*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, December 31, 2010

Dating Dengan Nemo

Dah lama aku tak pernah update entry pasal aku dengan Nemo. Hmmm.. Macam mana la nak update.. Jumpa pun jarang. So takde benda nak diceritakan..

But yesterday, aku hang out dengan Nemo setelah sekian lama tak bersua muka dengan dia. Kitarang ke Pavilion sebab Nemo nak ke sana. Aku ikutkan je la. Sebenarnya motif utama nak berjumpa je sebab rindu amat. Before this Nemo ada ajak aku kua tapi atas sebab-sebab tertentu, aku tak dapat nak kua dengan dia. Baru semalam aku boleh kua.

Dia sampai around 4pm kot.. Aku pun tak ingat. Sampai je terus kitarang gerak ke Pavilion. Mujurla jalan tak jammed sangat. Tapi bila dah sampai kat sana, kitarang meround cari parking. Pusing punya pusing, kitarang parking kat Plaza Low Yat. Konon nak jimat la. Tau-tau jela parking rate kat Pavilion.. Dah boleh makan KFC/McD dah. So terpaksa la menapak sikit.

Bila sampai Pavilion terus kitarang ke GSC untuk tengok movie. Aku nak tengok Gulliver's Travel tapi Nemo nak tengok The Tourist. Tapi biasalah.. Mesti la aku dapat tengok movie yang aku nak. Nemo memang confirm-confirm mengalah punya. Even aku cakap.. "Eh takpela.. Kita tengok The Tourist pun takpe. Cam bes gak". Tapi Nemo aku memang la tersangat sweet.. Dia selalu mendahulukan aku. "Takpe.. kita tengok citer u dulu. Pas-pas ni leh tengok citer I lak". So kitarang tengok Gulliver's Travel kul 6.30pm. Habis je citer terus carik KFC. Kalau nak tau, kitarang tak pernah makan KFC bersama. Asyik makan McD je. Kalau ada pun, mesti aku tak makan.. Aku cuma jadi tukang teman dia makan je. Tapi semalam, dapat gak kitarang makan bersama. Kitarang order 1dinner plate dengan Colonel Burger. Dah habis melantak, kitarang jalan-jalan kat Pavilion sebelum bergambar kat luar Pavilion

Cuba tengok gambar ni betul-betul.
Warna baju aku dah sama dengan pokok krismas ni. Pandai aku matching kan.
Ye aku tau.. Tima kasih




Apsal la u suka kecikkan mata? Tot mata I lagi sepet dari u

I Love MYES
But no money no shopping *sigh*

Muacks!!!





Actually my Nemo baru je balik from Singapore. Cuti-cuti Malaysia with his family. Masa aku jumpa dia, dalam hati aku, "Ish! Takde souvenir ke dari Singapore? At least keychain ke, fridge magnet ke?" (Tak malukan. Siap mengharap lagi. Hahaha..) Selalunya kalau dia gi mana je, mesti dia belikan something untuk aku. Dia tak pernah lupa. But this time takde. Maybe mahal kot barang kat Singapore. Takpela.. Small matter. Aku tak kisah sangat pun

Then masa dia hantar aku balik, tiba-tiba dia cakap dia nak singgah McD.
"U lapar lagi ke?" - Aku
"Tak. I nak beli air" - Nemo
"Ouh..Okay" - Aku

Bila sampai McD, Nemo cam straight cari parking
"Eh kat situ drive thru. U nak gi mana?" - Aku
"I nak cari parking" - Nemo
"Okay" - Aku (aku cam dah pelik. Rajin pulak dia nak berjalan masuk dalam McD)

Pastu Nemo pun kua and gi ke arah belakang tempat seat aku duduk. Tiba-tiba dia kuakan satu beg plastik. Aku time tu tak syak apa-apa lagi. Then bila aku pusing nak tengok dia, tengok kat tangan ada paperbag pink..

Guess what?!! Aku dapat gift from Victoria's Secret. Yahuuuuu! Happy giler kot. Apa isi dalamnya? Biarlah rahsia. Hehehe. Tengok paperbag dengan kotak suda *wink*
  
Ole-ole from Singapore
tQ so much sayang. Really like it & love it!
U tau je kesukaan I. Love u even more :)

p/s: Masa nak bayar tiket parking, tertera RM12.00. Dem mahal! Kalau tau, parking kat Pavilion je ;p

6 comments:

Anonymous said...

dol laa korang ni.. parking kat low yat pun mahal jugak ahh beb.. ade satu parking murah sikit.. belakang hotel yang dekat Pavi.. aku lupe nama hotel tuh..

cakap kat bf ko, rambut tu control sikit.. dah macam nampak ade segerombolan kutu.. dia patut belajar cara2 menyikat rambut ngan Bob.. kihkihkih..

~kawan baik ko yang cun serta comel lagi kiut~

*loue me* said...

anon:sbnrnya aku nmpk signboard RM4.00 besar2 kt tmpt masuk parking tu.xperasan kt bawah tulis 6.00pm-6.00am je. time tu kereta kitarang dh menghala masuk dalam dh,then baru perasan.nk reverse dh xblh.pastu bila nk kua balik, still kena byr rm2.50 walaupun xsampai 5minit.nk taknk kitarang park je kt situ.kalau aku tau baik parking kt pavi

ko jgn.. penat dia dok wat rambut dia tu.mengalah org perempuan.hahaha

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

hahaha aku harap dia tak tak baca komen aku.. lama gile kot korang tak kua kan? sadis ahh.. sorang penganggur, sorang student tegar.. hehehe..

psstt ko dapat bra ngan panties macam ala2 yang aku kasi kat ida ke? kaler merah or polka dot?

*loue me* said...

kura:confirm dia baca sbb dia slalu cakap dia stalker tegar aku.habisla ko..

tau xpe..mmg lama giler kitarang xkua.pasni confirm lg susah sbb dia dh start praktikal.aigoo..sodih tul

hish ko ni..cuma cuci sikit otak tu.hee..tp sebenarnya masa mula2 aku dpt paperbag tu,aku pn tanya dia.."Lingerie ke?".then dia jwb,"Hish u ni! i belum terfikir sampai ke situ lg".

dh mind set kot..kalau victoria's secret je, confirm2 bra+panties kan..tp bukan ye :)

laydee's issues ~ said...

u dpt sleepwear ke? hehe bagus la ur nemo :)
my husband mase jd bf dulu, nk msk kdai lingerie nk bli sleepwear pun malu, ni dh kawen pun sama !! letih !!

*loue me* said...

laydee's: oh memang takla.nemo tu pn pemalu jugak orgnya.blh gang dgn hubby u la nmpknya