*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 22, 2009

June 2000

09 June 2000
Semua junior SMTBP kena ikut TAMSAS. Dalam satu slot tu, ada slot Koreksi Diri (K.D.). Kiranya dalam slot ni, semua junior akan disoal tentang bab-bab agama.

“Adik tutup aurat ke tak?” - Senior
“Tutup” - Aku (sambil buat muka suci)
“Kalau sepupu lelaki adik datang rumah, adik tutup aurat gak ke?” - Senior
“Tutup” - Aku

Hahaha.. Actually aku kan free hair. Tapi terpaksalah kelentong. Nak hidup punya pasal. Kalau tak, jenuhla nak bersoal jawab. Ada budak siap nangis-nangis lagi kena hentam dengan senior. Ada tu pulak siap berdebat dengan senior. Wah! Cara!!

10 June 2000
Dari pukul 11.30 malam sampai pukul 12.15 tengah malam, kitarang ada aktiviti “Jalan Keretapi”. Best la jugak. Adventure.. Huhu.. Ari tu aku pinjam baju kurung kawan aku, Ima sebab baju kurung aku takde. Saiz Ima pulak lebih besar dari aku. Masa tengah jalan, tiba-tiba kain aku nak terlondeh pulak. Oh my God! Time tu aku dah gabra giler dah. Dahla kitarang jalan kena tutup mata and kena pegang baju kawan depan kuat-kuat cuz kalau terlepas alamatnya jalan sorang-sorang la. Seram kot~ Masa dok jalan tu, tiba-tiba aku terlanggar sorang senior ni.

“Adui! Sakitla!!! - Senior

Hahaha.. Padan muka. Sapa yang aku pijak, aku pun tak taw. Patutnya aku pijak lagi kuat lagi. Huhuhu. Aku pun dok bantai gelak dengan Cikda. Then kena marah dengan senior sebab bising. Lepas je aktiviti ni, ada budak kena hysteria. Meremang gakla bulu roma ni. Surau ni kan so called tempat ‘keras’(Relax ye).
Lebih kurang pukul 3 pagi, kitarang kena buat solat hajat dengan solat sunat. Aku pula lepak kat belakang sebab tak boleh sembahyang. Bila duduk kat belakang ni macam-macam ragam boleh tengok. Ada budak lelaki, masa tengah sujud boleh bantai tidur. Lawak tul. Aku lak sedap je tidur kat belakang. Ramai jugak la yang join tidur. Mengantuk giler. Boleh pula masa tengah sedap-sedap tidur, aku terkentut (Hish! Tak senonoh betul. Tapi nak buat macam mana. Tak boleh tahan dah). Opps~ Sorry. Kesian la kat sapa yang tidur mulut ternganga. Habis perfume semula jadiku masuk ke dalam rongga korang. Hahahaha.

Pukul 8 malam, kitarang kena dengar ceramah pulak. Huarghhh! Bosan. Mengantuk. Boring. Giler. Tak boleh blah.

11 June 2000
Pukul 3 pagi ada aktiviti “Malam Keinsafan”. Memang insafla.. Tapi sekejap je. Hahaha.. Yer la, sapa yang tak insaf bila dorang sentuh bab ibu bapa. Memang sensitive la kan. Majoriti nangis dan termasuklah aku.. Huhuhuhu..

12 June 2000
Pagi ni ada aktiviti “Ihram Alam”. Kebetulan hari tu hujan turun dengan lebatnya tapi best la jugak. Kitarang kena jalan kaki dari surau sampai lah ke Flat Hijau. Agak jauhla.

Ari ni penutup TAMSAS. Masa salam dengan senior, aku termenangis sebab terharu (terharu sebab apa, aku pun tak tahu). Bila kitarang semua dah balik dorm, ingatkan nak share la dengan kakak senior pasal apa yang dah berlaku masa kat TAMSAS tapi senior-senior boleh buat tak tahu je kat kitarang. Kitarang dok fikir gak, apa la salah kitarang kali ni. Tapi masing-masing dah penat, lantakla..

Esoknya, senior buat mesyuarat dorm. Kawan aku siap pesan lagi yang kitarang jangan nangis. Tapi yang mula-mula nangis adalah kawan aku (yang pesan jangan nangis tu) gak. Aku je yang tak nangis. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe tak perlu nak nangis kot sebab aku bukannya buat salah pape pun.

to be continued...

No comments: