*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, January 2, 2011

Review: Elianto Shimmer Stick

Shimmer Stick by Elianto
1) Pale Gold
2) Brown

Sebenarnya takde niat pun nak beli shimmer stick ni. Tapi aritu kaki ni gatal lak gi singgah kat Elianto Mid Valley. Aku saja dok tengok-tengok eyeshadow, padahal dah ada banyak dah tapi apa salahnya cuci mata kan. Kebetulan jugak masa tu Elianto tengah sale up to 70%, memang rambang mata la kejap. Mula-mula aku dok belek eyeshadow Elianto. Aku suka je eyeshadow Elianto ni sebab warnanya ok je dengan kelopak mata aku. Tapi nak bagi satu tips la.. Kalau nak eyeshadow tu tahan lama, sebelum apply eyeshadow, pastikan korang pakai eye primer or eye cream. Confirm tahan lama.

Then bila aku dah pilih warna eyeshadow yang aku berkenan, aku saja la tengok produk-produk lain. Tiba-tiba mata terpandang lipglossnya tapi aku cam tak berapa berkenan dengan warnanya. Pastu aku saja dok try shimmer stick. Skali salesgirl Elianto tu pun datang.

"Ni kira cam eyeshadow gakla. Tapi dalam bentuk stick. Lebih senang nak pakai. And ada setengah suka pakai kat bahagian bawah mata kan. Lebih senang la" - Penjual kat Elianto
"Oo yeke?Ni ada less gak ke?" - Aku
"Ada.. Before less RM18. Tapi after less RM5.40 je" - Penjual Elianto

"Hah!! Serious? Giler murah kau! Giler kalau tak beli ni" - Aku, tapi dalam hati je la

"Okla.. I amik yang ni dengan yang ni eh" - Aku

Then terus aku ke kaunter and bayar.

For me, aku suka shimmer stick ni sebab mudah nak pakai. And then warnanya pun okay. Dan aku rasa shimmer stick ni sangat-sangat berguna untuk orang yang nak cepat.

Contoh kalau tiba-tiba boyfriend kau ajak kua dating lagi 10minit, kau just cepat-cepat amik shimmer stick ni and apply kat kelopak mata. Tak payah nak membuang masa dengan nak amik brush+eyeshadow pallet, pastu nak tenyeh kat kelopak mata. Sonang je kan.

Or bagi yang dah bekerja, pagi-pagi selalunya akan kelam kabut kan. Nak nak kalau terbangun lewat. Tapi penampilan haruslah dijaga. Takkan nak pergi office dalam keadaan selekeh. At least kena la calit-calit sikit. Takde nampak kusam sangat. So Elianto Shimmer Stick memang sangat-sangat useful la.

Actually shimmer stick ni ada banyak warna, tapi aku tak ingat ada berapa warna. Tapi aku pilih dua warna ni sebab senang nak mix and match. Selalunya, aku akan guna warna pale gold, yang macam warna cream/light yellow tu sebagai highlight. Pastu aku amik warna brown untuk wat soketnya. Then pakaila eyeliner and mascara selepas tu. Dah siap :)

p/s: I'm not sure sale ni masih ada lagi or not. So esok cepat-cepatla jenguk Elianto cuz Malaysia Year End Sale (MYES) habis esok :)

2 comments:

azwniesd said...

yes, mmg best sis.
wanie ada jugak.
terbeli pon sbb at first nak beli eyeliner dia, tetiba terr-berkenan shimmer stick ni. heee :)

for me, elianto pny brand satisfied me alot lah :DD

*loue me* said...

colour dia melekat nicely kt kelopak mata kan.sis rasa sebab ianya jns cream, so that's why nampak cantik je bila pakai.

hahaha..sama la kita.niat nk beli benda lain..dh terbeli benda lain jugak kan.

yah true.. sis pn suka brgn elianto.nice and very affordable