*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, January 3, 2011

Bosankah Aku Ini?

Aku ini membosankan ke?

Kadang-kadang aku terfikir..

Nak kata aku kua lepak tengok movie? Ada la sekali sekala
Nak kata aku gi join outdoor activities? Apa je.. Rasanya takde
Nak kata orang panggil aku gi photoshoot? In a dream. Sapa je la yang nak amik si kerempeng ni
Nak kata aku kua hang out dengan kawan-kawan? Pun takde sebab kawan-kawan aku semua jauh
Nak kata aku kua bersosial dengan teman-teman baru? Memang jauh sekali la. Pandai ke aku bersosial..

Mungkin ada betulnya kot. Bila dikaji aktiviti aku sehari-hari.. Serious bosan giler. Boleh kata sepanjang masa aku kat rumah je. Kalau kua pun, just pergi post office untuk pos barang, sampai staff post office pun dah kenal dah aku.. Ataupun ke kedai bunga/jahit untuk cari material bagi biz aku.

Bila satu hari aku post kat mukabuku, terus boyfriend aku balas, "Seriously u are!!"
Aigooo.. Kalau bf sendiri pun dah cakap gf dia ni membosankan.. Maknanya betul la kot


Sampaikan my cousin pun pernah msg suruh aku kua have fun.. Tapi aku replied cakap I'm having fun right now. Yah seriously aku seronok je duduk rumah. Well, kalau aku kat rumah pun.. 24 jam masih tak cukup. Aku memang manusia yang tak reti duduk diam. Aku tak tau la kenapa. Genetik dari siapa agaknya ya?

Ni lah antara kerja-kerja aku sepanjang di rumah
1) Buat sample untuk headband
2) Menaip surat bapak aku
3) Menghantar barang customer
4) Menjahit manik kat tudung/baju mama aku 

My work station

Bagi aku setiap orang ada cara tersendiri untuk menikmati kehidupan masing-masing. Ada yang suka keluar melepak berjam-jam tanpa arah tuju.. Ada yang suka 'night life', Ada yang suka menghabiskan masa di CC, oppss jangan terasa ya sayang.. hehehe.. Ada yang suka menonton wayang.. Ada yang suka beriadah.. Ada yang suka berkaraoke.. Dan macam-macam lagi la. Tapi tak kisahla. Janji kita happy suda. Tu yang penting :)

Takpe.. Tengah hari jap lagi aku bakal berdating dengan doktor. Mesti tak bosan. Hehehe

p/s: Alaa..Tapi aku taknak la jadi orang yang terlalu membosankan. So ada idea tak aktiviti apa yang menarik untuk aku buat..

10 comments:

U.Y.A said...

xkisah lah reen..
yg penting diri sndiri appy...
tu jer...

LanaBusyBee said...

xde la bosan klu dh menjahit di rumah, dapat duit, besh tuaku suka life mcm tu.. kadang2 nk beli barang ja baru kuaq, kan besh mcm tu ^^

*loue me* said...

Suria: huhu..tau xpe..tp kdg2 teringin jugak nk mencuba benda2 baru

*loue me* said...

lana: bagi aku mmgla xbosan tp bila org lain tgk kehidupan aku, dorang plak rasa membosankan.blh cenggitu

KuraKura said...

hair-band tuh boleh kalu nak mintak ikut aku suka tak? aku nak hair-band besar sikit.. i mean saiz dia besar and lebar sikit.. pastu nak kaler itam tepek pearl.. boleh cik kan?

*loue me* said...

kura: aku nk kena gi cari dulu headband camtu cuz now aku ada headband saiz ni je.mmg aku dok amik order yg custom made jugak.

aku ingat pasni nk jd businesswoman la.muahahah

laydee's issues ~ said...

EEE DPT JUGAK JMPE U DAT DAYYYY
SORRY LA X DPT BORAK LAMA, MY SIS 2ORG TU LAJU JE JLN KAN !!

HEHE IF UR HAVING FUN KAN RUMAH, OK LA KAN, XYAH SSH NK KUAR, PENAT JE N BAZIR DUIT. .TGK PADA ORG TU SENDIRI LA KAN :)

BUT IF SUMTIMES U NK KUAR KE, AJAK LA I OK? I ALWAYS FREE JE ;)

ima sakina said...

heheheh actually.
hidup aku pon kedengaran membosankan. bangun pkol nam siap2 g keje. keje punye keje kadang tak sempat makan. pastu pkol 6 balik kejar train. pastu pkol 8 sampai umah kebuluran sbb tak sempat lunch. pastu makan. pastu buat cuppies sampai siap yang diorder. pastu tdo. kalau cuppies tak banyak kadang2 tak pkol 10 ag dah tdo. ag bosan kan?

tapi aku pon suke je kehidupan aku. cume kalau boleh nak siang tu lama skit dari malam. so banyak skit keje aku leh buat. hikhik dan kurang skit time tdo. huhu (walaupon aku ske tdo :P

*loue me* said...

laydee's: tu la pasal.xsangka tul blh lak terserempak kan.hee..xpe2.at least dpt jugak jumpa walau sekejap after almost 15years ait?huish! giler lama kan.

hee..betul2.everytime i kua wajib duit pn kua tau.kalau dh keje, ada duit xpe.

orait..

*loue me* said...

cik ima:hahaha..ko pn sama mcm aku eh.cuma ko menjana pendapatan dgn gi kerja.tp aku tidak

tp tu la yg penting kita happy suda.aku pn rasa mcm xcukup je waktu ni.cpt tul masa berlalu.rasa ada byk benda lg xbuat.dlm sehari 24jam tu mmg xcukupla.walau aku xkeje tp aku bz memanjang..mengalahkan org yg dh bekerja je.huhu

eh bila nk kawe..*tetiba* hehehe