*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, May 24, 2010

Review: BAWANG Shampoo

Makin hari makin banyak rambut yang berguguran kat atas lantai. Tak kira la kat mana aku duduk, mesti ada je rambut. Risau lak aku tengok.

Bila tengok rambut orang lain yang tebal and cantik, teringin gak nak macam tu. Tapi aku ni memang genetik berambut halus dan nipis (dapat gen dari mama aku la ni). So kalau nak rambut yang stok ikal mayang, lebat segala.. Memang harapan je la.

Dulu-dulu takdela aku risau sangat sebab normal la kan rambut gugur neyh. And aku pernah baca artikel mengatakan rambut gugur sebanyak 50 - 100 helai sehari adalah normal. Tapi aku rasa rambut aku dah lebih dari 100 helai kot gugur setiap hari. Tu yang wat aku risau tu..

Satu hari aku ternampak syampu Ba Wang kat farmasi. Mula-mula aku tengok that produk, aku gelak kot sebab yela.. Ba Wang = Onion. Aku monolog dalam hati.. "Syampu ape la ni. Bawang pun dah boleh jadi syampu eh". Bila aku cium baunya. Mak aih!! Yucks!! Busuk giler okeh. Bau cam ape je lagi. Jadinya aku letak balik and terus mengarah mata menghala ke L'oreal Elseve ku.

Tapi bila aku rasa keguguran rambut aku makin kronik, aku try googling mengenai syampu apa yang sesuai bagi rambut gugur. Sampaila terkeluar mengenai syampu Ba Wang. Aku pun mula membaca testimonial dari pengguna Ba Wang. Kebanyakkannya berpuas hati dengan produk ni. 1 hari gakla aku dok mengkaji pasal syampu Ba Wang ni. Aku taknak nanti kang dah beli, tak sesuai lak dengan kulit kepala aku. Ramai la yang cakap produk ni berkesan after pakai 1 week/1-2 months. Tapi boleh dikatakan semua tak suka baunya yang busuk-busuk herba (pada aku memang busuk giler eh). Tapi bila fikirkan tentang keberkesanan produk ni.. Aku fikir yang aku patut cuba. Sampai bila nak rambut aku gugur tanpa ada solution. 

Tak silap aku, syampu Bawang ni ada banyak jenis tapi aku punya adalah BAWANG Hair Strengthening and Darkening Formula Shampoo with Chinese Herbal Extracts.

Ni kotak for Bawang Shampoo (letak gambar yang di ambil sendiri lebih afdal)

Ni main ingredients dia

Welcome to the club 'Bawang'
(Tapi cinta masih pada L'oreal)

Professional Series (Mahal sikit. 1 set dekat RM50)
BAWANG Anti Hair Fall Shampoo (Professional Series)
BAWANG Hair Darkening Shampoo 
BAWANG Anti-hair Fall and Renewal Shampoo 

Chinese Herbal Essence Shampoo Series
BAWANG Repairing and Nourishing Shampoo with Chinese Herbal Extracts
BAWANG Anti dandruff Shampoo with Chinese Herbal Extracts
BAWANG Hair Strengthening and Darkening Formula Shampoo with Chinese Herbal Extracts

Aku juga check sama ada produk ni halal atau tidak. Dekat kotak ada cop halal and ramai yang cakap produk ni halal. So I assume it is Halal (yerla kena taw jugakkan. Kang beli rupanya tak halal.. Tak ke naya)

Ada juga yang cakap pakai syampu ni for the first time rasa gatal-gatal. Mujur aku pakai takde rasa pape pun. But actually kalau rasa gatal, it is normal sebab dalam web Bawang sendiri mengatakan pasal benda ni. Sebab herba nak meresap masuk ke dalam kulit kepala. Sebab tu rasa cam gatal sikit

Copy dari laman web

F&Q : Why do I feel the scalp itchy after using BAWANG Anti-hair Fall Shampoo?

For emotional consumers - It is a good signal if your scalp feels itchy, which means your hair follicles are recovering. Similarly, as our wound is healing, it feels itchy and indicates that your body is in recovery. To achieve better result, keep using it.

For rational customers - It is normal situation. It proves that you have good absorptive capability. Our products include somatotropin of kinetic energy and activator of follicles, which can permeate follicles to promote blood circulation, which makes you feel itchy. Therefore, it's recommended that you massage your scalp with fingers. In this way, you can relieve itch as well as promote the effective ingredients to be absorbed.

Directions of relieving itch: It is recommended that each time consumers wash their hair, using shampoo twice or wash hair everyday and extend the washing time.'

Baunya maybe menusuk hidung kalau kita bau dari botol tu tapi lepas dah pakai, bau tu takdela mengganggu sangat. Lama-lama akan hilang.

So ari tu masa aku kua dengan my Nemo, aku singgah Watsons. Kebetulan time tu ada sale. Terus aku gi kat rak hair care untuk cari syampu Bawang. Bila dah jumpa, hati aku lak berbelah bahagi sama ada nak beli atau tak. Dahla L'oreal baru kua produk baru yang bernama L'oreal Elvive Total Repair 5. Uish! Yang mana satu ni? L'oreal? Bawang? L'oreal? Bawang? Dah tercegat aku kat situ agak lama. Sebagai pengguna setia L'oreal, rasa ragu-ragu la jugak tapi bila dah betul-betul yakin dengan keputusan yang dibuat, aku beli gak syampu Bawang walaupun aku cam segan nak beli mula-mula. Siap masa nak amik syampu tu aku suh my Nemo yang amikkan. Hee~ Then terus ke cashier and bayar.

"Syampu L'oreal tu I boleh pow bapak kan. Baik la beli syampu Bawang ni" - Aku (Hehe.. Ini yang meyakinkan aku untuk beli syampu Bawang sebenarnya->Harap bapak aku tak baca blog aku)

Owh.. Harga syampu Bawang ni okla (walaupun agak rabak poket aku) compared dengan syampu yang bagi rawatan macam ni. Aku beli sebotol 200ml berharga RM 17.90 (Time ni ada sale tak silap.. Kalau tak sale maybe tak sampai RM20 rasanya). So far ada jual kat leading pharmacies such as Watsons and Guardian.

Bila balik rumah je, aku terus excited nak try syampu Bawang neyh. Masa tengah mandi, aku dok asyik cakap, "Wangi.. Wangi.." Walau hakikatnya bau herba menusuk betul. Hehehe..

And hasilnya rambut terasa lebih lembut bila dah kering cuma keberkesanan mengenai this produk aku tak taw lagi la sebab baru guna sekali je. So tunggu for the next update =)

p/s: Lantakla orang nak cakap ape pun. "Eee.. Pakai syampu Bawang. Apa kelas".. Daripada ko tengok rambut ko gugur dari sehari ke sehari tanpa buat apa-apa.. Well, aku tak rela. So now aku cuma boleh berharap agar rambut ku kembali okay (Ceit.. Mula-mula aku pun segan gak tapi kini tidak lagi)

9 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

wah wahhh aku baru je nak beli shampoo jackie chan ni.. aku pun tak tau apesal dalam toilet, atas katil penuh ngan rambut aku.. gilo laa..

dah ahh hobi aku adelah cabut rambut.. sangat bangang ok.. nanti review ok.. camne.. berhasi ke tak

*loue me* said...

kura:try je la cuz ramai cakap OK.blh nmpk result dia dalam 1 week/1-2 months tp bergantung pd individu gkla kan.semua org xkn sama.cuma ko kena tahan bau dia. bau dia mmg menyegat hbs.nnt agak2 dah dapat hasil,i'll let u know

E K A said...

reen...eka tak dapat cari la syampoo ni

*loue me* said...

maybe kat sana xsampai lg la kot.masa reen baca testimonial org lain, ramai gk yg kata susah nk cari shampoo ni.al maklumla..baru masuk pasaran

~lulu & faiz~ said...

gud information..thnks sbb brkongsi!

*loue me* said...

lulu: alamak..patutnya i remove this entry cuz my friend cakap shampoo ni dh kena banned kt china sbb contain chemical caused cancer.xtaula btl ke x tp just beware je la. now i pn dh stop pakai sbb takut

Adib said...

berkesan tak??rasa mcm nk try

*loue me* said...

adib: masa pakai dulu, rasa cam berkesan.tp sejak dgr citer yg produk ni kena banned kt china terus stop pakai

Adib said...

ouh..dah kena banned dkt cina ke??alkisah.. xpelah.. myb try product himalaya jek..