*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, January 24, 2011

Bad Day

Arini bukanlah hari baik untuk aku. Macam-macam benda yang berlaku dalam satu hari ni. FYI, kalau aritu aku rasa cam nak demam.. Lepas tu memang aku demam pun. The next morning pagi-pagi lagi aku dah gi klinik. Aku taknak melarat sampai jadi teruk pulak. Aku cuma fikirkan event ari Jumaat ni je cuz aku taknak lepaskan peluang berharga tu. Peluang tu bukan datang selalu. Kalau bukan sebab event tu, confirm aku malas nak gi jumpa doc.Aku bukan suka sangat jumpa doc. Tapi demi event tu, aku rela. Aku perlu cepat sembuh cuz aku perlu tenaga untuk siapkan headbands sebanyak yang mungkin dan juga tenaga untuk jaga booth tu dari kul 11 pagi till 10 malam. Hopefully aku cepatlah recover from this flu fever.

Berbalik pada tadi, arini aku gagahkan diri jugak gi post office cuz ada barang customer yang perlu dihantar. Walaupun badan masih lemah dan tak berdaya lagi, tapi aku gagahi jugak. Plus aku rasa better sikit dari hari yang sebelumnya. Walaupun my mum larang, my boyfriend pun suh aku rest kat rumah.. Tapi aku rasa aku perlu jugak hantar barang-barang tu. Aku rasa cam bersalah pulak hantar barang tu lewat. Bagi aku, once kita berkecimpung dalam bisnes, kita harus jaga reputasi. Kita perlu pastikan servis dan layanan yang kita berikan pada customer pada tahap paling bagus sekali. Tu sebab walaupun aku sakit-sakit, tapi aku tetap online sekali sekala untuk melayan customer. Aku paksa diri aku gi post office untuk hantar barang dorang. And walaupun aku boleh je suruh my dad tolong antakan, tapi aku taknak. Aku taknak susahkan orang lain. Aku nak berdikari sendiri. Aku harus komited dengan apa yang aku lakukan.

Masa kat post office, orang punyalah ramai. Penat jugak aku dok menunggu turn. Bila sampai giliran aku, aku pun gi la kat kaunter. Masa aku nak wat pembayaran untuk poslaju, aku dah siap calculate berapa je perlu aku bayar cuz aku boleh agak rate dia berapa. Tapi mahal dari yang biasa. Bila aku check kat borang tu, aku hairan kenapa orang tu charge sampai RM7. Padahal selalunya dalam  RM6. Lagipun aku anta dalam KL je pun. Bukan sampai Sabah/Sarawak. Bila aku tanya orang tu, dia cakap, "Oh kita ikut penimbang tu". Yang peliknya, takkanla 1 headband sampai 0.54kg. 1 headband bukan berat mana pun. Yang lagi satu, berisi 3 headbands, rate dia adalah yang biasa. Sangat tak logik kat situ. Aku pernah hantar sampai 10headbands, tapi still tak cecah 0.5kg. Aku rasa maybe dia salah tengok. Suppose 0.054kg but then dia tulis 0.54kg. Before this aku pernah anta 1headband. Beratnya lebih kurang 0.05kg la. Tapi disebabkan aku malas nak argue lagi cuz aku pun dah tak larat sangat, aku pun kua la dari post office tu. Bukan berkira atau apa cuma aku rasa macam sangat tak logik. What if lepas-lepas ni dia tersalah tengok angka kat penimbang tu. Memang akan rugi besar la kat aku. Kalau aku sihat, confirm aku akan argue balik and suruh dia timbang balik. Mujur aku tak sihat. Untung dorang

And then masa aku on the way nak balik rumah, aku accident sikit. Ada kereta langgar kereta aku. First time rasanya aku alami accident. Sebelum ni tak pernah lagi. Masa tu kat simpang 4, betul-betul kat taman aku. Simpang tu memang cam agak merbahaya sebab orang tak suka nak berhenti. Dorang selalunya akan jalan straight je. Mujurla aku tak bawak laju. Kalau tak, aku tak tahu la apa akan jadi kat aku.

Masa aku kat simpang tu, aku tak perasan ada kereta nak lalu.. Bila dah dekat baru aku nampak kereta tu. Tapi aku bajet kereta tu akan stop sebab tu jalan aku. So that's why aku jalan je. Tapi tiba-tiba kereta tu gerak eh. Dia tak stop pun. Aku pun cepat-cepat la elak and tekan brek. Dia pun cuba elak gak tapi still rempuh kereta aku.

Time tu dahla hujan rintik-rintik. Aku ni dengan tak sihatnya and baru lepas makan ubat, tiba-tiba jadi macam tu pulak. Memang aku tak ingat ape dah. Terus aku matikan enjin and keluar dari kereta. Aku tak kira dah walau tengah hujan and kereta kat tengah-tengah jalan. Mujur dalam taman.. Bukan jalan besar. So tak banyak kereta yang lalu. And then aku gi kat kereta tu. Makcik Cina yang bawak. Dia pun matikan enjin and turun dari kereta dia.

"You should stop cuz this is my way. Not yours" - Aku, dengan muka orang sakit+tegang
"Yah I know. Im sorry" - Makcik, muka dia cam panik je
"So how?" - Aku

And then kitarang gi tengok kat kereta aku. Ada calar dan kesan hitam-hitam.

"Ooo.. It's okay. Ni kasi polish saja hilang la" - Makcik, sambil dok sengih-sengih
"The problem is, this is not my car. It's my mom's car" - Aku
"Erm.. so macam mana?" - Makcik
"Give me your phone number" - Aku

Pastu aku masuk dalam kereta and amik pen+kertas. Pastu aku catit nombor dia, nama and no plat kereta dia. Dia cakap dia duk kat area sini gak tapi taktau la betul ke tak. Orang boleh je nak kelentong.

Pastu aku terus gerak balik rumah. Aku nampak mama tengah baring kat sofa. Aku takut nak bagitau mama. Aku pun terus gi cari bapak. Orang lelaki ni dia lebih relax and cool. Kalau perempuan akan jadi dramatik. So that's why aku cari bapak. Bila aku dok citer kat bapak, sekali mama dengar eh. Terus dia bangun and tanya apa dah jadi. Nak tak nak kena bagitau gakla. Pastu bapak gi lah tengok keadaan kereta. Bila bapak masuk je dalam rumah, mama tanya nombor makcik tu, aku cakap aku bagi nombor tu kat bapak. Maybe mama nak call la tu. Tapi bapak cakap,
"Ala sikit je. Gosok kang hilangla".
"Sikit awak cakap. Habis kereta tu calar sana calar sini. Dah comot dah kereta tu" - Mama

Tapi aku faham je perasaan mama. Kereta tu kereta dia. Dia yang bayar duit kereta tu bulan-bulan. For sure la dia sedih bila tengok kereta dia calar-calar. Kalau jadi kat kereta aku pun, sure aku pun bengang. Tapi nak wat macam mana.. Benda nak jadi. Aku pun terus masuk dalam bilik. Tukar baju and tidur. Macam-macam benda yang berlaku arini. Aku tak larat nak fikir. Sama ada dari segi fizikal ataupun mental, aku sangat-sangat lemah dah. I just need a rest..

p/s: Maafla kalau ayat tunggang langgang ke or typing error ke cuz aku tulis dalam keadaan separa sedar (baru lepas makan ubat.. cam mamai)
p/s: Aku taip entry ni pun dalam keadaan berbaring sebab tak larat nak duduk lama-lama. Badan rasa letih sangat
p/s: Doakan supaya aku cepat sembuh & you guys, please take care of yourself ya :)

14 comments:

chepah said...

sabar ye reen,mugkin ade hikmahnye tuh..
kalo kita redha mugkin Allah akan gantikan dengan yg lebih baik...mane tau jualan ko menjadi2 nnti...sabar ye syg... bdoa byk2 moga ko cpat sembuh...jgn push sgt dri tu ye..tkcre

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

olololo sayam manja bucuk.. rest banyak2 okay.. nanti aku nak gune jari ko untuk ikat riben lagi.. heheheh

(baca dalam nada bebel mama ko) "tu laaaa.. aku suruh duk rumah ko tak nak dengar.. haa kan dah jadi benda buruk.. lainkali dengar ape yang mama habaq nih"

::FAIZ FARISH:: said...

malang sunguh hang... kalau calar sikit n tak kemek, polish je.... mungkin hilang... tapi kalau cat tertangal, kenela repair. rugi je nanti... hehe

AkUiStInI3 said...

reen...get well soon..x yah panik2 pikir psl accident tu lagi k..dlu i penah kena langgar lari lagi tau,,nasib baik i x ingt ape plat number taxi tu..kalo x..siapla kena repot kat LPPKP..dan nasib baik jugak la yang kena langgar tu plat number je..tp menyirap la jugak kalo org tu langgar n lari mcm tu jer..x de pun nak minta maaf ke ape..so take a good rest k..

sayasukamerapu said...

semoga cpt sembuh ya.kena rest byk2. minum air suam byk2. hope to see u nanti kat fahrenheit 88. cuba membeli untuk membantu kawan berniaga. :)

*loue me* said...

chepah: ye mungkin gk ada hikmah disebaliknya.aku redha :)
hopefully mulut ko masin la eh.huhu

*loue me* said...

Kura:tima kasih sayam.. kalau blh aku nk rest je tp ari dh makin suntuk.aku perlu siapkan headband sebanyak yg mungkin.tp aku wat perlahan2 la.
jgn risau..tangan aku masih berfungsi dgn elok lg.yg sakit cuma badan ni ha
isk3. sebijik cm bebelan mama aku(tp sejak dia dah tua ni..xdela nk membebel sgt).tp aku rasakan..mama aku ni ada instinct tau.everytime kalau dia larang,pastu aku ingkar..mesti jd something kt aku.tu kdg2 aku takut je.tp smlm aku terpaksa gk

*loue me* said...

faiz: tu la pasai. nk wat lagu mana. benda dah nak jadi.redha je la.aku rasa xde kemek kot.cuma ada calar+kesan hitam la.mahal ke kalau nk beli polish tu?ke kena anta kedai gk

*loue me* said...

Akuistini3: tQ..terharu i ada orang yang concern.hopefully everything goin well.yah..malas nk pk pasal accident tu lg.benda dh jadi.xleh buat ape dh.

mak aih..u lg kesian.kena langgar lari. at least makcik yg langgar i tu turun sama dgn muka cam panik+takut.maybe sbb i wat muka garang kot.huhu

yah..u too..takce care of yourself.skrg ni cm musim org demam+selsema+batuk la

*loue me* said...

sayasukamerapu:tQ u. hopefully mcmtu la.i perlu cepat sembuh ni. nk kerah tenaga utk beberapa hari.so far i dok minum air masak je.blm lg minum air sejuk cuz taknak kena batuk.once kalau batuk,susah nk hilang kan.

u nk dtg farenheit?nnt singgahla booth i ya. tp kalau nmpk cm muka i monyok ke or xsenyum ke..bukan sbb i sombong ke apa.cuma muka org baru baik dr sakit je tu. i ni friendly orgnya(ok muntah jap) :)

S.U.R.I.A. said...

yunk...
if xlarat jgn drive....
serius..i dh penah rasa when sakit kiter drive..
cam tgh bawak aeroplane..terawang2-an..
tapi xnk try dh....
sngt takooott.....
dh2...jaga diri tu dulu..
post2 brg tu..kemudian...
jz let ur cust tau u xsihat..n akan dipos dgn segera..ok?

ayarasmin said...

reen cantik,

sabar banyak-banyak.and semoga cepat sembuh.

*loue me* said...

uya: tu la.. i paksa diri sgt..kan dh jadi benda yg xdiingini.betul la..masa bawa cam di awang-awangan je.tmbh baru pas makan ubat.lg la effect dia cm melampau
tp kan walau i di awang-awangan, tp still bawak kete lg elok dr makcik tu.huhuhu
tQ uya for ur concern.terharu i

*loue me* said...

aya:tQ aya..u pn jaga diri di tmpt org tu ya