Lain orang lain caranya untuk hilangkan stress/tension. Same goes with me. Terapi yang agak berkesan pada aku pabila stress @ tension adalah dengan melihat keindahan pantai. Eventho aku ni tak pandai berenang tapi aku sangat sukakan pantai sampaikan aku pernah bercita-cita nak bina rumah di tepi pantai (sekarang aku dah tak bercita-cita nak buat rumah tepi pantai sebab takut ada tsunami).
*Tiba-tiba teringat 1 pepatah ni.. "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"*->melalut je keje
You know, bila kau berada di pantai.. Automatik jiwa kau.. hati kau.. Terasa aman dan tenang sangat. Hanya dengan mendengar desiran ombak, burung berkicau, ombak memukul pantai, birunya air laut, pokok kelapa meliang liuk.. Sudah mampu mendamaikan hati/jiwa yang sedang gundah gulana.
Pada orang lain aku tak taw la berkesan atau tidak. But for me, memang berkesan. Kiranya kalau nak ajak aku untuk hilangkan tension, haruslah diajak ke pantai/pulau sebabnya aku memang takkan tolak (tu pun kalau ada duit la time tu atau di sponsorla. Kalau aku tengah pokai, kau ajak.. tarak guna gak).
Pada aku.. Bila kau lihat laut.. Ianya seperti tiada sempadan. Kau takkan tahu di mana penghujungnya sebab makin jauh kau tengok laut, makin luas jadinya. Sebab tu aku sukakan laut.. Ia seperti memberi motivasi kepada diri bahawa dunia ini terlalu luas.. Tiada sempadan. Sama seperti otak kita juga.. Haruslah berfikiran luas. Jangan disempitkan dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Tapi bila di kota lumpur ni aka Kuala Lumpur, mana nak cari pantai. Paling dekat pun maybe Port Dickson. Pendek kata.. Memang susah la nak cari laut kat tengah-tengah kota ni. (Laut/ombak jadian dekat Sunway Lagoon, gwe tak main la)
Jadinya kita harus memikirkan kaedah lain untuk hilangkan stress @ tension ni.. Salah satu kaedah yang mungkin mujarab buat aku adalah dengan SHOPPING!! Hehehe..
Kenapa aku cakap shopping?? Sebab bila kita stress @ tension, kita belikan something yang cantik/sesuai untuk kita.. Kita rasa puas sangat. Walaupun duit yang keluar tu mungkin akan menambahkan sedikit stress.. But as long as you get what you want.. Stress-purse-makin-menipis tu mungkin dapat dilupakan.
It works la.. Contohnya macam tadi..
Aku kua dengan mama ke Times Square. Mama boring duduk rumah. Yerla.. Weekend je la dia dapat kua. Dia nak gi jalan-jalan sendiri, dia tak taw jalan. Harapkan anak dia yang ni la untuk bawa dia jalan-jalan.
Sempat lagi snap gambar before kua tadi
I'm wearing...
Top: Long Sleeved Lace Turtleneck Puffy Shoulder (panjang betul nama baju ni)
Bottom: My fave jeans, Levi's Jeans
Accessories: Creamy Rose Headband & Fossil Watch
Bag: Prada Tote Bag
Shoes: Black Velvet Flat Sandal
So tadi lepas aku tawaf Times Square yang tak cukup 7 pusingan tu, sempatla aku rembat 2 helai spagetti. Murah kot. Kalau mahal-mahal, memang confirm tak beli. Duit bukan ada pun cuz gaji tak masuk lagi. Walaupun murah, janji ianya cantik.
Kalau dulu aku-cam-perasan-kaya sebab mostly baju-baju aku dari jenama MNG. Sampaikan my friend @ cousin pernah tegur tentang pembaziran aku di MNG store. Dorang cakap aku leh dapat baju yang lebih kurang sama dengan MNG tapi pada harga yang murah. Masa tu memang aku bangkang habisla. Aku cakap mana sama.. Kualiti dah sah-sah berbeda. Then yang paling penting cop MNG yang cinonet tu.. tu yang penting. Bayar lebih sikit takpe. Time tu memang mata aku tak pandang langsung baju tak berjenama ni. Aku memang di tahap gila MNG (until now pun). Apa sikit mesti MNG.
Tapi kini aku dah tak kisah dah. Branded ke tak branded. Asalkan ianya nampak cantik & mahal, aku belilah. Sapa kata baju murah tak cantik (aku kata..tapi tu dulu ye).. Cantik je. Dan juga baju murah boleh nampak macam mahal. Asalkan kita pandai pilih.
Pernah sekali.. Aku pakai baju berharga RM15 (serious RM15 okay).. Tapi kawan aku ingat baju MNG. Inilah bahana aku asyik memakai baju MNG sampaikan kawan-kawan aku ingat tu baju MNG. Huhuhu.. Bila aku cakap,"15 hengget je". Dorang cam terkejut sebab baju tu nampak cam baju mahal. See?! Tak semestinya baju murah tu nampak murah ;). Get what I mean?
Eh dah melalut pulak.. Back to the story.. So yah! Tadi aku shopping and happy sangat. Balik je rumah terus try baju tu. And now aku dah campak baju tu di laundry basket untuk dicuci. Tak sabar nak pakai nanti.. Wee~
p/s: Oh ya.. Lagi satu cara untuk hilangkan stress/tension adalah dengan pasang lagu kuat-kuat dan menyanyi/melalak sekuat mungkin. Serious memang best. Hehehe
11 comments:
hahahaha.. aku tetap berpegang kepada, BAJU BRANDED=PUAS HATI!!! hahaha MNG tuh busan ahh.. baby T dia kalau gi mana2 mesti ade 5-6 org pakai.. ohh please ahhh.. sume pakai baju sama..
HIDUP ESPRIT+NIKE!!!
memang ahh.. kena tengok gaya.. kalau ko pakai baju mahal tapi jalan tak confident, semestinya nampak murah.. ko ok laa pasal kurus.. bagi kami yang bertetek besar nih.. pakai baju murah, sume tempat dah ok.. tapi ketat di tempat tak sepatutnye..
pastu sekali masuk mesin, terus hancuss baju tuh.. ehh ehhh aku lak yang membebel panjang.. hahahaha
u ty la brand ZARA, Forever21, Topshop ke, Dorothy PErkins ke kitschen. .smua nice n affordable la :)
model.....
reen...cute.the cekak like mine...suke
kura:wahh..sungguh hangat perbincangan kali ni ye..haruslah aku buat satu lagi entry khas untuk topik ni saje..
laydee's:fyi, i dh masuk semua kedai2 yg u cakap tu.kalau ZARA susah tul nk jumpa size XS.kalau ada pn, mesti xfit dgn my body..walaupun byk kali i masuk ZARA..confirm kua dgn tgn kosong.F21 pn i dah masuk tp jarang yg berkenan di hati..except for their owl necklace..i berkenan giler kot tp xbeli2 lg.
faiz:ko nk cakap model ape?
eka:cute kan..walaupun cekak tu besar gedabak bunga dia..but i like..nmpk sweet and ala-ala blair dlm citer gossip girls(perasan)
saya pun suke lepak tepi pantai. sebab angin tepi pantai tu sungguh mendamaikan. weee
ehh kamu, umur kita sama mehh? kamu tahun 1989 yaa?
salam perkenalan :)
nice blog u have!
hehe size XS? mmg ssh nk jmpe . .mcm i lain case, tgn i size L bdn size M, try smua size pun xkn jmpe kan. .kekeke
saiyidah:sama la kita eh.serious best.tempat paling menenangkan.eh takla..i tahun 1984 (tua dah kan).u 1989 ke?same with my lil bro kalau mcm tu
laydee's:taw xpe..mmg ssh giler.gosh!camne tu?mmg confirm xjumpa melainkan u kene tempah.teheehe
Post a Comment