*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, January 18, 2011

Aku Terharu

Selama ni aku tak pernah tau pun yang adik aku agak concern pasal biz aku. Yerla.. Nampak macam dia, "Ada aku kesah ko nak buat ape..? Ko nak jual ape?"

Tapi rupanya tak.. Aku dapat tau yang dia concern bila aku baca entry dia kat sini. Auwww~ Terharu kakakmu ini.

Memang tak dinafikan, sometimes adik aku akan jadi tukang pengkritik bila aku ada wat design baru. Kalau dia tak komen pun, aku yang akan gi kat dia and mintak dia komen, "Eh cantik tak?" or "Eh ko rasa okay tak?". (Muahaha... Sian ko dapat kakak yang annoying)

Walaupun sometimes respons dia wat aku rasa cam nak lempang je, cuz dia bagi komen ikut mood dia. Kalau mood dia tak baek, maka dia akan wat dunno atau jongketkan bahu. Tapi kalau mood dia okay, dia akan cakap "Okay tapi aku rasa bla bla" or "Tak elokla", tak ke rasa nak lempang bila penat-penat aku buat dia kata tak elok. Tapi takpe. Aku redha menerima kritikan itu sebab aku tau itu sebenarnya kritikan yang membina untuk aku perbaiki lagi. And sometimes adik aku akan jadi Quality Controller. Bila tengok ada yang senget ke atau jahitan tak berapa kemas, dia akan komen la. So aku akan cepat-cepat perbaikinya.

Ni antara headband yang 100% made by me with lotsa love :)
Visit my headband shop

Disebabkan jasanya dalam biz aku, sometimes aku belikan la dia makanan. Nak belanja besar-besar tak mampula pulak cuz bukan untung banyak pun. Untung setakat ciput je. One slice of cake from Secret Recipe pun dah okla kot :)

My fave cheesecake

New York Cheesecake
Serious aku suka giler. You all patut try jugak. Ala tak mahal pun kalau take away.
1 slice baru RM6.50+0.40(tax)=RM6.90

p/s: Apsal beli my fav cake pulakkan. Kata beli untuk adik aku.. :P

4 comments:

::FAIZ:: said...

aku nak kek tu... wawawawa

*loue me* said...

faiz: secret recipe ada banyak.ko pilih new york cheesecake ya

ima sakina said...

durian cheesecake la terbaik si kurus! huhuh
pegi try cepat!

*loue me* said...

cik ima: durian cheesecake tu aku xpnh try lg..1 day aku try..tp xrasa durian sgt ke?