07 June 2010 (Monday)
Lepas balik dari praktikal, terus aku gi punggah baju yang selambak macam gunung dalam laundry basket untuk di iron. Aku terpaksa la merajinkan diri sebab dah takde baju nak pakai untuk gi kerja.
Bila dah habis meng'iron', aku terus punggah 2 wardrobes aku lak. Aku bukan boleh.. Tiba-tiba datang angin rajin, mula la nak kemas barang-barang yang ada. Tapi kali ni aku fokus pada satu benda iaitu mengemas baju-baju yang ada. Aku asingkan hanger ikut warna and hang baju ikut warna dan hanger tu jugak.
Lebih kurang macam ni la.. Aku asingkan baju-baju aku ikut warna dan jenis. Hanger pun aku seragamkan. Tapi aku ingat aku nak beli hanger yang warna hitam/coklat tu jela. Tak nak guna warna merah dah. Baru nampak lebih kemas dan teratur.
Kalau korang perasan.. Baju T-Shirt @ Baju Duk Umah pun aku hang kan gak (Mujur kaftan dress aku tak hang). Punyala 'rajin' aku ni kan. Hehehe. Tapikan aku rasa almari aku makin mengecil la sebab everytime aku nak tarik keluar baju-baju aku, habis dah terperonyok sebab terlampau sendat.. Eh! Patut ke almari disalahkan?! But yah.. I guess 2 wardrobes not enuff for my clothes la. I need a bigger wardrobe. Contoh macam gambar kat bawah ni
Ni memang toksah citer la kan.. Memang superb ar walk in closet Mariah Carey ni
Lepak lama-lama kat dalam ni pun tak pe.. Rela je
Kemas dan teratur. I loike!
Bersyukur la apa yang ada
Walaupun agak penat tapi aku seronok bila tengok semua dalam keadaan yang tersusun. Aku tak suka sepah-sepah ni (Walau bilik aku macam tongkang pecah sekarang ni.. Tapi faham-faham je la.. Kan baru habis mengecat. Now ni, aku tengah kemas slow-slow. Biar lambat, asal puas hati).
Aku rasa aku dapat habit ni dari my mama la. Masa dulu, mama aku cukup suka mengemas. Boleh kata dalam sebulan, berapa kali tah dia ubah kedudukan perabot. Tapi yang jadi mangsa untuk tolak perabot, lap-lap habuk, mestila anak-anak dia kan. Mungkin sebab tu la aku tersampuk dengan habit dia ni.
Satu lagi mama aku tak boleh tengok barang bersepah. Mula la mulut dia pun bergerak gak atau bahasa paling senang adalah membebel. Aku memang surrender kalau nak dengar dia membebel. Aku lebih rela tolong kemas (sambil muncung-muncung kan mulut) daripada dengar dia membebel. Kalau tak, aku cabut lari. Hehehe
Tapi bila dah ada bilik sendiri, aku dah pandai la kemas and jaga. Aku memang tak boleh la tengok bilik berselerak ni. Rasa rimas. Tangan aku akan jadi ringan je nak kutip and simpan balik kat tempat dia. Hopefully habit mengemas ni akan kekal dalam diri aku buat selamanya.
p/s: Mummy! I want a bigger wardrobe, please..
4 comments:
wah rajennye kakak kite ni .. :)
i like..
marya:hehe..angin rajin dah dtg memang jadi camni
reen...sama cam eka gak...1 almari besar masih tak ckp...baju2 eka siap tumpang almari en suami lg...heeeeeeeeeehehhe
eka:kan? reen rasa perempuan memerlukan almari yg besar gabak.hehehe
Post a Comment