"Omaigad!! Masa yang dinanti telah tiba. Ya Allah.. Selamatkan lah hambamu ini. Aku berdoa padamu agar pembedahan ni berjalan dengan lancarnya. Amin."
Bila aku dah nak ditolak nurse, mama dengan bapak kucup dahi aku dan suruh aku berdoa banyak-banyak. Aku nampak di mata mama macam ada takungan air jernih tapi aku buat cool je walau dalam hati ni.. hanya aku yang tahu.
Pura-pura ceria padahal aku sangat nervous dan takut masa ni.
Psstt.. I'm good in acting, you know.
Lepas tu aku ditolak oleh nurse ke Tingkat 4 iaitu bilik pembedahan. Masa kat bilik tu aku masih di ruangan luar lagi, bermakna ruangan orang lepas kena bedah atau tunggu untuk dibedah. Ye lah.. After pembedahan, selalunya dia akan letak kat situ untuk stabilkan pesakit. Bila pesakit dah stabil, baru dia akan tolak masuk ke wad biasa. Yakin je.
Dalam pukul 12.45 tengah hari, nurse tolak aku masuk ke dalam bilik pembedahan. Sepanjang tu aku dok berdoa je supaya everything will be okay. Masa kat dalam bilik pembedahan, ada ramai la nurse kat situ. Then aku nampak lampu yang macam dalam filem/drama kat bilik bedah. Boleh aku tersengih jap sebab rasa cam dalam drama je. Dah senget ke apa aku ni. Pastu doc bius tanya nama aku then tanya no IC aku. Maybe dia nak pastikan yang pesakit dia ni masih dalam keadaan waras/sedar kot. Then doc bius tu masukkan ubat pertama. Bila dia masukkan ubat kedua, terus dunia aku gelap gelita. BLANK dan aku tak tau apa yang berlaku lepas tu.
Tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil oleh seseorang. Aku cam berkelip-kelip for few times sebelum aku dengar ada someone cakap, "OK. Dia dah sedar". Then aku rasa ada someone tolak katil aku ke luar dan letak aku di ruangan tadi. Masa tu aku masih separa sedar lagi. Tapi sempat tengok jam yang menunjukkan pukul 2 petang. So lebih kurang 1 hour jugak la aku dalam bilik bedah tu. Lebih kurang pukul 3 petang, aku ditolak naik ke wad biasa. Aku boleh nampak mama dengan bapak dok tunggu aku.
After operation. Baru je keluar dan ditolak ke wad biasa
Jangan nak gelak tengok gambar ni okey
Peace.. Hehe.
Actually aku senyum masa amik gambar ni tapi tak nampak macam aku senyum pun
Terbaring lemah dan masih dalam keadaan separa sedar
Sepanjang aku kat wad, blood pressure aku sentiasa dipantau oleh nurse. Then cukup masa nurse datang masukkan ubat. Selepas operation tu, memang tak rasa sakit pun. Cuma susah dari segi nak bernafas sebab aku kena bernafas ikut mulut. Dan aku hanya boleh makan bubur je. Bila nak telan air agak susah jugak sebab air tu akan naik ke lelangit. Maybe sebab hidung aku disumbat dengan kapas.
Masih sempat online guna hp abang aku
Aku duduk kat wad selama 4 hari. Ari Khamis aku kena buang kapas dan di ajar untuk cuci hidung. Masa nak buang kapas, memang aku takut. Dah la masa doktor nak buang kapas tu, tak de sapa di sisi aku. At least kalau mama ada, ada la semangat sikit. Tapi mama aku balik rumah sebab nak masak. Masa doktor datang kat katil aku, aku dah takut sangat. Segan pun ada sebab bukan sorang doktor tapi ramai. Ada doktor pelatih dan juga nurse. Dalam hati aku dok berdoa supaya takde bleeding dan boleh balik rumah.
Masa nak keluarkan kapas, doktor suruh aku duduk tegak dan tangan aku kena pegang ice. Then doktor tu tarik keluar kapas dari hidung aku. Aku boleh dengar bunyi krak krak, maybe sebab kapas tu dah melekat kat hidung aku. Ye lah.. 48 jam kot kapas tu tersumbat dalam hidung aku. Tapi aku tak rasa sakit cuma rasa ngilu je. Then doktor suruh aku kepit hidung aku dengan gauze dan letak ice kat atas dahi for 10 minutes. After that, aku dah boleh baring cuma kena kesat hidung aku sebab darah asyik keluar. Doktor tu cakap it's normal. Petangnya, nurse ajar aku untuk cuci hidung sendiri kat rumah dan aku boleh balik petangnya. Yahooo!!
Amacam? Mancung tak hidung aku? Ke makin kembang. Haruslah kan.. Apa taknya.. Kena sumbat dengan kapas yang sepanjang 20cm.
Untuk cuci hidung dan ubat untuk kumur
Even aku balik rumah ari Khamis tapi doc bagi MC sampai ari Rabu (14/12/11). Ikut hati nak je aku gi keje ari Selasa tu tapi aku takut bleeding. Doc dah cakap aku kena rehat sepenuhnya sebab nak elakkan bleeding. Once kalau dah bleeding, doc takut ada complication lain.
Doc nasihatkan supaya aku:
*Rest
*Sentiasa letak ais kat atas dahi dan hidung (untuk stop pendarahan)
*Kulum ais
*Minum minuman berais
~Tak boleh stress
~Tak boleh berpanas
~Tak boleh angkat benda berat
~Tak boleh tempat berhabuk
Rabu lepas (14/12/11) aku kena gi hospital lagi untuk checkup. Doc check tengok ada darah beku dalam hidung. Masa nak keluarkan darah beku ni, sakit la sikit. Doc cakap kat aku, "Tahan ye. Sakit sikit je." Then doc cakap lagi, "Jangan nangis. Jangan nangis".. Time tu aku dah mengerang kesakitan dan air mata terkeluar sikit, cewah.. punyalah taknak cakap yang aku ni menangis kan. Macam budak kecik je. Yerla.. Sakit kot sebab dia masukkan camera kecik and tools (Macam pengepit kecik) untuk keluarkan darah beku tu. Tapi after dah kua kan darah beku tu, mujurlah tak rasa sakit apa dah cuma darah start keluar balik. Doc cakap akan ada pendarahan for few days but it's normal. Dia suruh aku continue makan ubat untuk hidung, kena cuci hidung and every night before tido kena spray hidung. Lagi 1 bulan aku kena datang hospital lagi untuk check up. Hope everything's fine :)
Last but not least
To mama yang jaga aku siang+malam & tido dengan hanya beralaskan kain di atas lantai (Okay ni sedih).
To bapak yang kena hantar mama ke hospital setiap hari dan jaga aku.
To abang yang datang melawat aku di kala petang dan bagi pinjam iPhone untuk aku surfing.
To lil bro yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak tengok aku.
To Nemo yang everyday datang melawat aku dan bawa makanan sepanjang aku kat hospital.
To Awy+her friend & Wan yang sudi datang jenguk aku masa lunch.
To Busu yang datang tengok aku kat hospital dan bawa sate special even aku tak leh makan.
To kawan mama yang datang melawat & bawa bubur McD.
To my cousin, Fadh yang sudi datang ke rumah bersama dengan her fiance & bawa Hershey's.
To Ana yang SMS suruh aku jaga diri
To my colleagues yang kasi kata -kata semangat
To all my friends yang wished supaya aku cepat sembuh etc
Thank you so much. Hanya Allah yang boleh balas jasa baik korang semua. Love you all
p/s: Dah macam buat speech menang anugerah je. Tapi kalau panjang macam ni, confirm aku kena halau dari stage kan
8 comments:
Reen...akhirnye ko kene bedah gak??huhu,aku takuttttt...nasib baik aku tak kritikal,so xyah operate...huh,thank god!!!!
So skang dah ok??
huhu..akhirnya kan. alhamdulillah..now dah getting better.bernafas pun sangat selesa. hopefully next check up xde pape la. itu la..kalau detect dari awal, xyah nk bedah2 ni semua.aku ni sebab dah kronik baru nk gi jumpa doc.
ko camne? mommy-to-be kn. bila due?
insyaallah, bulan 2 nih bakal bergelar ibu...wow, macam tak percaya je...doakan aku n baby selamat ehh ;)
omg..xlama dh lagi.congratz! mesti xsabar kan.aku doakan supaya smua selamat dan berjalan dgn lancar
hahahahaha aku je laa yang tak gi tengok ye? kalau aku tau, mesti aku dah bawak makanan sedap2 lepas tu makan depan kau.. hahahaha keji!
comel laa kau lepas bedah.. muka macam arnab, telinga macam tikus.. kihkihkih..
wahhh akhirnya semua selamat.. lepas ni jimat laa duit.. takyah beli tisu berkotak2..
-saya cantik-
aku xgitau org pn pasal aku kena operate ke ape. ala..minor surgery je kan.bkn sakit kronik pn. tp dorg tau pun sbb tanya aku by SMS.
tp mmg mujurla xgtau ko.kalau x, terseksa zahir dan batin aku. kang confirm ko gelak guling2 bila tgk keadaan aku kt hospital.
hahhaha..aku pn rasa.cute kan aku. ada gigi cam rabbit (that's my nickname kan).ko ada??
tau xpe..now dah xbersin dah.hidung pn dh xselsema. dan yg plg penting, bernafas sgt selesa
operation kt hosptl mana? eee u nye operation nye procedure ni sebijik mcm bersalin nye procedure ok ! i takuuuttt !
byw congrats u,bla nk engage??
u msk hsptl mana? procesure u tu sama mcm procedure mase i nk bersalin.eee takuttt ok !
btw congrats u,bla nk engage :)
Post a Comment