Ari ni ada Jamuan Blok. Aktiviti pertama mestilah MAKAN! Pada malam ni, setiap dorm kena buat persembahan. Mula-mula kitarang buat sketsa ‘Aci-aci buka pintu’ dan lepas tu kitarang nyanyi lagu XPDC- Di tepi pantai tapi tiba-tiba radio buat hal lak. Malu betul. Pape pun kitarang enjoy sangat malam tu.
21 October 2000
Hari ni ada Jamuan Koop di Casuarina Beach Resot. Cantik sangat pemandangan kat sini. Ada pantai.. Memang menarikla. Kitarang dinner kat situ. Menu malam tu adalah Western Food. Best! Kali ni aku jadi MC. Malu ooo.. Masa cabutan bertuah aku dapat hamper dengan seterika =)
**Oh btw, aku ni AJK Koop dari Form 4-5**
Hari ni ada Jamuan Asrama dan hari ni jugak dapat tahu siapa yang akan jadi Pengawas Asrama. Aku memang tak harap langsungla sebab aku tahu yang aku tak sesuai jadi Pengawas Asrama. Perangai macam apa je lagi.
Masa pengumuman dibuat, nama aku tersenarai sebagai Pengawas Asrama. Masa tu aku tengah rancak menyembang. Kawan-kawan aku yang cakap,
“Woit! Nama hang kena panggil” - Kawan aku
Aku dengan muka blur, terus keluar. Rupanya aku layak. Tak sangka tul.
**Layakkah aku menjadi Pengawas Asrama?**
to be continued...
No comments:
Post a Comment