*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, July 23, 2011

Apa Sebabnya??

Setiap orang ada je reason/purpose dia berblog. Semua tu tergantung pada diri sendiri. Kau boleh senaraikan sebab apa kau berblog. Ada orang berblog sebab nak cari kawan baru.. Ada orang berblog sebab nak famous. Ada orang berblog sebab ikut trend, yer la.. Zaman sekarang semua orang pun ada blog. Takde blog.. Kau duduk tepi longkang diam-diam. Dan ada orang berblog sebab nak share tentang life dia. Eh ada banyak lagi la reason/purpose yang kau boleh create.

Tapi kalau aku.. Aku berblog sebab aku nak ada online diary. Bukan tak boleh nak ada buku diari tapi aku tersangatla malas nak menulis bagai. Confirm aku tulis tak sampai berapa hari pastu aku akan stop dan buku diari tu pun sure akan tercampak tah ke mana. Lagipun sekarang ni apa semua dengan laptop. Takde laptop=miserable. So bila ada blogspot ni, lebih memudahkan aku untuk 'simpan' pasal life aku.

Seingat aku, dulu-dulu aku pernah ada blog tapi aku dah tak ingat url dia apatah lagi username & password. Last-last blog tu tergantung macam tu je, until now aku still tak ingat lagi url dia. Urgh!. Masa mula-mula, yang jadi pembaca setia blog ni adalah Nemo dan kawan-kawan rapat aku. Bila aku tak update, dorang yang akan ingatkan aku, "Eh! Bila nak update?". Aku tak pernah terfikir langsung untuk ada follower. Yerla.. Hidup aku kan bosan. Takde benda yang interesting pun. So sapa je yang nak follow kan. Tapi makin hari makin bertambah follower aku kat sebelah ni.. Rasa cam  terharu I nyah.

Aku merapu meraban pasal life, semua dalam blog ni. Tapi aku takla terlalu transparent. Ada benda kita leh share dan ada benda kita kena simpan dalam kotak hati. Contoh kalau aku tengah sedih tahap gilos, takde nya aku nak bagitau kat sini. Aku lebih prefer dengan cara menulis puisi yang tak berapa puitis. Mungkin ada orang akan faham.. Dan mungkin juga tidak. Tapi aku tak kisah. At least aku dapat luahkan.

Aku harap satu hari nanti aku dapat jilidkan kisah hidup aku untuk kenangan di hari tua. Sekurang-kurangnya bila aku dah tua, aku masih ingat apa yang aku lalui masa umur aku 6 tahun, 17 tahun, 30 tahun etc dengan membaca diari aku ni.

It's cold up here
Wearing socks that Mira gave me

p/s: So apa sebab anda berblog?

3 comments:

Anonymous said...

Ehhh terharunya kau pakai stokin pemberian aku.. Uhukkk uhukkk srruuuppp seehhh sapu hingus hijau..

Kenapa aku berblog? Sebab aku buhsan kat opis.. Takde sape yang aku boleh jadikan kawan sekepala.. Sebab aku suka membebel, tapi aku tak suka bebel pakai mulut, aku suka bebel dengan menaip,.. Sebab aku nak orang sihat secara semulajadi, bukan dengan jalan pintas..

Sebab ini salah satu medium untuk aku keep in touch dengan kau.. Dulu mana kau tau ape xtvt aku selama ni.. Jumpa 2-3 tahun sekali.. Now aku rasa lagi rapat dengan ko.. Ala2 laga2 tetek gitu.. Muahahaha

-penkasi stukin cumil-

*loue me* said...

mestila aku bawa and pakai kt sini.sgt bermakna+berguna kot.

yah aku pn setuju yg blog ni adalah salah satu medium utk kita keep in touch secara indirectly.aku leh tau perkembangan hidup ko tanpa perlu contact everyday cuz kita dulu bukannya tiap2 hari contact.dgn adanya blog, aku tau pasal hidup ko and rasa sangat dekat.xsnonoh tul minah ni.

::FAIZ FARISH:: said...

stokin wana wani