*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, August 17, 2010

I Loue You So Much!

Hari-hari kalau kat rumah korang akan pakai baju ape? Kalau ditanya aku, pakaian aku adalah paling simple iaitu Kaftan or Baju Kelawar. Aku sangat suka pakai Kaftan sebab sejuk. Bukan setakat material kainnye je tetapi tingkapnye juga besar. Memang bestla bila masuk angin. Angkat sikit tangan, confirm angin semua masuk kat dalam baju. Hehehe

Untuk kaum lelaki yang tak tau Kaftan tu ape, ni ha aku dah tempek dah kat blog ni
Credit: Google

Disebabkan aku suka pakai Kaftan, Nemo siap panggil Kaftan ni costume untuk aku. Apa taknye.. Kalau ditanya, "You pakai baju ape hari ni?" and jawab aku, "Baju kelawar". Bila dah lebih 10x tanya and jawapan yang sama.. Last-last Nemo panggil Kaftan tu costume aku la.

Tapi hari ni, aku tak pakai Kaftan sebab semuanya dah habis dipakai. So terpaksala pakai T-Shirt buruk and seluar corak bintang+kucing. Ala.. Bukan ada sapa nak tengok aku pun. Setakat duduk rumah je. Buat apa nak melawa kan.

Ni lah sua bintang+kucing aku. Comel kan. Ngee~
Cikeding giler kan. Ada aku kesah?? Aku tak kesah...

Tengah aku dok surf internet, Nemo call aku.

"You buat ape?" - Nemo
"Surf internet" - Aku
"Dah mandi?" - Nemo
"Tengah hari tadi" - Aku
"Ee.. Mesti masam" - Nemo
"Ntah. Biasa je" - Aku
"Mama you ada" - Nemo
"Terawih" - Aku

Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Perbualan agak dingin ye sebab we had  a lil fight for the past 2 days. Ala.. Biasala.. Couple mana tak gado-gado sayang kan. Kitarang pun manusia biasa gak. So normal la tu. Then bila dah hang up, aku sambung surfing balik. Tak sampai beberapa minit, Nemo call lagi.

"Sayang! Bukak la pintu. I kat luar ni" - Nemo

Aku cam.. Terkelu. Terdiam. Dalam kepala, 'Tak mungkin'. Tapi cam mungkin cuz he never lied to me.

"Tipu ar" - Aku
"Betul la. Cepat la bukak. I macam ape je kat luar ni" - Nemo

Aku pun keluar dari bilik untuk tengok betul ke dia kat luar. Bila aku bukak je pintu grill, aku nampak dia tengah pegang something yang berlilin.


"Surprised! Happy birthday in advanced sayang" - Nemo

Aku still terdiam lagi tapi air mata dah start bergenang. Terharu+gembira giler kot. Aku tak sangka yang dia sanggup datang dari Pahang semata-mata nak buat surprise kat aku. Last year buat kat Teluk Chempedak bersama-sama dengan twins aku. But this year, aku tak sangka ada lagi. 

"Tapi birthday I esok" - Aku
"Yerla.. Sebab tu I cakap in advanced. I kan boyfriend you. So mestilah I kena jadi orang yang pertama wish kat you" - Nemo

Then aku pandang je dia. Dalam hati memang berbunga-bunga habis la. My GOD! He's so sweet!! Macam mana la tak terjatuh cinta dengan this guy. Dia akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan pasangannya. Aku sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan dia! Dan aku sangat bertuah sebab memilikinya.

"Ada sudu tak?" - Nemo

Aku pun masuk ke dalam rumah untuk amik garfu. Pastu aku bagi kat dia. Then dia pun suapkan aku makan sambil berlatar belakang kan longkang. Romantik kan tempat kitarang dating..

"Happy birthday ya princess" - Nemo
"Thank you so much sayang" - Aku
"Anything for you my princess. You kan adalah princess atas keistimewaan you berada di dalam hati I" - Nemo

He's such a sweet talker with kind hearted

2 slice of cakes from Secret Recipe
New York Cheese Cake (Dia tau aku suka makan cheesecake)
Chocolate Cake

Terus muka jadi happy
Giler ko tak happy bila boyfriend ko sanggup datang dari jauh dengan tak makan ape-ape terus drive ke rumah ko semata-mata nak buat surprised kat ko.
Aku rasa aku la insan yang paling happy & bahagia sekali walau dapat jumpa tak sampai sejam

"I rasa berbaloi sangat dapat datang jumpa you walaupun sekejap je. Tak rasa penat langsung"
"Eh penat memang penat tapi semua tu hilang bila dapat jumpa you"
- Nemo

Time to go back. Take care sayang

And thank you very much for everything! I really appreciate for what you've done to me. 
This will be a sweet memorable moments for me.
I LOUE YOU SO MUCH SAYANG!!!

15 comments:

ayarasmin said...

Reen,

happy birthday girl.wah sweetnye nemo u.hehehe.walaopn dah wish kat fb,nak wish lagik.

may God bless you with joy n happiness!

Marya Hana . said...

so sweet...............
happy belated bday ya :)

*loue me* said...

aya:tQ aya..pagi2 dh wat i tersenyum dgn komen ni

*loue me* said...

marya:18/8 baru birthday i.kira blm belated lagi la.heheh

luvira said...

kakak...happy birthday ;)

*loue me* said...

luvira:thank u eira.

anita_hanapiah said...

hepy besday reen...wow best 2 dpt suprises...

-YukiKo- said...

salam...miss *loue me*..happy birthday ye....=)..
hehehe...soo sweeetttttssss....huhuu...
happy eva afta taw ngn nemo....
sye kwn nemo...=)

-YukiKo- said...

salam....weee......happy birthday kakak cute@ *loue me*....
may god bless u=)
huhuu...so sweeeeetttsss...huhu...
happy eva afta ye ngn nemo...hehehhe
sye kwn nemo =)

wanie said...

fuyooo. sweet gila kot sis.
heheee.
happy birthday ! :)

*loue me* said...

anita:tQ nita.mmg best sangat.terharu :)

*loue me* said...

yukiko:ws.tQ so much!aik kawan Nemo?yg mana eh?

*loue me* said...

wanie:hee~mmg sweet.lama2 blh rosak gigi(sbb terlebih manis).hehe..tQ ya

S.U.R.I.A. said...

ushh........jelesss...
pakwe saya....tlg dtgggg klllll jugakk

*loue me* said...

kpd bf suria..sila dtg KL sekarang.gf anda merindui anda (okay uya..dh tolong wat announcement jugak ni)