*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, May 21, 2010

Apakah Maknanya Ini?

Hish! Aku tak taw la dari semalam sampai arini kaki aku asyik bergerak-gerak.. Err.. Camne nak explain eh.. Tapi korang pernah tak tiba-tiba bibir korang bergerak-gerak or maybe mata korang cam terkenyit-kenyit. Rimas kan? Haih.. Aku ni kat kaki kiri yang dekat bahagian lutut/peha dok bergerak-gerak. Tak selesa betul rasanya..

So tadi aku search la apa je maknanya.. But just for fun je. Bukan boleh percaya sangat pun


Kepala
Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga.Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat mahupun keluarga

Mata
Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan

Hidung
Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang

Telinga
Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan

Bibir
Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik
Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih

Lidah & Lelangit
Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan

Kerongkong
Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian runtuh

Bahu
Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik pangkat secara mendadak

Siku
Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit

Telapak Tangan
Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi.

Telunjuk
Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat

Dada
Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati

Rusuk
Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan

Pinggang
Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri

Kaki
Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mendapat kebaikan. Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh kekayaan. Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita sakit. Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru

p/s: Aku punya yang mana satu. Cam takde kaitan pun dengan yang kat atas

1 comment:

Shakirah Salleh said...

LOL! me now tgh bergerak2 jugak kat bahagian lutut tu. tgh cari ni kot2 ada symptom2 penyakit ape2 ke