*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

List For My Convocation Day

Now.. Aku dan kawan-kawan dok mengitung hari je
Lebih kurang seminggu je lagi aku nak konvo
Perasaan aku.. Wajibla EXCITED atau dalam bahasa Malaysianya TERUJA. 

Setelah 4 tahun bergelumang dengan 
Buku-buku yang tak habis baca pun..
Assignments yang kadang-kadang je buat sendiri tapi slalunya 'berbincang' dengan rakan-rakan *wink* Eh normal la kan.. Life as a U student memang macam tu kan.
Tests selalu pakai sweater sebab dalam poket berisi ehem ehem.. Gula-gula la :) 
Cuma exams je aku study secara cool and relax sebab aku tak suka pressure diri sendiri.. 
Bila orang lain study, aku tidur.. Bila orang lain tidur, aku main game. Dah tu bila masa aku study? Itu yang kita nak tau ye..

Tapi.. Tapi.. Walaupun aku excited, aku belum buat apa-apa preparation lagi. 
Contohnya.. Aku tak beli pun lagi baju untuk konvo.. Kalau takde pun aku pakai je la baju mana yang ada. Aku tak kisah sangat tapi kalau ada orang sudi sponsor lagi bagus kan, wink wink to mummy and daddy. 

Satu lagi kasut untuk konvo, dahla kena pakai kasut bertutup dan tak boleh lebih 2". Tak boleh blah okay. Baru aku ingat nak bergaya dengan heels 5". Nak beli baru rasa macam membazir la pulak. Dah sah-sah aku akan pakai sekali je. Tapi bak kata kawan aku, kasut tu nanti boleh buat kasut untuk gi interview. Hmm.. Macam good idea la jugakkan. Kira kalau beli nanti takde la rasa cam menyesal sangat. Hmm.. Tengokla camne. 

So macam biasa.. Bila ada hari-hari penting, maka haruslah aku buat list supaya nanti tak tertinggal apa-apa. Menyesal di kemudian hari sangat tidak berguna.

Toner
Eye Cream
Foundation
Glow Enhancer
Compact Powder
Loose Powder
Blusher & Brush
Eyeshadow & Brush
Eyeliner
Eye Curler
Mascara
Lip Balm
Lipstick
Lip Gloss

Cotton Face
Cotton Bud
Make Up Remover
Rexona
Lotion
Perfume
Pocket Tissue

Hair
Comb
Hair Serum
Hair Conditioner
Hair Spray
Hair Vitamin
Curling Thongs
Hair Dryer
Hair Clip

Toiletries
Shampoo
Conditioner
Hair Mask
Facial Foam
Shower Gel
Toothbrush
Toothpaste

Medicine
Panadol Actifast
Tiger Balm
Handyplast (Thanks Awy sebab ingatkan)

Others
Watch
Sunglass
iPod+Charger
HP Charger
Pendrive
BEM+IEM Form (optional)
Bank Islam Slip (Penting untuk amik jubah nanti)
KPM's Survey (Ni pun penting)
UMP's Survey (Thx Ana ingatkan)
Pen
Handbag
Blanket
Pillow
Sweater
Kain Batik (untuk alas tilam)
Towel

So aku akan berada di U bermula pada hari Khamis (07/10/10) sehinggalah hari Ahad (10/10/10)

07/10/10-Thursday
Jeans 
Blouse 
T-Shirt 
Palazzo Pants

08/10/10-Friday
T-Shirt 
Palazzo Pants
Long Sleeve Shirt/Blouse
Jeans

Rehearsel

Shirt 
Long Pants 
Baju Kurung+Brooch (Back up)

09/10/10-Saturday
T-Shirt
Tracksuit
Jeans
Blouse

Convocation
Baju Konvo
Kasut Konvo
Accessories

Dinner
Baju Dinner
Kasut Dinner
Accessories
Bag

10/10/10-Sunday
Blouse
Jeans

So aku rasa tu je la antara barang yang bakal aku bawa nanti. Mujur aku menumpang kereta kawan, so boleh la bawa barang lebih sikit. Kalau naik bas.. Memang takla kan. Jenuh aku nak mengusung naik atas bas.

p/s: Mesti lelaki fikir perempuan ni complicated kan. Yer la.. Jadi lelaki mesti senang. Tak perlu list segala tapi untuk kaum perempuan, sangatlah normal. Okla.. Now aku nak gi tengok kot-kot ada barang lain yang nak dibawa lagi :)


Monday, July 12, 2010

Floria Festival 2010

Dah puas meronda kat Alamanda.. Kitarang cuba cari jalan ke Floria Festival 2010. Kitarang tau pasal Floria Festival tu pun sebab tengok kat dalam TV before kua rumah. Mujurla Putrajaya ni tak besar mana. Pusing-pusing kat situ gak.

Photographer bersama dengan KP

My Sayam

Kat Taman Floria



Seksis


Periuk Kera
Tumbuhan yang sangat unik

Kat Taman Bonzai

Mengelamun je minah ni

Floria Pavilion
Tempat ni berhawa dingin
Agak-agak dah penat berpanas kat luar, elokla masuk kat dalam ni

Kat dalam Floria Pavilion




Nak tiru Spongebob (yang buruk)






So guys..
Sapa-sapa yang belum pergi lagi.. Cepatla pergi
Sementara masih ada

Tips yang nak dikongsi: Pakaila baju yang nipis sebab panas dowh. Satu lagi.. Jangan lupa bawa kamera ya =)

Necklace Organizer

Korang pernah tak alami masalah untuk menyusun necklace? 

Contohnya bila kita nak amik necklace tu, mesti ia tersangkut kat necklace yang lain. Tak pun bila dah banyak-banyak necklace sangat, susah nak pilih dan nak amik. Well, aku selalu alaminya.

Kadang-kadang rasa cam bengang giler. Nak nak time aku nak cepat. Time tu la rantai aku nak tersangkut bagai. Fuhhh.. Menguji kesabaran tul. End up aku kua without necklace.

Walaupun aku dah search kat Youtube/Internet and cuba cari cara terbaik untuk menyusun necklaces tu.. Tapi takde satu pun yang okay. Kalau okay pun, aku tak tau nak cari kat mana.

So tiba-tiba dapat satu idea untuk cari hanging rail and S Hook.


Hanging rail & S Hook tu aku beli kat Ikea
Hanging Rail RM 9
S Hook (10) RM 1.60
Container warna purple tu RM 3
Yang hanger warna hijau tu sebenarnya shoes hanger tapi aku wat belt hanger

Nak tau sapa yang tolong drill kan hanging rail tu..? Cuz kalau aku yang buat confirm sampai esok pagi pun dinding aku tak berlubang..

Haa.. This guy la yang tolong drill
Thank you so much lil bro =)

Sunday, July 11, 2010

Shoes Organizer

Aritu masa aku gi Ikea, aku ada ternampak shoes box. Cam cantik je sebab ianya ada plastic kat depan. So senang la kalau kita nak tengok kasut apa yang ada dalam kotak tu. Tapi bila tengok tang harga.. Hish! 4 kotak RM 49.90, terus hati berkata-kata.., "Membazir". Kalau beli, mesti kena beli banyak. Takkan nak beli 1 set je. Jadinya aku tengok jela kotak tu..
Camni la kotak kasut tu
Credit: Google

Bila duduk rumah dan tak tau nak buat ape.. (Almaklum jadi penganggur bertauliah ni.. Ada je benda yang aku nak buat). Aku ni memang spesis yang tak reti duk diam. Dalam kepala ni ada je benda yang terlintas atau terfikir nak buat.

Aritu aku duk punggah aku nye kotak-kotak kasut. 

"Hish! Buruknya kotak ni. Alangkah bagusnya ada kotak cam kat Ikea tu. Hurmm.. I must do something" - Aku

So bila aku gi Mydin aritu, aku dapatla beli wrapping paper berharga RM 0.50. Tempat lain mahal la.. Sekeping RM 1.20 or RM 1.50. Aku bukannya nak balut hadiah ke apa. Cuma kotak kasut je. Beli murah-murah sudah..

Balik je dari Mydin, terus aku amik pisau, celotape, pembaris dan gunting bersama dengan kotak kasut yang aku nak balut.

So hasilnya.. 

Tadaa!!

Untuk setiap kotak aku lekatkan nama & gambar kasut.
Nanti senang nak pilih =)

p/s: Setakat ni baru 5 kotak je aku balut. Perlahan-lahan aku akan balut. Kalau kotak kasut tu nampak buruk, baru aku balut

Thursday, June 10, 2010

Tips Cari Boyfriend

09 June 2010 (Wednesday)

Semalam berdating dengan kekasih hati sebab hari ni dia nak gi melepak dengan kawan-kawan dia kat Pahang for few days. Aku sangatlah happy sebab lama giler tak jumpa dia (padahal duduk satu negeri). Walaupun dia tengah cuti sekarang ni tapi kitarang takde masa nak berjumpa. Aritu dia busy dengan thesis dia and aku pulak hanya free Sabtu petang and Ahad (Tu pun kalau aku takde apa-apa program). Rasanya ni kali kedua kitarang jumpa sepanjang dia cuti. Dasyat tak?

Dan biasalah.. Bila dah lama tak jumpa, mesti akan ada macam-macam perkara yang berlaku. Mula la ada benda yang tak puas hati.. Cepat nak marah.. Cepat nak majuk.. Jadi over sensitive dan akhirnya terjadilah pergaduhan. Tapi bergaduh macam mana pun, kitarang tetap saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Hopefully biarlah perasaan ini kekal selama-lamanya. Amin~

So semalam, masa aku nak gi kerja aku suh mama anta sebab balik kerja nanti my Nemo akan datang jemput aku kat office. Super la excited sebab dia tak pernah lagi datang office aku ni. At least dia taw la aku keje kat mana and macam mana je keadaan office aku.

Bila dah nak dekat kul 5, tiba-tiba aku jadi berdebar-debar. Rasa seram sejuk lak. Siot ah! Macam nak gi blind date je. Macam la tak pernah jumpa kan. Mungkin nilah akibatnya sebab dah lama tak jumpa kot. Or mungkin sebab aku nak terpoopoo? Demn! Nak gi dating boleh pulak nak terpoopoo~

So bila punch card machine dah menunjukkan pukul 17:02, aku terus meluru keluar, punch my card and pergi kat kereta. Kebetulan hujan renyai-renyai lak.. Aku pun tambah speed, jalan laju-laju gi kat kereta. My Nemo nampak je aku, terus keluar dari kereta and bantu aku angkat 4 beg yang bersangkut kat bahu and tangan (Haih.. Cair jap aku dengan keprihatinan dia kat girlfriend yang cam penjual minyak gamat ni)

Then kitarang gi Alamanda (memang port dating terbaek kitarang sebab dekat) sebab tak taw nak gi mana. Kalau gi KL confirm stuck in traffic jam. Tak kuasa aku. Sampai je terus makan McD sebab my Nemo dah lapar. 

"Kita order set besar and ice cream eh sebab I nak cawan FIFA" - Aku
"Okay" - Nemo

Sekali staff McD tu cakap cawan tu dah habis. Arghh kecewa aku dengar. But then she said, esok baru ada. Aku cakapla kat Nemo, tak boleh redeem ke (Rugi la kan.. Dah beli set yang patut dapat cawan, tapi tak dapat). Then Nemo tanya staff McD sama ada boleh redeem esok ke tak. And she said, "Boleh!" Ho yeah! Rupanya boleh redeem k. Just tunjukkan resit and bagitaw dia nak redeem cawan. Tapi bukan sesuka suki ko je nak redeem benda alah tu. Kat resit tu dorang ada cop. So dorang taw la sama ada betul ataupun tak.

Then dah habis makan kitarang gi GSC sebab aku dengan penuh gedixnyer nak tengok citer Lagenda Budak Setan (LBS) but unfortunately, LBS dah full house kot. So Plan B adalah nonton Prince of Persia. Overall citer ni bestla. Tak bosan. Aku bagi 4/5. But still terkilan sebab tak dapat nak tengok LBS walaupun banyak review mengatakan citer ni cam kureng. Novel dia lagi gempak. Oh I dun care. Aku nak tengok dengan mata aku sendiri and nilainya.

Pas dah habis nengok movie, kitarang ronda-ronda jap. Baru nak tengok barang, aku cakap kat Nemo,

"Urgh! I rasa nak gi poopoo dulu la. You duduk kat bangku tu dulu eh" - Aku (Dalam hati.. Demn! Bontot ni memang tak taw segan taw. Asal dating dengan boyfriend, time time tu jugakla nak terpoopoo. Tak beradab langsung)

But being an understanding boyfriend, he just smiled at me and said,

"Takpela. You pergi jela. I tunggu sini. Bak handbag" - Nemo (sambil hulur tangan nak pegang my handbag)
"Takpela. Toilet tu ada hook. Nanti kang nak call you susah lak" - Aku
"Okay" - Nemo

Aku pun apa lagi.. Cepat-cepat berlari ke toilet sebab dah tak tahan. Bila dah lepas hajat, aku cari Nemo. Pastu dia datang and kitarang ronda-ronda lagi. Aku belikan couple rings. Ala.. Cincin biasa-biasa je sebab tu je yang termampu. Dia cakap yang dia takkan bukak cincin tu dah. Tapi aku pulak jenis tak reti pakai aksesori sepanjang masa. Before nak mandi, aku mesti buka. Tapi aku cakap kat Nemo, kalau aku bukak pun.. Aku akan pakai balik.

Then around 10 pm, kitarang gerak balik. Dia singgah jap jumpa my parents sebab dia cakap dah lama tak jumpa and rindu kat my mum. Pas dah dia berborak dengan my parents, dia pun balik..

p/s: Hari ni langsung tak amik gambar. Dua-dua pun tak teringat. Haih~

Wednesday, June 9, 2010

Jom Kemas Wardrobe

07 June 2010 (Monday)

Lepas balik dari praktikal, terus aku gi punggah baju yang selambak macam gunung dalam laundry basket untuk di iron. Aku terpaksa la merajinkan diri sebab dah takde baju nak pakai untuk gi kerja.

Bila dah habis meng'iron', aku terus punggah 2 wardrobes aku lak. Aku bukan boleh.. Tiba-tiba datang angin rajin, mula la nak kemas barang-barang yang ada. Tapi kali ni aku fokus pada satu benda iaitu mengemas baju-baju yang ada. Aku asingkan hanger ikut warna and hang baju ikut warna dan hanger tu jugak.
Lebih kurang macam ni la.. Aku asingkan baju-baju aku ikut warna dan jenis. Hanger pun aku seragamkan. Tapi aku ingat aku nak beli hanger yang warna hitam/coklat tu jela. Tak nak guna warna merah dah. Baru nampak lebih kemas dan teratur.

Kalau korang perasan.. Baju T-Shirt @ Baju Duk Umah pun aku hang kan gak (Mujur kaftan dress aku tak hang). Punyala 'rajin' aku ni kan. Hehehe. Tapikan aku rasa almari aku makin mengecil la sebab everytime aku nak tarik keluar baju-baju aku, habis dah terperonyok sebab terlampau sendat.. Eh! Patut ke almari  disalahkan?! But yah.. I guess 2 wardrobes not enuff for my clothes la. I need a bigger wardrobe. Contoh macam gambar kat bawah ni

Ni memang toksah citer la kan.. Memang superb ar walk in closet Mariah Carey ni


Lepak lama-lama kat dalam ni pun tak pe.. Rela je




Kemas dan teratur. I loike!

Ok dah dah! Cukup-cukupla berangan ye..
Bersyukur la apa yang ada

Walaupun agak penat tapi aku seronok bila tengok semua dalam keadaan yang tersusun. Aku tak suka sepah-sepah ni (Walau bilik aku macam tongkang pecah sekarang ni.. Tapi faham-faham je la.. Kan baru habis mengecat. Now ni, aku tengah kemas slow-slow. Biar lambat, asal puas hati). 

Aku rasa aku dapat habit ni dari my mama la. Masa dulu, mama aku cukup suka mengemas. Boleh kata dalam sebulan, berapa kali tah dia ubah kedudukan perabot. Tapi yang jadi mangsa untuk tolak perabot, lap-lap habuk, mestila anak-anak dia kan. Mungkin sebab tu la aku tersampuk dengan habit dia ni. 

Satu lagi mama aku tak boleh tengok barang bersepah. Mula la mulut dia pun bergerak gak atau bahasa paling senang adalah membebel. Aku memang surrender kalau nak dengar dia membebel. Aku lebih rela tolong kemas (sambil muncung-muncung kan mulut) daripada dengar dia membebel. Kalau tak, aku cabut lari. Hehehe

Tapi bila dah ada bilik sendiri, aku dah pandai la kemas and jaga. Aku memang tak boleh la tengok bilik berselerak ni. Rasa rimas. Tangan aku akan jadi ringan je nak kutip and simpan balik kat tempat dia. Hopefully habit mengemas ni akan kekal dalam diri aku buat selamanya.

p/s: Mummy! I want a bigger wardrobe, please..

Sunday, April 25, 2010

My 2nd Vlog - Make Up Products

So as I promised in my previous entry/entry yang kat bawah ni.. I ada cakap yang I akan wat vlog pasal make-up product pulak kan. Hope you all dapatla serba sedikit info pasal products yang I guna. Mana taw kot-kot korang nak guna produk-produk ni. So far bagi I produk-produk ni OK. Yang pasti harganya affordable la. Sesuai la dengan status I yang masih student ni. Oh yah.. Kebanyakan lipstick tu I pow dari mama I sebab nak beli rasa tak worth it (Mahal kot). Plus, I dulu tak berapa suka pakai lipstick. Now dah start suka dah :)



These are the list of my make-up products:

1.Elianto Eyeshadow
2.Elianto Brush (recommended)
3.Wales 40 Colours Eyeshadow
4.Maybelline Line Allure Liquid Eyeliner (Upper)
5.Maybelline Unstoppable Pencil Eyeliner (Lower)
6.Maybelline Magnum Volume Express Mascara (recommended)
7.Maybelline Unstopabble Curly Extension Mascara
8.Eucerin Lip Balm
9.Revlon Lipstick
10.The Body Shop Lipstick
11.Anna Sui Lipstick
12.Lancome Lipstick
13.M.A.C Lipstick
14.Lancome Lipstick

p/s: Pasni nak wat review/vlog pasal apa pulak eh? Any ideas? Feel free to drop a comment :)

My 1st VLog Evah - Skincare Products

Psst.. Psstt..
This is my first vlog @ videolog..
Nothing much..
So please dun expect too much from me..
If nampak aksi or mimik muka I yang cam hampeh tu, sila abaikan ya. Just focus on the products :)

Vlog ni pasal skincare products yang I guna. Saja nak share produk apa yang I guna. Maybe quality gambar/sound tak berapa elok sebabkan I hanya guna Herbee je and tak cukup lighting.



So these are the list of my skincare products:

1.Loreal Revitalift Milky Foam (Facial Foam)
2.Loreal Revitalift Aqua Milky Toner
3.The Body Shop Vitamin E Eye Cream
4.Loreal White Perfect Moisturizer
5.Maybelline Face Powder (Natural)
6.Elianto Blusher (02-Dusty Rose)
7.Elianto Brush
8.Elianto Sheer Loose Powder (03-Natural Beige)

But actually I jarang jugak pakai benda alah ni semua cuz Im comfortable with my skin. I hanya wajib pakai bila I gi praktikal/kerja sebab masa tu I akan exposed dekat sunlight sangat lama. Bahaya for my skin la kan. And juga masa I kua jalan-jalan (tu pun depends pergi mana, berapa lama, dengan sape and mood gak). Kalau dah malam-malam nak pakai make-up segala, that's not me la. Im not the type yang men'jaga' sangat sampaikan pergi kedai mamak pun nak pakai face powder ke apa. I'm simple.

So untuk make-up products I akan buat lepas-lepas ni.. Stay tuned :)

p/s: Feel free to drop a comment

Monday, April 12, 2010

Branded Equal Puas Hati?

After mendapat comment di entry semalam.. Aku rasa aku patut buat satu entry khas pasal barangan branded and tak branded.. Bukan apa.. Just wanna make it clear (tah apa yang nak diclearkan pun, aku tak pasti.. Hehehe)

Well, my friend(you know who you are ;p) said bout baju branded is equal to puas hati.. My perception bout that statement is same like her.  Tak dinafikan.. Bila kita pakai baju branded, rasa puas hati sangat. Memang lain macam la rasa puas hatinye tu. Tak kisahla orang taw ke tidak kita pakai baju mahal.. Tapi diri kita sendiri yang dapat rasakan tahap kepuasan tu. Contoh paling mudah.. Cuba tengok gambar kat bawah ni 

Atas ko sekarang adalah plain white baby tee(tak branded)
Bawah ko pulak adalah plain white baby tee(MNG)
Nampak macam sama kan..
Tapi sebenarnya tak.. Appearance memang nampak sama.. Kosong takde pape.

Aku bagi perbezaannya eh

MNG
1) Kat belakang baju MNG ada la tulisan yang sebesar kerengga (tapi tak penting sangat pun)
2) Kualiti kain sangat berbeza. Baby T MNG ni adalah daripada kain Lycra.. 
3) Bila ko pakai, ia akan ikut bentuk badan ko. Memang fit la. (nampak cantikla kan)
4) Harga mungkin agak mahal la sikit

Takde brand
1) Mungkin kosong takde tulisan langsung (tak penting pun kan)
2) Kain mungkin daripada 100% cotton. Maybe agak kasar tekstur kainnya
3) Bila pakai, nampak macam pakai baju dari kain guni (tak taw nak kasi perbezaan macam mana tapi punyala kasar)
4) Harga mungkin jauh agak murah

Untuk kes ni.. Aku memang prefer MNG baby T sebab selesa. Walaupun nampak lebih kurang sama tapi kualiti memang berbeza. Tak kisahla spend duit lebih sikit. Janji selesa. Tu yang penting. FYI, disebabkan baju MNG baby T ni jugakla aku merajuk dengan mama aku sebab dia cakap tak worth it. Plain.. Takde corak ape ape tapi harga sampai RM65. For her sangat-sangat tak worth it.. But for me, mestilah worth it. Kualiti mama.. Kualiti.. Eventho mama tak kasi beli on that day.. Tapi aku sanggup pergi MNG balik on the next day semata-mata nak beli baju ni (gila kan). But yah.. That's me! I'll get what I want no matter what! :)

Tu untuk kes macam tu.. Tapi bagi kes kat bawah ni.. Aku rasa aku prefer baju yang takde brand daripada baju branded.

 
Yang di sebelah kanan(biru) tu adalah baju takde brand which is mine
Yang di sebelah kiri(merah) tu adalah baju Esprit
Dua-dua baju ni adalah dari kain chiffon/kain yang sangat-sangat nipis. 
Untuk baju-baju macam ni(spagetti, tube etc, jenis dan tekstur kain) aku lebih prefer yang takde brand.. Sebab ape?

1)Kain dahla lebih kurang spesisnya. Nipis yang amat. Kalau timbang mungkin berapa gram je
2) Dah la baju tak cukup kain (tengok.. mana ada lengan. kira tak cukup kain la kan).. Sangatlah membazir kalau aku beli mahal-mahal. Baju biru tu kalau korang nak taw, aku beli... Tak perlu la sebut tapi cukup sekadar aku cakap 1kali makan. And paling mahal pun maybe makan di McD (tak faham abaikan.. tapi cheq nak habaq mai neyh.. super duper murah okay). Tapi kalau Esprit tu, harganya $39.50 (aku tengok kat laman web dorang) which is kalau kita convert ke duit MYR, harganya mencecah RM100+. Worth it ke?

Bagi aku.. Ada baju kita boleh beli yang branded.. Ada yang tak. Tak semestinya baju branded tu cantik/bagus.. Ada gak baju branded nampak macam baju murahan. Or sometimes kualiti tak setaraf jenama nya. So, kena pandai pilih la.. Jangan disebabkan jenama, kita jadi 'buta' @ 'kelabu mata'. Jangan!!

Kalau kita nak beli baju murah, kita kenala pandai pilih. Biar murah tapi nampak macam mahal. Sometimes baju murah ni kualiti dia hampir sama dengan baju yang mahal. And kalau kata masuk mesin, baju tu terus hancur, pandai-pandai la jaga. Jangan la baju chiffon (refer kes kedua), ko gi hentam masuk mesin. Masuk la dulu dalam washing net. Kalau tak pandai jaga, baju mahal ke baju murah ke, akan rosak gak.

As a conclusion (dah macam buat karangan je cuma ni karangan manglish=malay+english), baju murah tak semestinya tak elok. Dan baju mahal tak semestinya bagus. Oleh itu, ingin ditegaskan sekali lagi, kalau kita pandai memilih, mata pandai menilai, tangan pandai menjaga.. baju murah ke baju mahal ke.. Takde hal la beb. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. So pilihan terletak di tangan anda. Sekian saya sudahi dengan ucapan terima kasih kerana membaca entry ini. Sila lah comment. Jangan segan dan silu ;p

p/s: entry ni lebih cenderung kepada baju perempuan. If lelaki, I 100% bersetuju agar beli baju branded.

p/s: I  MNG ;)

Sunday, April 11, 2010

Terapi Cara Ku

Lain orang lain caranya untuk hilangkan stress/tension. Same goes with me. Terapi yang agak berkesan pada aku pabila stress @ tension adalah dengan melihat keindahan pantai. Eventho aku ni tak pandai berenang tapi aku sangat sukakan pantai sampaikan aku pernah bercita-cita nak bina rumah di tepi pantai (sekarang aku dah tak bercita-cita nak buat rumah tepi pantai sebab takut ada tsunami). 

*Tiba-tiba teringat 1 pepatah ni.. "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"*->melalut je keje

You know, bila kau berada di pantai.. Automatik jiwa kau.. hati kau.. Terasa aman dan tenang sangat. Hanya dengan mendengar desiran ombak, burung berkicau, ombak memukul pantai, birunya air laut, pokok kelapa meliang liuk.. Sudah mampu mendamaikan hati/jiwa yang sedang gundah gulana.

Pada orang lain aku tak taw la berkesan atau tidak. But for me, memang berkesan. Kiranya kalau nak ajak aku untuk hilangkan tension, haruslah diajak ke pantai/pulau sebabnya aku memang takkan tolak (tu pun kalau ada duit la time tu atau di sponsorla. Kalau aku tengah pokai, kau ajak.. tarak guna gak).

Pada aku.. Bila kau lihat laut.. Ianya seperti tiada sempadan. Kau takkan tahu di mana penghujungnya sebab makin jauh kau tengok laut, makin luas jadinya. Sebab tu aku sukakan laut.. Ia seperti memberi motivasi kepada diri bahawa dunia ini terlalu luas.. Tiada sempadan. Sama seperti otak kita juga.. Haruslah berfikiran luas. Jangan disempitkan dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Tapi bila di kota lumpur ni aka Kuala Lumpur, mana nak cari pantai. Paling dekat pun maybe Port Dickson. Pendek kata.. Memang susah la nak cari laut kat tengah-tengah kota ni. (Laut/ombak jadian dekat Sunway Lagoon, gwe tak main la)

Jadinya kita harus memikirkan kaedah lain untuk hilangkan stress @ tension ni.. Salah satu kaedah yang mungkin mujarab buat aku adalah dengan SHOPPING!! Hehehe..

Kenapa aku cakap shopping?? Sebab bila kita stress @ tension, kita belikan something yang cantik/sesuai untuk kita.. Kita rasa puas sangat. Walaupun duit yang keluar tu mungkin akan menambahkan sedikit stress.. But as long as you get what you want.. Stress-purse-makin-menipis tu mungkin dapat dilupakan.

It works la.. Contohnya macam tadi..

Aku kua dengan mama ke Times Square. Mama boring duduk rumah. Yerla.. Weekend je la dia dapat kua. Dia nak gi jalan-jalan sendiri, dia tak taw jalan. Harapkan anak dia yang ni la untuk bawa dia jalan-jalan.

Sempat lagi snap gambar before kua tadi
I'm wearing...
Top: Long Sleeved Lace Turtleneck Puffy Shoulder (panjang betul nama baju ni)
Bottom: My fave jeans, Levi's Jeans
Accessories: Creamy Rose Headband & Fossil Watch
Bag: Prada Tote Bag
Shoes: Black Velvet Flat Sandal

So tadi lepas aku tawaf Times Square yang tak cukup 7 pusingan tu, sempatla aku rembat 2 helai spagetti. Murah kot. Kalau mahal-mahal, memang confirm tak beli. Duit bukan ada pun cuz gaji tak masuk lagi. Walaupun murah, janji ianya cantik. 

Kalau dulu aku-cam-perasan-kaya sebab mostly baju-baju aku dari jenama MNG. Sampaikan my friend @ cousin pernah tegur tentang pembaziran aku di MNG store. Dorang cakap aku leh dapat baju yang lebih kurang sama dengan MNG tapi pada harga yang murah. Masa tu memang aku bangkang habisla. Aku cakap mana sama.. Kualiti dah sah-sah berbeda. Then yang paling penting cop MNG yang cinonet tu.. tu yang penting. Bayar lebih sikit takpe. Time tu memang mata aku tak pandang langsung baju tak berjenama ni. Aku memang di tahap gila MNG (until now pun). Apa sikit mesti MNG. 

Tapi kini aku dah tak kisah dah. Branded ke tak branded. Asalkan ianya nampak cantik & mahal, aku belilah. Sapa kata baju murah tak cantik (aku kata..tapi tu dulu ye).. Cantik je. Dan juga baju murah boleh nampak macam mahal. Asalkan kita pandai pilih.

Pernah sekali.. Aku pakai baju berharga RM15 (serious RM15 okay).. Tapi kawan aku ingat baju MNG. Inilah bahana aku asyik memakai baju MNG sampaikan kawan-kawan aku ingat tu baju MNG. Huhuhu.. Bila aku cakap,"15 hengget je". Dorang cam terkejut sebab baju tu nampak cam baju mahal. See?! Tak semestinya baju murah tu nampak murah ;). Get what I mean?

Eh dah melalut pulak.. Back to the story.. So yah! Tadi aku shopping and happy sangat. Balik je rumah terus try baju tu. And now aku dah campak baju tu di laundry basket untuk dicuci. Tak sabar nak pakai nanti.. Wee~

p/s: Oh ya.. Lagi satu cara untuk hilangkan stress/tension adalah dengan pasang lagu kuat-kuat dan menyanyi/melalak sekuat mungkin. Serious memang best. Hehehe

Saturday, April 10, 2010

Patutkah Aku Tukar Course?

Bila berjalan-jalan di blog orang, best sangat bila baca entry pasal apa yang dorang tengah fikirkan.. Or maybe tips-tips yang berguna atau mungkin juga pengalaman hidup yang menarik..

Tapi aku tak cukup masa nak buat semua tu di sebabkan kesibukan berpraktikal (tak boleh nak cakap berkerja lagi sebab aku masih praktikal). Seriously, kadang-kadang bila ada sesuatu yang terlintas di fikiran dan rasa cam menarik untuk dikongsi, mesti time tu aku cam busy and takde masa nak mengarang. Ish! Kan best kalau ada 30 jam sehari.. Tapi fitrah manusia.. Makin banyak masa, makin tak cukup.

Selalunya, bila aku nak menaip entry yang memerlukan otak untuk berfikir atau effort yang lebih sedikit, mesti time weekend (tu pun kalau aku tak kua). Weekdays memang aku takde masa. Balik praktikal dah penat. Malam tu tot tet tot tet.. Dah pukul 10. Confirm mata cam dah kuyu and mulut asyik menguap and kepala minta tilam (aku tido tak memerlukan bantal ye.. hanya sediakan tilam and aku boleh tidur dengan lenanya).

Sebab tu kalau korang perasan bila hari Sabtu je la, entry aku lebih dari satu (if aku tak kua jalan-jalan->again. Tadi pun mama dah ajak aku kua tapi aku berjaya menolak cuz penat (mental+emosi+fizikal)).

So disebabkan hari ni hari Sabtu, aku nak share sikit bout apa yang aku dok buat beberapa hari lepas (mukadimah kemain nye panjang)

Now ni aku tengah menggila tengok Interior Design (ID). Habis laman web dah ku jengah pasal ID ni. Tapi yang betul-betul menarik perhatian aku adalah Nippon CreationsCasa Impian and Dulux. Serious cantik. Im truly inspired with their deco.

Okay, let me begins with Nippon Paint.
Kat sini korang boleh tengok macam mana dorang make over sesuatu barang/area(living room/dining/bedroom) dengan cost yang murah. And get inspired with their creative-ness. Serious menarik

Aku suka warna purple stone tu tapi agak dark. Sesuai ke kalau aku nak guna that colour as my feature wall?
Warna: Purple Stone

Aku nak gunakan warna tu as my non feature wall tapi takut nampak dull
Warna: Lavender Gray



Aku cam suka gak yang ni tapi mama cakap warnanya lebih kurang je dengan warna yang sekarang ni (cuma aku nye a bit pinkish lagi)
Warna: Purple lagi

Aku suka sangat wall deco and colour dinding ni but my mama cakap warna biru tak sesuai dengan perempuan.. (Ala.. Kena reject la pulak)
Warna: Biru Laut

Yang ni pun aku berkenan jugak sebab nampak ala-ala nature and warnanya nampak matured (even aku tak matured pun).
Warna: Green (tapi mama aku kata tak cantik. Hijau taik anjing. Takde kaitan pun dengan taik anjing.. Aiseh.. Asyik reject je. Mujur dia yang nak sponsor beli cat)

Okay.. Tu pasal Nippon Paint. Now pasal Casa Impian lak..Yang ni memang tak payah citer la kan. Aku rasa semua orang kenal dengan Eric Leong tu. His deco memang superb. Cantik sangat. Cuba tengok kat bawah ni..

Cantik kan??kan? kan?! (sila setuju dengan ku)
Warna: Purple (tapi adik aku tak kasi aku cat warna purple sebab tamo sama dengan dia nya warna bedroom. Kecoh ar)

Colour ni nampak sweet sangat.. English style.. Suka nye
Warna: Turqoise (again.. mama tak berkenan sangat warna biru)

Ni pun cantik tapi sama kes dengan yang di atas. Mama said hijau taik anjing. So it's a big NO! Tengah 'in' kot mama..
Warna: Hijau

Kalau kat Dulux pulak, yang menariknya kita boleh tengok colour kita (just masukkan tarikh lahir and gender) ikut Feng Shui (walaupun aku tak caya sangat pasal FS ni tapi saja suka-suka). Nak taw korang nye enhancing colour, click sini. Kat laman ni jugak ada apps mouse painter di mana korang boleh select room type and start colouring the wall. At least boleh bagi sedikit gambaran macam mana je nanti kalau korang warnakan dinding rumah korang nanti.

(click to enlarge)
Ni la apps enhancing colour tu
Mine is Yellow which I tak berapa suka sangat pun

And this is apps Mouse Painter tu.
Nampak tak aku warnakan wall tu
If tak nampak better gi check kat doktor mata takut ada something wrong ;p

Oh aku nak tambah kegilaan aku terhadap ID ni dengan..


Men'design' sendiri di Google Sketchup.
Sanggup tu download this software and start meng'explore'
Ini lah hasil yang tak seberapa

Tapi setelah di ajar oleh orang yang berpengalaman
Maka hasilnya adalah seperti di bawah


Eventho not 100% sama dengan bilik aku tapi lebih kurang la.. Dari segi susunan perabot and kedudukannya. Tapi tu semua tak penting.. Yang penting warna dinding tu. Apa yang aku cuba buat adalah menggambarkan bilik aku nanti jika dicat dengan warna purple walaupun warnanya tak sama dengan warna cat Nippon. Ala-ala pun jadi la kan..

Okay.. Enuff with that.. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa je tiba-tiba aku dok cakap pasal ID ni. Dah tukar course ke minah ni. Dari Civil Engineering ke Interior Design? Oh tidak kawan-kawan ku sekalian. Aku masih setia dengan Civil Eng. Malah dah nak grad dah pun this year (amin).

Well, motif sebenar aku dok menggila ID ni adalah disebabkan aku nak cat bilik tidur aku. Kalau nak taw, sebenarnya mama aku yang nak cat living+dining hall tapi aku lak yang sibuk-sibuk nak cat bilik aku sekali. Actually, aku dah boring yang amat dengan warna kat dinding ni. Eh! Jangan salah anggap. Im still a big fan of pink tapi kalau boleh kali ni aku nak colour yang matured sikit. Cam greenish ke or purplish (calm skit) ke. Almaklumla umur dah nak masuk 26 (Tiba-tiba rasa tua lak.. Dah la produk muka guna anti ageing.. Apa tua sangat dah ke aku ni?->melalut lagi) taknak la nampak terlalu pinkish sangat. Hmm.. Tapi rupanya payah betul nak memilih warna. Kena pandai pilih sebab kalau tersalah pilih, bilik akan nampak messy/buruk/hodoh/tak ceria etc.

p/s: I guess akan ambil masa yang agak lama la dalam nak memilih warna yang betul-betul sesuai. Just wait and see ;) (Wait until tumbuh janggut sebab memang seriously lama. hehehe)