*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 8, 2009

Mimpi

Juz nak berkongsi je. Tak perlu lah percaya 100%

Labah-labah yang besar
Labah-labah yang besar bermakna kejayaan akan cepat tiba. Tetapi, jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akan timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda.


Tingkap
Jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta.

Air
Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.

Ular
Jika anda seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang. Sekiranya anda sudah pun berkahwin, ia bermakna anda akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular berwarna-warni, bererti kebahagiaan akan menjelma. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Namun awas, jika anda bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna ramai yang memusuhi anda.

Wang
Jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akan memperoleh rezeki yang halal. Mimpi mendapat wang saja bermakna anda akan jatuh sakit. Mimpi menyebar wang, bermakna akan menderita kerugian kerana melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mimpi menabung wang bermakna akan dibenci atau diperdaya orang.

Topi
Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda akan semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda.

Terbang
Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat, bermakna akan datang tawaran istimewa kerana anda yang mempunyai kelebihan yang sangat berharga. Kalau diri anda yang terbang, ertinya anda akan memperoleh satu pengalaman atau ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam hidup atau kerjaya anda.

Salji
Jika anda bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermakna ada berita gembira menanti anda.

No comments: