*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, April 12, 2010

Branded Equal Puas Hati?

After mendapat comment di entry semalam.. Aku rasa aku patut buat satu entry khas pasal barangan branded and tak branded.. Bukan apa.. Just wanna make it clear (tah apa yang nak diclearkan pun, aku tak pasti.. Hehehe)

Well, my friend(you know who you are ;p) said bout baju branded is equal to puas hati.. My perception bout that statement is same like her.  Tak dinafikan.. Bila kita pakai baju branded, rasa puas hati sangat. Memang lain macam la rasa puas hatinye tu. Tak kisahla orang taw ke tidak kita pakai baju mahal.. Tapi diri kita sendiri yang dapat rasakan tahap kepuasan tu. Contoh paling mudah.. Cuba tengok gambar kat bawah ni 

Atas ko sekarang adalah plain white baby tee(tak branded)
Bawah ko pulak adalah plain white baby tee(MNG)
Nampak macam sama kan..
Tapi sebenarnya tak.. Appearance memang nampak sama.. Kosong takde pape.

Aku bagi perbezaannya eh

MNG
1) Kat belakang baju MNG ada la tulisan yang sebesar kerengga (tapi tak penting sangat pun)
2) Kualiti kain sangat berbeza. Baby T MNG ni adalah daripada kain Lycra.. 
3) Bila ko pakai, ia akan ikut bentuk badan ko. Memang fit la. (nampak cantikla kan)
4) Harga mungkin agak mahal la sikit

Takde brand
1) Mungkin kosong takde tulisan langsung (tak penting pun kan)
2) Kain mungkin daripada 100% cotton. Maybe agak kasar tekstur kainnya
3) Bila pakai, nampak macam pakai baju dari kain guni (tak taw nak kasi perbezaan macam mana tapi punyala kasar)
4) Harga mungkin jauh agak murah

Untuk kes ni.. Aku memang prefer MNG baby T sebab selesa. Walaupun nampak lebih kurang sama tapi kualiti memang berbeza. Tak kisahla spend duit lebih sikit. Janji selesa. Tu yang penting. FYI, disebabkan baju MNG baby T ni jugakla aku merajuk dengan mama aku sebab dia cakap tak worth it. Plain.. Takde corak ape ape tapi harga sampai RM65. For her sangat-sangat tak worth it.. But for me, mestilah worth it. Kualiti mama.. Kualiti.. Eventho mama tak kasi beli on that day.. Tapi aku sanggup pergi MNG balik on the next day semata-mata nak beli baju ni (gila kan). But yah.. That's me! I'll get what I want no matter what! :)

Tu untuk kes macam tu.. Tapi bagi kes kat bawah ni.. Aku rasa aku prefer baju yang takde brand daripada baju branded.

 
Yang di sebelah kanan(biru) tu adalah baju takde brand which is mine
Yang di sebelah kiri(merah) tu adalah baju Esprit
Dua-dua baju ni adalah dari kain chiffon/kain yang sangat-sangat nipis. 
Untuk baju-baju macam ni(spagetti, tube etc, jenis dan tekstur kain) aku lebih prefer yang takde brand.. Sebab ape?

1)Kain dahla lebih kurang spesisnya. Nipis yang amat. Kalau timbang mungkin berapa gram je
2) Dah la baju tak cukup kain (tengok.. mana ada lengan. kira tak cukup kain la kan).. Sangatlah membazir kalau aku beli mahal-mahal. Baju biru tu kalau korang nak taw, aku beli... Tak perlu la sebut tapi cukup sekadar aku cakap 1kali makan. And paling mahal pun maybe makan di McD (tak faham abaikan.. tapi cheq nak habaq mai neyh.. super duper murah okay). Tapi kalau Esprit tu, harganya $39.50 (aku tengok kat laman web dorang) which is kalau kita convert ke duit MYR, harganya mencecah RM100+. Worth it ke?

Bagi aku.. Ada baju kita boleh beli yang branded.. Ada yang tak. Tak semestinya baju branded tu cantik/bagus.. Ada gak baju branded nampak macam baju murahan. Or sometimes kualiti tak setaraf jenama nya. So, kena pandai pilih la.. Jangan disebabkan jenama, kita jadi 'buta' @ 'kelabu mata'. Jangan!!

Kalau kita nak beli baju murah, kita kenala pandai pilih. Biar murah tapi nampak macam mahal. Sometimes baju murah ni kualiti dia hampir sama dengan baju yang mahal. And kalau kata masuk mesin, baju tu terus hancur, pandai-pandai la jaga. Jangan la baju chiffon (refer kes kedua), ko gi hentam masuk mesin. Masuk la dulu dalam washing net. Kalau tak pandai jaga, baju mahal ke baju murah ke, akan rosak gak.

As a conclusion (dah macam buat karangan je cuma ni karangan manglish=malay+english), baju murah tak semestinya tak elok. Dan baju mahal tak semestinya bagus. Oleh itu, ingin ditegaskan sekali lagi, kalau kita pandai memilih, mata pandai menilai, tangan pandai menjaga.. baju murah ke baju mahal ke.. Takde hal la beb. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. So pilihan terletak di tangan anda. Sekian saya sudahi dengan ucapan terima kasih kerana membaca entry ini. Sila lah comment. Jangan segan dan silu ;p

p/s: entry ni lebih cenderung kepada baju perempuan. If lelaki, I 100% bersetuju agar beli baju branded.

p/s: I  MNG ;)

15 comments:

jinhoo said...

i cam xde kena mengena dalam hal ni.. tapi nk comment gak.. quality sangat terjamin dengan ketahanan dia especially berapa lama kita leh pakai baju tu.. sangat la tidak dapat dinafikan lagi.. peace~

*loue me* said...

u nk kata ttg baju branded ke?kalau utk guys i memang 101% bersetuju beli baju branded.sebab kalau xbranded, beli baju ciplak..baju tu mmg nmpk ciplak giler.kualiti takyah cakap la kan.cam hampeh.lagipun lelaki haruslah mementingkan jenis kain yakni mestilah berkualiti.lelaki kena pilih baju dari kain yang menyerap peluh sbb lelaki berpeluh lebih banyak dari perempuan (dah cm iklan)

jinhoo said...

hahaha.. hermm.. so xleh nak argue la kat sini.. sbb entry u lebih kepada baju perempuan eh..

*loue me* said...

hehehe..lebih kurangla.kalau i buat entry pasal baju lelaki..dah sah2 i sokong..so nanti boringla.xde pro and kontra nye nanti

azwniesd said...

yep. setuju. sometimes baju branded makes us more comfortable, and sometimes yg tak branded ne bwat kita rasa mcm berbaloi kalau boley dapat.
me, more prefer beli baju from esprit. tataw kenapa, tapi most of my baju mmg dari esprit. sbb once dah rasa selesa, so mcm dah stick dah dgn satu2 bnda tuh.
but, now. mmg betol mcm dah suka baju2 from mng. sbb dia fix kat bdn. nampak cantek. mmg before this rasa tak worth it bila beli, coz mng kan plain jee. ada pon cekonet je tulisan mng basic or watever kat belakang or depan tuh.
tapi, once dah pakai mmg jatuh cinta. haha.
sbb selesa!
fuhfuh! pnjg komen! :p
hahah :D

KuraKura said...

aahhh takde! takde!! jangan sesekali ko nak mengutuk Esprit aku.. jangan! jangan!!

hahaha bagi aku tengok atas jenis baju n tempat kite nak pakai laa.. kalu pegi gym baju murah.. opis pun baju ala2 murah x branded.. tapi kalau nak kua jalan2 haruslah menjadi duta Nike atau Esprit ye.. muahaha..

fyi, aku basuh baju aku pakai tangan lagi ok!! tapi kalau dah murah memang hampehhh!

ahhh blah ahh.. kalau aku kaya-raya-hantu raya memang aku tak pandang dah baju2 murah nih.. hahah eksyen!!!

KuraKura said...

ops lupe.. abang aku selalu kata kat aku.."keluar bukan main lagi pakai benda branded.. balik umah pakai suar pendek buruk ngan baju koyak2" muahahha.. hipokrit tok ko nih Reen!!

Anonymous said...

betul.agree.sometime aku beli barang mahal,ada kualiti dan bila ada bajet.tapi kalau dah tak mampoo,mana yang murah pon ok.pokok pangkalnya,kena bijak memilih.

*loue me* said...

cikmiko:yah..betul tu.bukan kata xsuka pada baju branded.giler kalau tak suka..memang suka cuma kena tgk pada beberapa faktorla.tamo jadi pengguna yang tidak bijak.pernah my adik angkat beli GUESS jeans tp koyak kt bahagian tengah.padahal baru beli sehari je pun.dah la jeans kt situ semua harga nak rm500 je.menyumpah dia

*loue me* said...

kura:jangan salah anggap.aku xkutuk pn esprit tu.aku cuma bg comparison je.aku pn ada baju esprit gk..

aku pn sama..tgk pada keadaan gkla.stakat nk gi tmpt keje tu, baju rm20 aku pakai.tp kalau utk gi jln2 haruslah yg selesa n kalau blh branded.

kalau aku kaya pn..mungkin aku akan jadi mcm ko or mungkin juga tidak ;p

aku kt rumah pakai kaftan je.siap koyak rabak n tingkap terbelah besar je.hahaha

*loue me* said...

aya:hee..sama la kita.kalau duit tgh berkepuk2 mmg confirm nk beli brgn branded kan.

yeah!!betul2!kena bijak memilih

Kalam Hitam said...

kualiti, selesa, brand n baru fikir harga!!

that's my simple principle...

:D

*loue me* said...

kersani:;)

azwniesd said...

ohh. really?
kalau wanie pon menyumpah jugakk kott.
kesian si panjang itu!
hehee :)

*loue me* said...

yeah..betul.kesian giler kt dia.
eh bukan si panjang.si panjang adik kandung
yg jadi ni kat adik angkat.huhu