*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, July 6, 2011

Trip To PD (II)

Lepas dah puas mandi-manda di Tanjung Tuan, kitarang gerak lak gi Teluk Kemang. Ramai betul orang time weekend. Cuba datang waktu weekdays. Bosan giler kot. Langsung tak meriah. Sebagai bekas pelajar di Port Dickson ni, haruslah aku tau keadaan sebenar di sini. Hehe.

Sampai Teluk Kemang, terus bentang tikar and gi mandi. Semua dah tak sabar-sabar nak mandi walau waktu tu matahari tengah tegak atas kepala. Kitarang kira ape. Kulit nak terbakar ke apa.. Tu belakang kira. Janji dapat keseronokan. Hehehe.

Bila dah lapar, kitarang naik balik and terus makan sandwich. Aku jadi bibik buat sandwich 

Masa ni tengah lepak-lepak kejap sebelum gi main Airhead Turbo Blast. 
Hah! Tau tak ape kebenda game tu? Meh aku tunjuk gambar dia. 
Gambar masa kitarang naik benda alah ni takde sebab takde camera yang waterproof
Sumber dari akak Google

Cuma dapat bergambar dengan pelampung tu je. 

But let me tell you.. This game serious buat nyawa aku rasa cam melayang selama 30 minit. Naik Space/Solero Shot or Roller Coaster kat Genting pun tak rasa cam ni tau. Aku naik ni, tah berapa ribu kali aku dok Bismillahirahmanirrahim Bismillahirahmanirrahim. Pastu siap doa dalam hati lagi, "Ya Allah Ya Tuhanku. Selamatkanlah hamba-hambamu ini". Hah! Punyala cuak kau. Tu belum kau dengar aku menjerit sampai nak terkeluar anak tekak lagi. 

Pada mulanya aku tak nak pun naik Turbo Blast tu. Tengok orang lain naik pun dah cukup seram kot and at the same time nampak cam enjoy sebab dorang terlambung-lambung terhentak kat air. Siap gelakkan dorang lagi, keji. Tapi untuk aku yang naik, memang takla. Aku ni kan fobia dengan air sebab pernah lemas masa kecik-kecik dulu. Air masuk telinga sikit pun dah panik cam orang gile. Ni kan pulak nak main extreme game camtu. Memang takla. Tapi ayat Mira yang berjaya cairkan hati aku, "Ala.. Jomla. Datang sini kan nak meraikan ko dapat keje. Jomla". Plus dorang berjaya convince kan aku yang benda alah ni takkan jatuh macam banana boat. Banyak kali aku tanya kat brader boat tu sama ada jatuh atau tak. Tapi brader tu cakap game ni memang takkan bagi jatuh punya. At last aku naik jugak. Seorang RM25. Tapi dia kira satu pelampung yang berharga RM50. So kitarang naik berempat maknanya RM100 la.

Masa aku tengah dok pakai life jacket, dalam hati dah cuak gile dah. Tu belum naik lagi tu. Bila aku dah duduk atas pelampung, jantung aku terus dup dap dup dap. Mulut dok terkumat kamit baca Bismillah. Bila abang boat tu start je boat dia and gerak perlahan-lahan, jantung aku lagi berdegup kencang bagai genderang mau perang, eh ternyanyi lagu Dewa pulak. Bila dia naikkan speed, memang aku menjerit macam kena rasuk ar. Yang adik aku, Mira dengan husband dia boleh dok bersorak eh. Aku..? Tutup mata dan terus menjerit. Sekali sekala je aku buka mata. Aku tengok brader yang atas boat tu asyikla dok tengok aku, oh ada 2 orang atas boat tu. Sorang kendalikan boat. Sorang maybe pastikan penumpang yang penakut cam aku selamat kot. Mesti dalam hati dia, "Isk isk isk.. Penakut hampeh budak ni". Tapi ada aku kesah? Eh ini melibatkan nyawa aku tau. Buatnya aku terhumban dalam laut camne.. camne? Cecakap. By the way, kat bawah ni adalah kronologi masa aku naik Turbo Blast, apesal aku suka guna word kronologi skang ni?

*Maaf aku memang takde seni melukis. Pendidikan Seni haruslah dapat C/D/E. Harap maklum*
Bermula dari boat tu, kitarang di bawa mengikut highlight warna oren. Pastu diikuti warna hijau, biru, kuning dan akhir sekali warna pink.

Kalau tak nampak, meh aku terangkan
Oren: Sepanjang perjalanan aku dok menjerit tak ingat dunia
Hijau: Pelampung hampir karam maybe sebab aku terlampau ringan
Biru: Pelampung jadi tak balance. Kena tukar orang. Aku kena duduk dengan Mira. Mira's hubby duduk dengan adik aku
Kuning: Masa ni aku dah tak menjerit atau bersuara dah sebab aku dok baca doa dalam hati. Pastu aku cam tengah redha, boleh?
Pink: Brother tu buat pusingan 360 darjah sebagai penutup acara

Pfuhhh.. Serious wa cakap lu. Naik semput dada aku ni haa.. 

Tapi kalau tanya pasal pengalaman naik Turbo Blast ni, aku akan cakap that was the 1st and the last time aku akan naik benda alah tu. Serious sh*t menakutkan. Walau ada life jacket tapi still rasa tak secure. Ko hanya berpegang pada tempat pemegang je. Dahla brader tu bawak boat laju nak mampus. Bila boat tu tarik pelampung, fosho la kita akan terlambung-lambung. Silap haribulan maunya tercampak keluar, simpang malaikat 44. 

Untuk orang yang suka kan adventure mungkin sesuaila. Contoh cam Mira. Dia siap suh brader tu bawak laju lagi padahal dah cukup laju dah tu. Siap brader tu cakap dia bawa tu dah habis punya laju dah. Gilos ape minah tu. Kalau nak tau.. Dia siap gelak-gelak cam syaiton lagi masa naik Turbo Blast tu. Langsung tak rasa takut. Ada sekali tu brader tu siap cakap lagi, jangan seronok sangat. Hahaha.. Kan dah kena sound tapi ada dia kesah. Lagi dia gelak kuat ade la.

Well I guess, game tu bukan untuk aku. Aku ni kalau bab-bab melibatkan air ni memang aku surrender. Aku lebih prefer untuk wat flying fox ke, bungee jumping ke atau apa-apa yang adventure/extreme la. Tapi berkaitan dengan air.. No no no. Pape pun aku dah berjaya atasi ketakutan aku, at least la kan. Janji pernah naik walau seumur hidup sekali je.

Dah habis main Turbo Blast, kitarang mandi manda kejap before naik salin baju and gerak ke tempat lain pulak

Toilet ni nak habaq hang.. Dahla pintu toilet takde. Cuma ada beberapa bilik air je yang ada pintu. Pastu yang paling bestnya lagi ada taik seketul yang macam berbentuk ice cream

Credit to Google
Lebih kurang macam ni la. Tapi ni kire sopan lagi sebab dalam toilet bowl. Yang aku nampak tu atas lantai kot.. Ee please lah. Akai letak kat mana? Lutut ka?
Psstt.. Yang aku peliknya, camne manusia tu leh buat taik dia bentuk camni eh?? 
Seriously??! 
Huh.. Tak tercapai akalku

Bersambung...

6 comments:

wanie said...

hehee. same goes with me la sis. sangat tak boleh blah dgn suka yg melibatkan air ni. tgk ombak jea pon dah takut, tambah naik main-main air mcm tuh. ngeeee ;p

*loue me* said...

huhu..tu la pasal.tp sis suka lepak tepi pantai.rasa tenang je.tu kdg2 org pelik.. kata suka pantai tp xreti berenang

pamie said...

waaahhh kak koreaaaa, best tu..hahaha..nak jugak terai airhead turbo blast tu..

*loue me* said...

best???? scary kot pamie.tamo dh naik. tp pamie tryla ye.pastu citer pengalaman pamie naik tu pulak

Anonymous said...

gigih giler.. siap melukis bagai.. hahahahaha ye ke? abang tu cakap macam tu ke? aku tak dengar pun.. pasal aku pun duk bertasbih macam kau jugak..

kau tau kan ada budak cina mati pasal naik flying fox? cable besi melantun ke kepala dia.. terus mati..

hahaha kau jaga2! tapi flying fox tak best sangat.. turbo blast ni sangat laa best..

jom naik lagi!


-bezday GIRL yang bergetah!!-

*loue me* said...

bezday girl yg dh xde getah: hahha..semangat tul aku kan.semata-mata nk tunjuk betapa takutnye aku naik benda alah tu.ada dia cakap. time tu masa dia stop kejap.tgh testing2 tarik kita.last2 dia suh aku tukar tmpt duduk tu.

ko saje je kn nk bg aku takut.aku tgk hotel yg aku bakal duduk tu ada flying fox.tah2 ada xtvt tu nnt.doakanla aku selamat

xpe..tima kasih.aku tamo naik lg