*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, May 19, 2010

Review: L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++

Semalam (180510) aku gi Alamanda dengan my fam. Biasalah.. Dah nak dekat hujung-hujung bulan neyh, kemana lagi kaki harus melangkah. Fosho la ke pasaraya yang berdekatan untuk beli barang dapur. FYI, kalau my parents nak gi beli barang dapur, aku la orang yang paling sibuk sekali nak ikut. 1-2 weeks, aku dah siap prepare dah senarai barang yang nak aku rembat pada hari tu (baguskan aku? Thehe). 

FYI jugak, dulu-dulu aku selalu kena tinggal sebab my parents selalu gi beli barang waktu petang. But since aku cakap kat dorang yang aku nak ikut everytime dorang gi beli, so my parents pun terpaksa tukar waktu iaitu pergi waktu malam pulak(hee~). 

Walaupun dorang taw, dengan membawa their lovely prodigal daughter, dorang akan kehabisan sedikit duit (ye ke sikit?) tapi biasala kan.. Kang kalau tak bawa aku, confirm aku majuknye. Muncung mulut ni takyah citer ar. Dah mengalahkan muncung tikus dah. So nak taknak kena gakla =)

So semalam, walaupun aku tak berjaya rembat banyak sangat pun (sebab aku tengok kat situ mahal.. Macam lebih patut beli kat Watsons/Guardian) tapi dapat gakla aku rembat L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++ (pfuhh.. panjang siot). Aku memang memerlukan sangat moisturizer sebab moisturizer yang aku dok guna sekarang ni dah nazak dah (aku ada citer dalam my 1st Vlog). Memang tunggu masa nak campak dalam tong sampah je a.k.a dah nak habis. 

Actually dalam kepala aku memang ada beberapa brand yang aku nak guna. Im not the type yang stick pada satu brand pun. Yerla.. Bukan senang kita nak jumpa brand yang betul-betul sesuai dengan kulit/kehendak kita. Sometimes, bila kita tengok dalam iklan macam walah.. Tapi bila kita pakai, hasilnya tak memberangsangkan pun. So.. Apa salahnya kita give a try untuk produk-produk yang kita rasa boleh ngam/sesuai dengan kita kan.

So yah.. 
Kenapa aku pilih L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++ neyh instead of other products? 

1st reason - High SPF
Mostly for moisturizer, SPF dia rendah, dalam 15 to 20 je. But this one sampai 50. Memandangkan aku sedang praktikal yang sentiasa exposed kat sunlight, so I really need this product.

2nd reason - Affordable
Harganya takde la mahal sangat. Kira affordable la. Aku beli kat Carrefour RM35.90 for 30ml. Tapi aku dah survey kat Watsons/Guardian.. Harganya sama je. Tapi kalau tunggu sale, confirm lagi murah kot.

3rd reason - It have UVA/UVB Protector
Korang pun tahu kan betapa bahayanya duduk bawah sunlight lama-lama tanpa sebarang protection (nanti boleh dapat skin cancer la etc). So this one ada UVA/UVB Protector. Nak tahu lebih lanjut pasal UVA/UVB, click sini

4th reason - Packaging
Bagi aku this stuff sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sebab ianya dalam botol. Compared to other, kebanyakannya dalam bekas bulat dan agak besar. But this one, slim je. One more thing, for those yang pentingkan kebersihan, yang ni memang sesuaila sebab kita hanya perlu picit botol tu. Tak perlu nak guna jari/cotton bud ke ape.

5th reason - Advantages
This product also against brown spot, skin darkening and premature skin ageing (Terpampang kat depan kotak). Yang ni aku tak taw lagi keberkesanannya sebab aku baru pakai sehari je baru. Kita tengok macam mana nanti

One more thing, L'oreal Paris UV Perfect Long Lasting UVA/UVB Protector SPF 50/PA+++ ni ada 3 shades - White (takde kat Malaysia), Anti Dullness (Light Purple) and Even Complexion (Light Brown). But aku pilih yang anti dullness sebab aku lebih suka yang takde warna..

Kalau nak taw pasal texture pulak, it has light fluid texture (kat kotak ada tulis). And memang betul.. Memang rasa ringan je. Takdela yang jenis creamy sangat. Cuma masa mula-mula pakai, memang terasa cam melekit sikit, but then bila ia dah absorb, OKla. Pastu dah boleh tempek bedak segala.

 

p/s: Ni cuma pandangan aku je bout this produk =)

No comments: