Semalam aku dating dengan Nemo. Macam aku cakap before this.. Dekat 2 bulan tak jumpa my Nemo. Macam mana la agaknye dia sekarang (ecewah!)
Around 1 lebih aku sampai rumah (Ari Sabtu, aku praktikal half day). Balik tu rasa cam penat sangat. So aku cakap kat Nemo yang aku nak rest jap aka tidur and aku suh dia gerak lagi 1 hour. Around 3.00pm dia gerak aku. Pastu aku terusla bagun and siap-siap. Excited ni nak jumpa dia. Rinduuu~
Dalam kul 4pm dia sampai kat umah aku. So kitarang decided nak gi Times Square (aku yang suggest cuz masing-masing tak taw nak gi mana).
Sampai je sana terus gi beli tiket movie dulu (aktiviti wajib). Perancangan asal nak tengok Robin Hood. Since ramai cakap citer tu best, harusla kena tengok ye dak? Tapi malangnya showtimes yang pukul 7pm nye, seat betul-betul kat depan screen. Tak silap barisan ketiga dari screen. Uish! Tak sanggup aku nak mendongak kepala. So kitarang try tengok movie yang lain pulak. Iron Man 2 pun sama gak. Almost full house. Pastu Nemo nak tengok Ip Man 2, tapi aku tak pernah tengok Ip Man 1. So cam tak best la pulak cuz nanti aku tak faham jalan citer dia. Last-last kitarang beli tiket Movie Shrek. Citer ni kul 6.00pm.
Sementara nak kill the time, kitarang ronda-ronda dulu. Sempatla aku shopping sikit. Ngee~. Bila aku dok ronda-ronda tu, aku perasan my Nemo cam monyok je. Aku tanya la, "Are you okay?"
"Okay" - Nemo (Jawab dengan penuh confident)
Dia memang selalu Ok punya. Jarang tak Okay. So aku fikir, maybe betul la dia Okay. Tapi tak lama lepas tu, dia cakap kat aku,
"Babe.. Jom kita pergi makan nak? I laparla" - Nemo
Ooo.. Tu pasal dia monyok semacam rupanya. Then kitarang terus ke Station Kopitiam cuz aku nak makan nasi. Before kua, aku sempat makan bihun goreng tiga suap je. Mana nak kenyang.
Muka Kebulur
Beef Fried Rice with Ice Lemon Tea
"You need a haircut la sayang"
Lepas dah makan, kitarang gi jalan-jalan lagi. Dekat pukul 7.00pm, aku cakap dekat my Nemo,
"Eh dah dekat kul 7 la. Jom" - Aku
Pastu my Nemo tanya.., "Wayang kita kul berapa sebenarnya? Bukan kul 6 ke?"
"Kul 7 kalau tak silap" - Aku (sambil cari tiket movie)
Bila aku tengok je tiket tu, terus terperanjat beruk!
"Eh pukul 6 la. Aduii! I tersilap. I dok ingat kul 7. Sorry sorry sayang" - Aku (muka cuak gilos)
Ape lagi.. Terus pasang langkah selaju yang mungkin la. Haih! Macam mana la boleh tersilap ni? Ni mesti gara-gara pilih movie banyak sangat sampai terconfused. Serious aku dok ingat movie kitarang kul 7pm (Ni la bahananya bila kepala dok tingat kat showtimes untuk Robin Hood)
Bila sampai kat si 'pencarik tiket', dia wat muka pelik kat kitarang (ek eleh.. Jangan wat muka camtu dik oii. Malu kitarang). Macam dah taw-taw apa yang bermain kat kepala dia, kitarang terus cakap,
"Terlambat" - Kitarang
"Owh okay" - Si Pencarik Tiket
Aiseh men.. Malu beb. Tapi nak wat camne kan..
Mmm, almost 1 hour kitarang terlepas citer tu. Bila orang lain dok gelak sakan, aku dengan Nemo blur blur ar. Tak faham langsung. Sian kat my Nemo. Aku rasa cam bersalah sangat. Haih! (sorry ya sayang)
Around 7.30 pm citer tu pun habis (30 min untuk RM 22. Great!). So kalau nak suh aku wat conclusion bout this movie, memang tak dapek la. Oh satu pengajaran yang telah aku pelajari iaitu SILA CHECK BETUL-BETUL MOVIE PUKUL BERAPA!
p/s: Kepala tengah ting tong masa tulis this entry~
2 comments:
hehee.
kesian.
len kali, check betol2 ye cik kak :)
wanie:tu la..next time mmg kena lbh alert lg.
Post a Comment