*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, December 29, 2011

Macaroni Bolognese (Eh Yeke?)

Sejak-sejak aku dok melayan Masterchef, Hells Kitchen, AFC Celebrity Chef etc, tiba-tiba rasa terpanggil lak untuk memasak, cewah ayat.. tak boleh blah langsung.

Actually aku masak ni pun sebab mama aku takde kat rumah dan adik aku merengek kelaparan. Dia la yang suggest suruh masak spaghetti. But then spaghetti dah habis. Aku pun suruh dia gi beli tapi dia tak beli spaghetti, dia beli macaroni. Rasanya dah bertahun aku tak pernah masak spaghetti. Meh kita tengok sama ada aku masih ingat akan recipe nya atau pun tak, but basically, aku main campak-campak je.

Bahan-bahan

Macaroni/Spaghetti (ikut suka la)
Ayam yang dipotong dadu (aku guna bahagian isi saja)
1 tin Sos Prego (aku guna cendawan)
1 1/2 ulas Bawang Besar yang dipotong dadu
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Minyak
2 tbsp Cili boh

Rebus ayam dahulu
Air rebusan ayam ni jangan dibuang sebab kita boleh guna untuk membuat kuahnya
   
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
Bila minyak dah panas, tumis bawang besar sehingga layu

Masukkan sos Prego dan 2tbsp cili boh (Nak pedas, letak la lebih) dan kacau

Bila dah mendidih, masukkan ayam yang telah direbus. Masukkan 2 cawan air rebusan ayam tadi. Kacau sehingga mendidih dan boleh la ditutup apinya.

Rebus macaroni sehingga lembut dan toskan airnya.

Kemudian sedia dihidang

Cubaan pertama. Perfecto

Cubaan kedua: Cair sikit sebab terlebih air

p/s: Mungkin ada yang tak percaya sebenarnya aku boleh memasak, especially Mira. Oh senang rupanya memasak ni. Uhukkk!

5 comments:

Anonymous said...

hahahahahahaha kahkahkah.. okay laa tu.. walaupun resepi yang kau kasi adalah west-pong(western campur kampong).. kalau chef ramsay tengok, mesti dia dah maki hamun.. kalau chef bruce, mesti dia dah baling pinggan kau..

mana aci wehhh guna sos prego.. ehh tapi takpe laa.. sebab kau budak baru belajar..

tahniah.. tahniah.. nak masak lagi kasitau laa.. aku nak ajak satu family try masakan kau ;)


-cantik tak semestinya hanya tau masak megi-

*loue me* said...

hahha..okla kan.permulaan. selama ni mana pernah aku nak masuk dapur. limau kasturi dengan limau purut pun aku xkenal. so kire okla ni.hehehhe

hahah.bapak aku kalau aku tgk hell's kitchen, confirm dia suh tuka channel. dia cakap, rancangan apa ni. asyik dok maki org je keje.

mmg takla.. confirm ko kutuk kaw2 nye.so aku xrela

jojo said...

wah wah, ayat "campak campak je" tu xleh tahan eh.

Anonymous said...

hahaha aku pun tak tahan layan dapur neraka.. tapi memang neraka laa.. aku yang tengok pun stress.. kalau aku yang jadi chef, mesti aku dah baling pinggan kat muka cehf ramsay! ehh emo lak!

okay laaa.. takat nak kasi si bob mentekedarah tu, kau kasi selipar jepun celup tepung pun dia kata sedap.. hahahahaha


-saya laaa.. sape lagi?-

COOL RC STORE said...

cam senang jer..takper ar blk nanti blh ler try :)