*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, February 11, 2011

Kau Pergi Jua

Baru semalam je aku cakap pasal Miko nak makan anak makcik Tokio.. And Miss Fiza pun ada comment pasal part kucing makan anak.. Guess what?? Aku tengok hari ni kot.. Euww~ OK! Jangan muntah

Sejak makcik Tokio beranak, aku kira jadi jaga yang tak bergaji la. Pagi-pagi bangun dah mengadap makcik Tokio dengan anak-anaknya. Aku just nak make sure Tokio makan & minum pagi.. Dan pastikan Tokio tak hempap anak-anak dia dengan badan dia yang ge-e-mok tu.

Pagi ni masa aku gi kat bilik my bro, aku letak dia kat dalam bilik tu waktu malam.. Takut kalau letak kat ruang tamu kang dia merayau-rayau pulak. Pastu masa aku gi dekat kotak tu, tengok anak dia yang tak leh survive tu dah terkeluar isi sikit. Aku nampak mulut makcik Tokio ada kesan darah.

Dem!! Tokio dalam cubaan nak makan anak dia sendiri kot.

Terus aku panggil bapak suruh tengok. Tapi memang tak ar kan. Bapak aku ni tak leh tengok darah-darah ni cuz dia mabuk darah. Nak tak nak aku gak la kena keluarkan anak Tokio yang lagi 2 ekor dan letak kat kotak lain. Lepas tu aku angkat makcik Tokio and letak kat anak-anak dia pulak. Walaupun aku cam geli tapi terpaksa la. Mujur bapak aku amik tisu and tutup mayat anak Tokio tu. Aku pun tak sanggup nak tengok. Pas daripada tu, aku angkat keluar mayat anak Tokio tapi berlapik dengan kain buruk la. Giler aku nak pegang. Gwa tak sanggup beb! Mau tak lalu makan nasi nanti.

Then kitarang gi kat belakang rumah. Bapak pun terus gali lubang untuk tanam anak Tokio tu. Pastu terus aku masukkan anak Tokio dalam lubang dan bapak pun kambus.

*Haih.. Mati jugak ko akhirnya tapi takpela.. Daripada hidup tapi terseksa nak buat ape kan..

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

slalu gak saksikan kejadian kucing cuba makan anak ni. sbb rumah aku byk kucing

*loue me* said...

eee..yeke?blh ko dok tgk eh.kalau aku, xsanggup

Fiza Aziz said...

ahahah..
part ni yg tak lalu nk tengok tu.

*loue me* said...

fiza: geli geleman kot..ee~tergamak dorang mkn anak sendiri eh.nape jd cmtu eh?