*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Beads Crafts DIY. Show all posts
Showing posts with label Beads Crafts DIY. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Doodle



p/s: Aku tau aku takde bakat melukis *pffft*

Thursday, August 26, 2010

Make Over Clogs

Lepas sahur.. Macam biasa aku mesti online kejap. Tapi hari ni lama sikit sebab aku nak gerak Nemo. So takut nanti aku yang tak terbangun, aku pun tunggu sampai pukul 8.30 pagi cuz dia ada kelas kul 9. Then bila dah gerak dia, niat di hati nak beradu la. Aku pun bergolek kat atas katil. Golek punya golek, mata tak nak tutup pulak. Puas punya bergolek, aku pun main freecell kat Herbee. Im kinda addicted with this game. Simple but still challenging

Then bila dah boring, dah tak tau nak buat ape, aku ni memang tak reti dok diam.. Dalam kepala dok memikir, "Apa aku nak buat ni eh?".. Last-last aku teringat kat my clogs. Aku sayang oo kasut tu tapi kesiannye clogs tu cam dah buruk. Semua ni gara-gara aku gi kenduri rumah sape tah. Padahal aku bukak kasut tu kejap je sebab aku nak masuk dalam rumah nak tengok pengantin. Then bila aku kua, tengok kasut aku dah ada kesan comot. Ingatkan bolehla hilang bila basuh tapi tak boleh. Siot je. Nak je aku marah sape yang buat onar kat kasut aku tu. Aku rasa mungkin ada orang main pijak or terpijak or mungkin jugak kuah kari ke, kuah dal ke tertumpah kat atas clogs tu. Jahatnye kamu..!! Oh Jahatnye kamu!! Tiba-tiba tingat lagu Stacy!

Then aku pun dapat idea untuk meng'make over' kasut tu. Aku pun terus bangun and gi kat rak kasut, cari my clogs. Bila dah jumpa aku pun ape lagi.. Terus meng'make over' dia la

Nampak stain yang berwarna coklat tu *sobs*

Aku pun amik gems warna putih (Gems ni boleh beli kat kedai jahit/kat mana yang ada jual la. Hehe) sebab nak suai padan dengan gems yang ada. Disebabkan materialnya adalah kain+kulit kot, so boleh la aku jahit. Kukuh sikit. Tak dela pakai nanti tertanggal. Plus, aku kan giler menjahit. Kalau boleh semua benda aku nak jahit. Tak main tampal-tampal ;p

Setelah lebih kurang 1jam dok menjahit gems kat clogs ni, ya ampun.. leceh+renyah giler kot. Berapa kali tercucuk jarum siap berdarah jari aku, akhirnya ini la hasil yang aku dapat

Puas hati la walaupun jarum tu dah lukakan jari aku

p/s: Ada sesiapa yang nak berkongsi idea? Boleh la share-share =)
Nemo gelak aku letak gambar kaki. Nak kata buruk ar tu. So dengan ini aku remove (Fine!)

Monday, July 12, 2010

Necklace Organizer

Korang pernah tak alami masalah untuk menyusun necklace? 

Contohnya bila kita nak amik necklace tu, mesti ia tersangkut kat necklace yang lain. Tak pun bila dah banyak-banyak necklace sangat, susah nak pilih dan nak amik. Well, aku selalu alaminya.

Kadang-kadang rasa cam bengang giler. Nak nak time aku nak cepat. Time tu la rantai aku nak tersangkut bagai. Fuhhh.. Menguji kesabaran tul. End up aku kua without necklace.

Walaupun aku dah search kat Youtube/Internet and cuba cari cara terbaik untuk menyusun necklaces tu.. Tapi takde satu pun yang okay. Kalau okay pun, aku tak tau nak cari kat mana.

So tiba-tiba dapat satu idea untuk cari hanging rail and S Hook.


Hanging rail & S Hook tu aku beli kat Ikea
Hanging Rail RM 9
S Hook (10) RM 1.60
Container warna purple tu RM 3
Yang hanger warna hijau tu sebenarnya shoes hanger tapi aku wat belt hanger

Nak tau sapa yang tolong drill kan hanging rail tu..? Cuz kalau aku yang buat confirm sampai esok pagi pun dinding aku tak berlubang..

Haa.. This guy la yang tolong drill
Thank you so much lil bro =)

Sunday, July 11, 2010

Happy Birthday Sayamku, mIRa

06 July 2010 (Tuesday)

Hari ni birthday my best friend, mIRa. Masa aku gi OU aritu.. Aku cakap kat Nemo,

"Ari ni ari jadi mIRa. Ingat nak bagi dia hadiah and then jumpa kat sini. Okay tak?" - Aku

Nemo aku okay je. So aku pun melilau la dalam OU tu mencari hadiah untuk kesayaman aku. Walaupun sayam aku tu demanding sikit orangnya (nak iPhone @ iPad je), tapi aku tau yang dia bukan lah demanding sangat. Dia jenis yang amat menghargai apa yang kau bagi. Janji benda tu unik dan comel.

Puasla aku dok mencari barang yang comel dan unik. Last-last aku nampak satu tabung macam letterbox. Hish! Bagi aku comel sangat (Aku tak tau la bagi ko comel ke tak, mIRa). Memandangkan aku belum berkerja lagi.. Hanya ni jela yang termampu. 

Lebih kurang macam ni la. Aku tak sempat nak amik gambar tabung tu sebab beli je, terus wrapped.
Credit: Google

Dah selesai wrapped semua, aku pun lepak kat bench. Aku nak call mIRa cakap nak jumpa tapi cam tak best lak. Pastu aku cakap kat Nemo yang aku nak wat surprise kat mIRa. Bila nama nak wat surprise, mestila tak boleh call tuan empunya badan. Aku pun call BF dia guna handphone Nemo.

"Hello. Abam Awie (bukan nama sebenar) eh" - Aku
"Aah" - Abam Awie

Then aku bagitau aku sape. Pastu aku tanya la, "mIRa ada situ tak?". Actually aku cuma sekadar bertanya sebab aku takut mIRa tau aku call BF dia. Tapi belum sempat aku nak teruskan ayat, BF dia dah pass hp kat mIRa. Haih! Baru nak berpakat dengan BF dia tapi hancur segala plan. 

Last-last aku cakap kat kawan aku tu yang aku nak jumpa dia sebab aku kat area OU dah. Malangnya dia ada kat gym. Habis pun lambat. And aku pun tak lama kat OU tu. Bermakna takde rezekila nak jumpa dia. Kuciwa. Alamatnya hadiah yang aku beli tu terpaksala di poskan je.

Ni handmade card just for her. Memandangkan aku tak dapat jumpa dia, so bolehla aku bagi handmade card ni untuk dia. Sangat sesuai dengan dia. (You know what I mean) ;)

p/s to mIRa: Pembalut biru tu Nemo aku pilihkan. Siap berebut lagi cuz aku tak setuju. Dia pun sibuk-sibuk nak pilihkan untuk ko

Shoes Organizer

Aritu masa aku gi Ikea, aku ada ternampak shoes box. Cam cantik je sebab ianya ada plastic kat depan. So senang la kalau kita nak tengok kasut apa yang ada dalam kotak tu. Tapi bila tengok tang harga.. Hish! 4 kotak RM 49.90, terus hati berkata-kata.., "Membazir". Kalau beli, mesti kena beli banyak. Takkan nak beli 1 set je. Jadinya aku tengok jela kotak tu..
Camni la kotak kasut tu
Credit: Google

Bila duduk rumah dan tak tau nak buat ape.. (Almaklum jadi penganggur bertauliah ni.. Ada je benda yang aku nak buat). Aku ni memang spesis yang tak reti duk diam. Dalam kepala ni ada je benda yang terlintas atau terfikir nak buat.

Aritu aku duk punggah aku nye kotak-kotak kasut. 

"Hish! Buruknya kotak ni. Alangkah bagusnya ada kotak cam kat Ikea tu. Hurmm.. I must do something" - Aku

So bila aku gi Mydin aritu, aku dapatla beli wrapping paper berharga RM 0.50. Tempat lain mahal la.. Sekeping RM 1.20 or RM 1.50. Aku bukannya nak balut hadiah ke apa. Cuma kotak kasut je. Beli murah-murah sudah..

Balik je dari Mydin, terus aku amik pisau, celotape, pembaris dan gunting bersama dengan kotak kasut yang aku nak balut.

So hasilnya.. 

Tadaa!!

Untuk setiap kotak aku lekatkan nama & gambar kasut.
Nanti senang nak pilih =)

p/s: Setakat ni baru 5 kotak je aku balut. Perlahan-lahan aku akan balut. Kalau kotak kasut tu nampak buruk, baru aku balut

Thursday, July 8, 2010

KL-SP-KL Again

02 July 2010 (Friday)

Aku ke Kedah untuk hantar adik aku balik ke kampus dia. Cuti semester dia dah habis dah. Pagi buta lagi kitarang dah bangun and kemas apa yang patut. Dalam pukul 10 pagi macam tu kitarang dah gerak dari rumah.

Im wearing..

Top: Black Lace Turtle Neck With Puffy Shoulder
Bottom: Levi's Jeans
Accessories: DIY Ribbon Pearl Statement Necklace, Black Jade Ring, Cream Big Ribbon Bow Hairband
Bag: Cream Vintage Handbag (Mama's Closet)
Shoes: Vincci Black Velvet Flat Sandal

Ada rupa macam jaga kat landasan kapal terbang tak?
Hehehe

04 July 2010 (Sunday)

Kitarang ke Penang sebab my bro nak belikan kasut kat bapak sebagai hadiah untuk Father's Day aritu. Before ke Penang, kitarang gi minum dulu kat tempat cendol kegemaran satu family. Aku order cendol jagung dengan bihun sup. Hajat hati nak makan laksa jugak tapi takde arini. Dah makan terus gerak ke Penang. My lil bro tak ikut sebab dia kua dengan kawan-kawan dia. Almaklum PTPTN dah masuk.. Sampai Penang terus gi rumah sedara mama. Lawat Mak Mbun yang sakit. Pastu baru gi Queensbay. Kat QB, sempatla aku shopping F21 1 spaghetti, F21 clutch purse and F21 ring. Tengah sale kot. Balik dari Penang, singgah rumah my neighbour masa kitarang tinggal kat Kedah ni, Auntie Saridah. Pastu gi CS pulak. Mama saja nak jalan-jalan. Kalau tak gi CS cam tak sah je kan.. Aku sempat beli Jeans Sequine Vest. Pastu gi dinner kat restoran apa tah.. Then baru balik rumah sedara aku.

05 July 2010 (Monday)

Kitarang balik ke KL arini. Sepanjang perjalanan aku cuma tidur sambil dengar lagu kat iPod. Then aku bangun untuk makan and gi toilet. Sampai je rumah terus kemas-kemas barang and relax.. Haih.. Penat~

Tuesday, May 4, 2010

Make Over Ponytail & Hair Clip

Disebabkan ada lagi lebihan bunga ros aritu, aku pun mula la nak bereksperimentasi. So aku beli ponytail (Aku beli ponytail kat Chameleon dengan harga RM0.50 satu). Then aku amik bunga ros reben and jahit kat ponytail tu. Tadaaa~ Dah jadi sweet macam gambar kat bawah ni. 


Senang je kan..

Kalau dah boring dengan bunga ros reben tu, korang boleh la buat ribbon bow pulak. 

Pink Ponytail

Mula-mula buat macam gambar kat bawah ni

Then jahit kat tengah-tengah. Jahit la ketiga-tiga ribbon kat atas tu

Actually cara nak buat ribbon bow sama macam buat hairband aritu. Cuma kali ni aku buat kecik sikit and tambah cream pearl beads untuk kasi nampak lebih sweet. 

Then amik ponytail and jahit the ribbon bow. Kalau lekat je takut tak kuat. So better jahitla. 
Orait.. Dah siap dah pun :)
Ni kalau beli kat kedai RM4.90-RM6.90.. Tapi kalau buat sendiri, kosnya tak sampai RM2.00 pun.

Besides that, aku ada juga make over hair clip. Ni memang senang giler. Pejam mata boleh buat (Okay.. Tipu. Mana boleh pejam mata.. Bahaya taw. Nak nak bila guna glue gun. Kena berhati-hati)

Korang cuma perlu ada , hair clip, glue gun & bunga ros reben. Guna glue gun untuk lekatkan bunga ros reben kat hair clip. Pastu.. SIAP!!

Daripada hair clip yang buruk terus nampak cantik. Abaikan la hair clip yang dah terkopek warna tu.. Tak nampak bila kita pakai kat rambut. Hehe

p/s: Tak faham boleh la tanya. Kalau tak tanya, nanti sesat jalan (ada kaitan ke)

Monday, May 3, 2010

Make Over Hair Claws

Okay.. Kali ni aku nak tunjuk macam mana nak make over hair claws or dalam bahasa melayunya pengepit rambut..

Yang ni sangat-sangat senang. Korang cuma perlukan hair claws, glue gun and bunga ros reben(boleh didapati kat kedai jahit @ bunga. Sepaket dalam RM1.80 je. Banyak gak boleh dapat).

 
Amik pengepit rambut yang kosong and bunga ros reben


Start menggam bunga ros reben dengan menggunakan glue gun (lebih kuat and senang instead of korang guna UHU/wateva) tu ikut citarasa masing-masing


So aku penuhkan permukaan hair claws ni dengan bunga ros reben
Dah siap! =)

Friday, April 30, 2010

Make Over Hair Band Bunga Ros

Selain daripada hairband aku yang warna pink tu, aku ada la make over hairband yang lain. Yang ni memang giler senang. So, tengok gambar je la eh (pemalas betul aku ni kan)

 
Hairband ni aku beli kat kedai ape tah(OU). Tak silap RM5.00 
(Kalau aku taw, baik aku beli kat Chameleon je.. Murah. Yang ni mahal ;p)
Aku cuma lekatkan 2 kuntum bunga ros guna glue gun. Bunga ros tu aku cabut dari pengepit rambut aku yang dah rosak tapi korang boleh beli kat kedai bunga/jahit. Aku beli sepaket RM1.80. Ada banyak gakla bunga ros dalam sepaket tu.

Hah?! Glue gun?
Pada siapa yang tertanya-tanya apa tu glue gun..
Meh nak habaq ni


Haa.. ni lah gambar glue gun tu (Thanx to Google). Sejenis gam yang kuat jugakla. Selalu orang guna buat hantaran ke.. So korang boleh dapatkan glue gun ni kat kedai bunga/jahit la. Harga maybe less than RM10 kot. Jangan beli glue gun je.. Beli la sekali dengan glue nya(yang macam kat gambar atas ni. Bentuk macam lilin )

Psst.. pssstt..
Sebenarnya aku agak fobia nak guna glue gun ni sebab kulit jari aku pernah terkoyak sampai nampak isi disebabkan glue gun tu. Aku pun bongok.. Time glue tu tengah panas, aku terpegang dia. Mau tak terkoyak.. But this time terpaksa guna demi nak make over the accessories..

Thursday, April 29, 2010

Make Over Hair Band

That day I've promised untuk tunjuk macam mana nak meng'make over' accessories kan. Kalau korang perasan, sekarang ni kan trend pakai hairband yang ada ribbon besar-besar atas kepala (ni mesti sebab terpengaruh dengan citer Gossip Girls kan.. Hee~ Aku pun sama tapi aku tak berapa berani sangat nak pakai yang agak menonjol/bow yang besar. Aku prefer yang kecik-kecik je. Lebih sweet & cute).

 
O mai God! She's so sweet ait?
Blair Waldorf in Gossip Girls
Thanks to Mr Google

Actually untuk buat bow kat hairband tu, aku refer kat this website. Aku baru discovered her blog. Kan bagus kalau dah lama jumpa her blog. Anyway, thanks to her la. She's very creative. Aku suka DIY yang dia buat. So semalam aku pun cuba la lepas balik dari MV & Alamanda. Tak susah pun.. Janji ada duit dengan barang, jalannnn..

Okay.. Tentang step & item yang nak digunakan (for bow), korang boleh refer kat her blog (tengok kat DIY). Kat situ dah ada complete instruction. Plus, step yang ditunjukkan mudah difahami. So, aku cuma tunjuk gambar beserta explaination sikit je la eh..

 
1/2 inch Ribbon  
(Aku terpaksa beli 1 gulung sebab kat kedai tu takde jual per meter. Segulung = RM1.90 je)
            Pink Hairband (Beli kat Chameleon dengan harga RM1.90 gak.Murah kan kan kan?! :))

Ribbon dijahit untuk mencantumkannya (Aku beli ribbon 1 inch, 1m=Rm0.50)
 
Then buat 2 saiz. Satu lebih panjang, satu lebih pendek. Macam gambar kat bawah ni

Cantumkan ia dengan jahit sikit kat bahagian tengah

Pastu picit kat bahagian tengah and jahit sedikit sampai terbentuk bentuk bow

Amik ribbon 1/2 inch & wrap kat bahagian tengah. Tempat yang kita dah jahit tadi. Kira nak cover la jahitan tu. Just guna double sided tape sebab lebih senang (bak kata laman web ni)
So ni la rupanya bila dah siap wrapped

Uhuk uhuk.. Dah macam bagi instruction je kan.. So, mine is pink sebab aku suka warnanya yang sweet and I really loue pink so much (but now ni macam dah terfall in love dengan warna-warna lavender aka purple lak)!!

Untuk bagi nampak menarik lagi, aku tambah bead kat tengah-tengah.. Aku jahit the bead sebab nak bagi kukuh. Kang kalau lekat guna double sided tape je or guna gam, tiba-tiba jatuh masa berjalan, tak ke malu. So rajinkan la sikit untuk menjahit ye.. :)



Untuk 1m ribbon 1 inch tu, aku dapat 2 bow

Bila dah habis buat bow, aku lekat kan la kat hairband guna double sided tape (Saja aku guna double sided sebab nanti kalau dah jemu and nak lekat benda lain, senang. Cabut je. Hopefully masa aku pakai, bow ni tak jatuh). Tapi kalau wanna make it permanent, better guna glue gun or boleh juga jahit (kalau hairband tu dari kain, ok la)

So ni lah hasilnya.. Pink Ribbon Hair Band
Selamat mencuba

p/s: Million thanks to this website.
If korang tak faham tentang step/nak dapatkan material, boleh je drop your comment okeh

Sunday, December 27, 2009

Duduk Rumah #2

Dah puas berfesbuk and berblogging.. Aku pun dok godek-godek la aku nye kasut (kan tadi aku ada cakap yang aku basuh kasut). Ada beberapa pasang kasut yang perlu dibaiki sebab tumit dah pecah (ganas tul aku). Aku jalan kemain nya control ayu, but still tumit heels aku leh pecah berderai. Tapi nanti-nantila aku gi baiki. And just now, aku baiki 1 sandal ni sebab aku tengok rupanya dah amat buruk. Jadinya aku pun gi menyelinap masuk bilik mama aku (dah cam perompak lak) untuk cari butang baju cuz tiba-tiba dapat idea nak letak butang baju kat sandal aku. Teruja aku tengok butang baju yang segala jenis dan warna ada.
Aku pun apa lagi.. Mula kan misi menjahit la (aku now tengah gilak menjahit. Sikit-sikit nak jahit. Patutnya aku amik course Seni Jahitan la.. Ade ke course ni eh.. Pape je la).
Dan hasilnya (seperti di bawah) sangatlah memuaskan hatiku walaupun jari aku ni dah sakit sebab nak cucuk jarum kat sandal yang agak liat+keras ni and banyak kali gakla aku dok "Oh Shit!" sebab tercucuk jarum. Siap jarum tu tegak berdiri kat kaki aku lagi. Sengal!
Tadaaa~

Cantik tak?

p/s: Mama aku siap cakap lagi, "Macam-macam la awak ni. Takde keje tul". Huhuhu

Duduk Rumah #1

Bosannya hari ni. Tak buat ape pun kat rumah. Asyik hujan je. Cuma tengah hari tadi sempatlah panas sekejap. Ari ni memang aku dah planned nak basuh kasut. So, sempatlah beberapa pasang kasut kering. Yang lain still lembap lagi. Aku dah pun hang kat penyangkut.

Btw, kat bawah ni aku nak tunjuk hasil aku menjahit manik kat lengan baju mama aku. Since mama hanya nak di bahagian lengan je, so aku jahit kat situ jela. Lagipun tak sempat kot kalau nak buat bahagian leher & bawah baju. Mama cakap, "Takper.. buat bahagian lengan je. Mama pakai tudung. Kat leher tak payah buat pun takpe". So aku ikutkan jela. Yang bestnya.. Aku dapat siapkan lengan baju ni dalam masa beberapa jam je. Tapi hanya buat 1 layer je sebab manik pun dah nak habis.




Monday, December 21, 2009

Im Such A Busy Bee

Sabtu (191209)
Ari ni aku sibuk siapkan baju mama aku. Haaa.. Siapkan ape? Actually, mama aku suruh aku jahit manik kat 2 pasang baju kurung dia untuk dia pergi kenduri kawen sedara kitarang pada hari Sabtu and Ahad. Sehelai baju aku dah siapkan. 3 hari jugakla aku nak jahit bahagian lengan je (bahagian lain tak sempat dah sebab tak cukup masa). 3 hari tu kira takdala aku tumpu 100% menjahit. Aku ada gakla main facebook, bergayut dengan Nemo, tengok blog dan buat benda-benda lain. Cuma ari ni memang aku tumpu menjahit gile-gile la. Sampai pukul 4 pagi baru aku tidur. Ahad mama dah nak pakai baju tu. Nasib baikla sempat.

**Ni baju kurung aku yang aku dah jahit manik. Baju mama aku tak sempat nak ambil gambar**

Bahagian hadapan

Bunga di bahagian hadapan

Bahagian lengan

Ni lah hasilnya bila baju kurung ni dah siap dijahit manik

20 Dec 09 (Sunday)
Aku bangun seperti biasa (mestila tengah hari kan..). Bangun je terus mandi sebab ari ni nak gi kenduri rumah Auntie Timah. Anak sulung dia kawin. Ikut hati macam malas je sebab semalam tidur lambat. Tapi teringat kat cousins aku.. Terus mandi and siap-siap untuk gi kenduri. Bukan apa.. Aku dah cakap kat Aboya yang nanti kitarang jumpa masa kenduri. Aku siap suruh Aboya paksa Alang untuk gi kenduri jugak (Alang tu kan susah bangun pagi.. And tak berapa suka kenduri. Hehehe..) So takkanlah aku tak pergi pulak.


Aku, Aboya & Alang

Muka poyo adik aku

Zen & Aboya


Ni masa kat dalam rumah saudara kitarang, Uncle Syed & Auntie Timah

Ni lah pengantin tu

Petangnya pulak, aku and adik aku gi One Utama. Ingatkan dia nak tengok wayang citer Princess & Frog tapi tak jadi. Dia kata next time. So aku just teman adik aku shopping je la. Ari tu aku dah shopping, now turn dia lak. Aku nganga je la. Dia shopping tak ingat nye. Dari kepala sampai ke kaki, semua serba baru.. Bestnya ada duit.