Dulu-dulu, masa kita lahir.. Orang pertama yang kita nampak kat dunia ni adalah doktor. Dan hari ni.. Merangkap hari lahir aku.. Orang yang aku nak jumpa adalah doktor juga. Deep down inside my heart, aku amat menghargai golongan doktor atas jasa dan pengorbanan mereka dalam bla bla bla...
Eh dah dah.. Ape aku mengarut ni.
By the way, hari ni (18/08/10) aku ada appointment yang ke-5 dengan doktor. Atau boleh juga dikatakan, celebrate my 2*th birthday di hospital, tak sanggup nak bagitau umur sebenar. Cool tak? Cool tak? Lagi cool bila bapak yang teman aku ke hospital. Umur dah dua puluh *tut*, tapi still pergi dengan bapak lagi. Aku kan the only princess. Harus ditemani. Huahuahua
So pagi-pagi lagi, walaupun aku agak malas nak bangun and rasa cam nak cancel je appointment, aku dah kena bangun and bersiap. Tu pun sebab bapak aku dah ketuk pintu bilik aku dah. Kalau tak, confirm aku cancel kan je appointment tu. Sesuka ati aku je nak cancel.
Around 9+ aku sampai kat hospital. Mak aih. Ramai giler orang. Cam luar biasa pulak. Aku bajet bulan-bulan puasa ni orang duduk rumah beramal ibadat and takde orang la nak datang hospital. Tapi ternyata telahan aku tu 101% salah eh. Langsung tak boleh pakai. Bayangkan aku nak kena tunggu giliran aku yang ke 82. Pergh! Bes gilak wa cakap lu
Masing-masing dok tunggu giliran
Ni lah klinik aku.. Eh klinik yang aku kena pergi
Dah habis tunggu giliran kat bahagian bawah selama hampir 40 minit.. Nak kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pulak. Mujur doktor yang aku nak jumpa ni super baik dan penuh perhatian. Dia masih ingat aku amik course ape and dah habis praktikal belum. Auw.. Jarang nak jumpa doktor yang boleh ingat pasal patient dia. Yerla.. Dia jumpa beribu patient kot. Dahla bukan selalu sangat aku jumpa tapi dia masih boleh ingat. Memang hebat ar memori dia. Walaupun dia tak hensem tapi dia sangat berkarisma. I loike u Dr Hisyam! Mujur kau dah kahwin wahai abang doktor..
Bila dah masuk dalam and jumpa doktor tu, dia ajak aku masuk bilik pembedahan kalau tak silap. Fuhhh.. Seram giler eh. Dengar perkataan bedah dah wat aku rasa nak pitam. Ni kan pulak nak masuk bilik tu. Memang tak tunggu lama untuk aku collapse. Tapi jangan risau.. Doktor bukan bedah aku pun cuma dia nak tunjuk perkembangan sakit aku je. Lega aku dengar walaupun still rasa seram sejuk lagi. Doktor tu cakap bengkak aku masih besar tapi asalkan aku boleh bernafas dengan elok, then dia cakap tak perlula nak bedah.
"Ke u nak operate?" - Doktor
Saje je kan doktor ni. Nak kasi aku takut la tu. Of course la tak abang doktor oi. Memang terus aku geleng kepala la. Dia pun senyum.
"Tak payah bedah la eh. Kita continue pakai ubat. Asalkan you selesa bernafas. After this tak perlu la selalu jumpa. Maybe 4 bulan sekali" - Doktor
Ala.. Doktor tak nak jumpa aku selalu ke. Tiap-tiap bulan jumpa pun I tak kisah. *Over
Then bila dah settle, aku pergi untuk set next appointment iaitu pada 13 December. Then terus ke farmasi untuk amik ubat and balik.
Aku kira-kira almost 3 jam lebih aku berparti kat hospital ni. Lama gak tu. Masa nak turun eskalator, aku tengok suasana kat kaunter pendaftaran terus jadi lengang selengangnya. Kat kaunter pun dah takde orang dah.
Bersambung..
6 comments:
Hpay belated bday reen, u skt apa? u ok x?
I adalah slah seorg penginap hospital yg I paling x suka sbb kena tunggu paling kejap 3jm ok!
tQ nas. ala..sakit hidung je
nk kata sinus tp blm peringkat sinus lg doc ckp
oh yeke?u sakit ape?
Sakit hidung? Oo lubang pernafasan kecik eh?
Eeiii mcm my nephew srng ni, mcm nie la, dia nye lubang pernafasan kecik
Tdo mlm sure bising mcm org asthma truk
I accident b4, accident yg amat truk
Once I jth sure seminggu xleh jln
So I slalu gak la refer hospital if ada anything
Sbb dlm kaki I ada 2 plat ekt peha n 12 skrus huhu
N my leg cannot bend mmg complicated
Since im 17
nas:actually ada daging dlm hidung i.so spttnye kena operate utk buang daging tula.but so far ok lagi.let say dh teruk, kenala operate(takutnye)
my god.takutnya dgr.u accident?dgn ape?mcm mana?
u kena jaga diri tau.mesti u lg teruk kan.siap ada plat dgn skru.mcm mana la agaknya keadaan u time tu.papepn, take care tau
hepi belated bufday Razreen...me simpati dgn penyakit yg u ada...semoga cepat sembuh tau, n take care!
hee..tQ
ala..sakit sikit je.xde kronik sgt pn.heheh
Post a Comment