*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, February 2, 2012

Agen Perisik

Lepas aku balik outstation from Johor (16 Jan-20 Jan 2012), the next day nya, ada beberapa orang Agen Perisik datang ke rumah aku. Tujuan dorang sebab nak merisik seseorang kat rumah aku ni. Walaupun penat tak habis lagi, tapi aku tetap mengemas dan menolong apa-apa yang patut sebab rumah ku bagai dilanda tsunami. Nanti Agen Perisik tengok, pengsan lak.. 

Adik aku yang tengah poyo-poyo rajin. 
Mentang-mentang dia tau aku nak amik gambar, terus pura-pura mengelap kipas



Hasil selepas habis mengemas
Bowl ni aku beli kat kedai Hinode RM5
Batu-batu tu aku tak ingat beli kat mana
Bunga pink putih tu adalah bunga kemboja yang aku petik kat laman rumah

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, salah seorang anggota Agen Perisik SMS aku, "10 min sampai yo". Masa tu aku dengan tak mandinya lagi dan baru nak makan tengah hari. Terus aku angkut pinggan dengan gelas air masuk ke dalam bilik. Lebih kurang 10 minit selepas tu, aku dengar macam ada suara-suara lain di luar. O'Ooo.. Mungkin Agen Perisik dah sampai. Terus aku capai towel dan mandi, baru terhegeh-hegeh nak mandi. 

Masa aku tengah bersiap, adik aku ketuk pintu bilik aku suruh aku keluar. Terkejut beruk la aku sebab masa tu aku belum habis bersiap lagi. Cuak mak nok! Eh, tapi apsal lak aku nak cuak kan. Lek sudah.. 

Bila dah habis bersiap, aku pun keluar la dari bilik. Masa tu semua mata memandang kat arah aku. Segan nya tak payah cakap la. Tapi aku buat-buat cool je dan pergi bersalam-salaman dengan semua orang. Nak cover rasa malu yang menebal tu, terus aku angkat pinggan-pinggan kotor yang ada atas meja dan bawa ke dapur untuk aku basuh. Confirm Agen Perisik tengok terpikat kan. Bakal menantu solehah ni. Muahaha.


After that my family dok sambung menyembang lagi dengan Agen Perisik. Aku??? Aku dok melepak tengok TV dengan adik aku. Serious tak tau nak buat ape. Masa hari itu Agen Perisik datang membawa ini..

Strawberry cake
Sireh Junjung (takde gambar)
Dan sedulang buah-buahan (takde gambar)

Dan kami membalas dengan ini

By the way, ini lah Agen Perisiknya a.k.a family Nemo yang mana soon to-be-my-future-family. Insyaallah
Apsal la aku nampak cam nenek bongkok je dalam gambar ni. Cis betul

After habis operasi risikan, aku dengan Nemo terus terjah ke Mid Valley untuk misi seterusnya.


Outfit of the day 
Accessories: Light Brown Belt (bought at The Mines)

p/s: Malu I.. (^_^)
p/s: Guys, doakan lah agar semuanya berjalan dengan lancar ya. Amin :)

6 comments:

eKa said...

wow...semoga dipermudahkan segalanya yo :) dah dirisik org kwn aku ni ha.tak lama lagi je tu

*loue me* said...

eka: thx eka..doakan la ya. i pn dh xsabar nk join ur club :)

luvira said...

waaa...gud news..nway congratz dear...so bile nak melangkah setapak kehadapan lagi??jangan lupe roger2 yea ;)

U.Y.A said...

weee....dh lama xjenguk blog ni....
tup2..dh dirisikk..tahniah!

*loue me* said...

luvira: thx eira. insyaallah.kalau dah sampai masanya, aku mesti jemput punya :)

*loue me* said...

suria:hehehe..thx uya :)