Elseve Nutri Gloss (Botol Warna Pink) aku dah tak pakai sebab aku perasan rambut aku jadi oily pulak. So aku cuma wat perhiasan je la

Ni pulak serum yang aku guna

Ni pulak hair vitamin yang aku guna. Jenama Ellips 

Conditioning Spray (Ni aku pakai bila aku malas nak guna conditioner yang perlu dibilas tu. Yang ni senang. After habis mandi, lapkan rambut then terus spray all over the hair)

Ni pulak untuk Daily Instant Treament (Anti Breakage) -> agak lama la aku guna this product. Tak habis-habis lagi

Now target aku nak beli 2 produk ni :

1)Loreal Elvive Re-Nutrition Night Serum
Aku pernah try sample of this product. Memang best. Rambut rasa ringan and bau wangi sangat

2) Since aku pakai shampoo & conditioner dari kaum keluarga dia.. Jadinya aku nak beli serum ni pulak. Tapi kena tunggu yang sedia ada tu habis la dulu (Iye je.. Kang jap-jap lagi aku gi beli)

So as you can see, produk yang aku guna kebanyakannya adalah dari L'oreal. Aku guna jenama L'oreal ni agak lama la. For me brand ni sesuai la dengan rambut aku. And aku memang gilakan brand ni. Not only hair product tapi barangan penjagaan muka aku mostly from L'oreal (facial wash, moisturizer etc)

For me, tak kisahla rambut ko macam mana pun.. Kerinting ke.. Lurus ke.. Ko bertudung ke.. Ikal mayang ke. Yang pasti korang kena la jaga one of your aset tu. Rambut kan mahkota wanita ;)

p/s : Semua gambar aku google except for the gambar shampoo aku
Kla.. Nak bersiap-siap ke Ikea with mama :)