*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, December 21, 2009

Im Such A Busy Bee

Sabtu (191209)
Ari ni aku sibuk siapkan baju mama aku. Haaa.. Siapkan ape? Actually, mama aku suruh aku jahit manik kat 2 pasang baju kurung dia untuk dia pergi kenduri kawen sedara kitarang pada hari Sabtu and Ahad. Sehelai baju aku dah siapkan. 3 hari jugakla aku nak jahit bahagian lengan je (bahagian lain tak sempat dah sebab tak cukup masa). 3 hari tu kira takdala aku tumpu 100% menjahit. Aku ada gakla main facebook, bergayut dengan Nemo, tengok blog dan buat benda-benda lain. Cuma ari ni memang aku tumpu menjahit gile-gile la. Sampai pukul 4 pagi baru aku tidur. Ahad mama dah nak pakai baju tu. Nasib baikla sempat.

**Ni baju kurung aku yang aku dah jahit manik. Baju mama aku tak sempat nak ambil gambar**

Bahagian hadapan

Bunga di bahagian hadapan

Bahagian lengan

Ni lah hasilnya bila baju kurung ni dah siap dijahit manik

20 Dec 09 (Sunday)
Aku bangun seperti biasa (mestila tengah hari kan..). Bangun je terus mandi sebab ari ni nak gi kenduri rumah Auntie Timah. Anak sulung dia kawin. Ikut hati macam malas je sebab semalam tidur lambat. Tapi teringat kat cousins aku.. Terus mandi and siap-siap untuk gi kenduri. Bukan apa.. Aku dah cakap kat Aboya yang nanti kitarang jumpa masa kenduri. Aku siap suruh Aboya paksa Alang untuk gi kenduri jugak (Alang tu kan susah bangun pagi.. And tak berapa suka kenduri. Hehehe..) So takkanlah aku tak pergi pulak.


Aku, Aboya & Alang

Muka poyo adik aku

Zen & Aboya


Ni masa kat dalam rumah saudara kitarang, Uncle Syed & Auntie Timah

Ni lah pengantin tu

Petangnya pulak, aku and adik aku gi One Utama. Ingatkan dia nak tengok wayang citer Princess & Frog tapi tak jadi. Dia kata next time. So aku just teman adik aku shopping je la. Ari tu aku dah shopping, now turn dia lak. Aku nganga je la. Dia shopping tak ingat nye. Dari kepala sampai ke kaki, semua serba baru.. Bestnya ada duit.

2 comments:

FAIZ FARISH said...

Wah pandai menjahit... pasni tolong aku jahit baju raya tahun depan plak. Boleh?

Live.Laugh.Love said...

tau jahit manik je.jahit baju xreti