Pernah orang tegur aku pasal rambut.. "Ko mesti selalu pergi wat hair treatment kan. Rambut kau cantikla"
O mai Gosh! Ko tak nampak ke rambut aku ni kering? Bercabang cam lidah ular? Cantik ke? Aku rasa biasa je. Tapi kalau betul la cantik, terima kasih la.
FYI, seriously.. Aku tak pernah langsung wat hair treatment walaupun teringin je sebab ada kawan aku cakap, after hair treatment tu, rambut kita memang selembut-lembutnya la. Aku ni ke saloon pun jarang. Kalau aku ke saloon pun hanya untuk hair cut je. Hair cut je taw. Tak cuci pun. Tak taw kenapa aku cam takut tengok kuku shampoo girl yang panjang-panjang tu. Aku takut kulit kepala aku terkoyak/luka disebabkan kuku dorang.. Tapi depends pada saloon tu jugakla kan. Ada yang buat kasar. Ada yang OK.. So lepas hair cut, balik rumah aku cuci rambut aku sendiri.. Lagi puas.. Jimat lak tu
So, back to the story.. Aku cuma jaga my hair dengan produk rambut yang boleh jumpa kat Watsons @ Guardian. Untuk penjagaan harian, macam biasala..
1)Shampoo rambut. Dulu aku shampoo 2 hari sekali. But since aku keje ni, aku kena cuci everytime aku balik dari office. Sebab bau asap rokok kuat giler eh. Bukan setakat rambut, baju.. tapi 'yang dalam-dalam' aku pun habis berbau. Mang tul!
2)Lepas tu letak conditioner. Biar selama 2-3 min. Sambil-sambil tu urutla kepala. Tapi agak-agak aku malas, aku biar sekejap je. Then terus bilas. Hehe
3)Once a week patutnya letak hair mask. OK ini memang aku malas. Dah lama rambut aku tak ber'mask' cuz hair mask aku dah habis. Bila tahun la aku nak beli..
4)After dah settle semua aku akan bungkus my hair dengan towel. Lap-lap macam tu je. Jangan gosok/gonyoh terlampau kuat. Nanti rambut cepat frizzy.
5)Then bila agak-agak rambut dah kering+lembap, aku akan sapu serum/conditioning spray/hair vitamin.
6)Oh..FYI aku jarang sikat rambut. Kalau aku kat rumah, memang langsung aku tak sikat. Tapi kalau keluar ke kedai/mana-mana, kena la sikat. Kang orang tengok aku, tak pasal-pasal cabut lari sebab ingat aku ni tak betul
Ni lah produk yang aku guna
Fave: L'oreal Elseve Smooth Intense Cream Shampoo & Conditioner (with Argan Oil)
Aku suka kan bau shampoo ni. 1st time pakai dah boleh rasa perubahan.. Rasa lebih lembut..
Clear Shampoo Scalp Oil Control tu aku guna masa rambut aku oily giler. It works la.. After cuci dengan shampoo tu, kurang berminyak. And ianya juga akan buatkan rambut you all rasa fresh sebab ada menthol
L'oreal Elseve Nutri Gloss (Botol Warna Pink) aku dah tak pakai sebab aku perasan rambut aku jadi oily pulak. So aku cuma wat perhiasan je la
Ni pulak serum yang aku guna
Ni pulak hair vitamin yang aku guna. Jenama Ellips
Conditioning Spray (Ni aku pakai bila aku malas nak guna conditioner yang perlu dibilas tu. Yang ni senang. After habis mandi, lapkan rambut then terus spray all over the hair)
Ni pulak untuk Daily Instant Treament (Anti Breakage) -> agak lama la aku guna this product. Tak habis-habis lagi
Now target aku nak beli 2 produk ni :
1)Loreal Elvive Re-Nutrition Night Serum
Aku pernah try sample of this product. Memang best. Rambut rasa ringan and bau wangi sangat
2) Since aku pakai shampoo & conditioner dari kaum keluarga dia.. Jadinya aku nak beli serum ni pulak. Tapi kena tunggu yang sedia ada tu habis la dulu (Iye je.. Kang jap-jap lagi aku gi beli)
So as you can see, produk yang aku guna kebanyakannya adalah dari L'oreal. Aku guna jenama L'oreal ni agak lama la. For me brand ni sesuai la dengan rambut aku. And aku memang gilakan brand ni. Not only hair product tapi barangan penjagaan muka aku mostly from L'oreal (facial wash, moisturizer etc)
For me, tak kisahla rambut ko macam mana pun.. Kerinting ke.. Lurus ke.. Ko bertudung ke.. Ikal mayang ke. Yang pasti korang kena la jaga one of your aset tu. Rambut kan mahkota wanita ;)
p/s : Semua gambar aku google except for the gambar shampoo aku
Kla.. Nak bersiap-siap ke Ikea with mama :)
Kla.. Nak bersiap-siap ke Ikea with mama :)
3 comments:
eh lupa la nk bgtau ko retu ada warehouse sales barangan loreal, maybeline dgn garnier...murah seyh...kt sri petaling, tapi dh abeh dh la huhuhuhu
tapi rambut aku lagi cantik kan???(sambil berpk)
errmmm..betul takk???
lana:alaa..awat tak habaq.kalau x,confirm aku pergi sbb mmg aku tgh cari serum loreal tu
luvira: ya lah..rambut ko pun cantik.hitam dan tebal
Post a Comment