*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, February 23, 2011

Review: Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist

Masa mula-mula Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist ni keluar, aku memang dah terpikat dengan packagingnya. Sangat comel okay.. Boooolat botolnya. Dahla warna FUCHSIA, my fave colour. Berapa kali aku gi Watsons or Guardian untuk usha pasal produk ni tapi mahal la. RM31.80 for 200ml if Im not mistaken. Serum L'oreal aku pun tak habis lagi. So terpaksala KIV untuk beberapa kali. Kononnya after dah habis serum tu baru aku nak beli Liese ni.

Credit to Mr Google

Satu hari tu aku masuk Watsons untuk tengok lipgloss and lip balm. Then  masa dok round-round dalam tu, tiba-tiba aku nampak satu botol pink, kecik je. It's a Liese Juicy Shower Mini-Mixed Berry Hair Hydrating Mist. Dalam hati, "Eh eh.. Ada dalam botol kecik?" Aku pun dok cari berapa harganya tapi takde. Dengan perasaan sangat curious cuz kalau murah memang aku nak rembat sebotol, aku pun terus pergi cari staff Watsons. Dia pun tolong scan harga untuk aku. And kalau tak silap RM7 kot, aku tak berapa ingat sebab dah lama dah aku beli. Apa lagi.. Memang terus aku beli la, padahal niat asal nak cari lipgloss dengan lipbalm.

Liese Juicy Shower Mini
Mixed Berry Hair Hydrating Mist

Balik rumah terus aku cuba. First sekali yang paling menarik hati for sure la packagingnya. Walaupun botol boolat tu lebih menarik tapi botol kecik ni mudah untuk aku bawa ke mana-mana, actually sebab ianya murah. Kalau yang suka travelling, sesuai la beli botol bersaiz ni. Secondly, bau berinya sangat sedap okay. Rasa cam nak makan je. Everytime bila spray kat rambut rasa sangat fresh dengan bau beri tu.

Actually Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist ni untuk bagi quick boost of moisture. Kalau tengok rambut tu kering je, spray la kat rambut dengan jarak 15cm, tapi kau tak payah la gi amik kayu pembaris untuk ukur jarak 15cm.. Agak-agak jelah :P

Dekat botol ada tertulis mengenai function Liese Juicy Shower-Mixed Berry Hair Hydrating Mist ni

*Gives hair a quick boost of moisture anytime
*Refreshing berry scent to invigorate the senses
*Uniquely formulated with raspberry extract to instantly quench dry hair
*Hair will become smoother and softer over time with Hair Beautifying Technology

Well, definitely aku akan beli lagi bila dah habis nanti. Tapi aku target aku nak beli botol bulat tu pulak :)

p/s: Now aku dah tak nampak Liese Juicy Shower Mini-Mixed Berry Hair Hydrating Mist (botol kecik) lagi. Tak tau sama ada masih ada lagi atau tak

2 comments:

AkUiStInI3 said...

ala..tringin nak try la..cam best jer kan..mesti wangi kan reen..tp jrg la plak nmpk produk liese yg ni..slalu nmpk dye tu je..entah ada ke x kalo kat sabah ni..

*loue me* said...

akuistini3: laa..u kt sabah ke? jauhnya. xpe2.nnt kalau dh sampai sana, u tryla.bau beri dia super sedap cuma xdela lasting kan(kalau lasting, sure bahan kimia byk).