*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, May 13, 2010

Terbaekkk Dari Ladang Bai

Petang tadi masa aku nak balik, hujan lebat giler. Mencurah-curah airnya sampaikan ofice aku pun banjir. Ceit! Melampau la kan sampai banjir tapi nak bagitau ni, ada banyakla tempat yang bocor. Menitik-nitik kat atas lantai. Dah tak pasal-pasal kena tadah dengan baldi. (menyimpang lak)

Okay, back to the story.. Bapak aku datang dalam kul 5 lebih . Hujan kat luar memang dasyatla. Mujur adik aku bawak payung. Kalau tak confirm aku dah basah. Tapi yang paling merisaukan aku adalah lappy. Kang tak pasal-pasal kena air hujan. (menyimpang lagi)

Masa tengah hujan menggila and jalan pun jammed, tiba-tiba bapak aku bersuara,

"Eh mana satu lagi?" - Bapak (nada suara cuak)
"Satu apa?" - Adik aku (dia pun ikut gak amik aku)
"Satu lagi. Jatuh ke?" - Bapak

Aku yang kat belakang ni memang blur habis la kan tapi aku tak amik port sangat sebab tengah melantak cucur badak dengan fries (adik aku goreng.. Tiba-tiba angin rajin dia datang. Kalau tak selalunya aku yang jadi mangsa kena goreng benda-benda tu) walau dalam hati berkata-kata, "Apa yang satu lagi tu?"

"Oh tersekat la. Tu!" - Adik aku (sambil tunjuk ke arah w***r kat depan)

Then aku pun mula membusy body kan diri serta memanjangkan leher. Aku intai-intai apa yang dorang dua dok cakapkan. 

(Baca pada kelajuan yang paling minimal.. Dicadangkan pada kadar 10km/h dan cuba hayati satu persatu serta bayangkan)

Rupa-rupanya, wiper yang satu lagi dah terlekat kat celah bonet depan. Cuma satu je yang berfungsi. Supposed wiper kan ada dua (mostly semua kereta macam tu) tapi ni tinggal satu je leh guna. 

Credit: Mr Google
Lebih kurang macam dalam gambar ni la. Kan ada 2 wiper

Dahla wiper yang tak berfungsi tu sebelah pemandu. Dahla pemandunya aka bapak aku ni tak berapa nampak. Dengan hujan lebat giler. Dengan keadaan cermin yang kabur (adik aku jadi tukang lap).. Terbaik!!

Credit : Mr Google
Lebih kurang macam ni la kitarang tadi. Tak nampak apa kot. Bahaya bahaya

Oh not to mention, kereta bapak aku antik giler babas eh. Kereta yang dah berusia 20 tahun lebih. So, boleh imagine tak? Pfuhh.. Menarik bai. Aku yang kat belakang ni boleh gelak mengekek-ngekek tak henti-henti (tak guna tul aku ni. Orang tengah cuak, aku boleh bantai gelak). Serious aku rasa feeling-feeling old school nak mampus. Patutnya kitarang pasang lagu-lagu indie. Baru layannnn! Mujur kereta bapak aku takde radio (and takde aircond). Yeah! Whatta great day!

8 comments:

key-one said...

wahhhh...mesti tkot gilaaa....
mst ur dad pro gilaa drive...kalo i mau tersdai tepi jalan...hahaha

*loue me* said...

key one:bkn takut tapi i rasa kelakar sangat2.letih gelak.hee~actually kitarang mmg tersadai kejap sbb my dad kua kejap konon nak fixed kan that wiper la tp xblh.mmg benda tu dah rosak dah

E K A said...

hehehe...kelakar+bahaya...camne gayanya kete tak ber ekon ae.kalu hujan tutup tingkap la ye...

*loue me* said...

eka:taw xpe..mujur selamat sampai rumah :)

chepah said...

igt x time kite nk g kndri umh en muzamil tu? sme thing happened to me,atas highwy...sib baik evrythg slmt..huhu

*loue me* said...

che pah:oo..dah ingat2.kete ko yg wat hal kan?aku naik keta dgn rafix time tu.tu yg lupa gak tu

::FAIZ FARISH:: said...

dah penah alami.....kete takde aircnd..... sangat mencabar jiwa...

*loue me* said...

faiz:mmg mencabar.rasa nk terbakar je.nak2 time tu matahari mencacak atas kepala..pergh!bes dow.mujurla aku kena time tu, tgh hujan.xterasa la sgt