*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, February 7, 2012

Sudah-Sudahlah Beranak

Guess what..??

Makcik Tokio beranak lagi. 

Dia ni memang takde keje lain. Asyik bunting je. Subur betul. Masa dia bunting, perut dia sangat-sangat besar. Kitarang tertanya-tanya gak, agaknya berapa pulak anak dia kali ni. Selalunya maximum dia beranak, 3 ekor je, tapi yang hidup sekor dua ekor je.

19 Jan 2012

Mama aku msg kata bapak aku nampak bontot Tokio macam ada darah. Mungkin dia dah beranak la kot masa tu. Esok nya baru aku balik rumah. Memang betul sebab perut Tokio dah kempis. Penat jugakla aku dok ushar dan mencari anak dia. Tak tahu mana dia sorok kan. Selalunya dia suka beranak kat stor rumah belakang. 

2 hari selepas tu baru aku jumpa anak Makcik Tokio. Tu pun sebab dia pindahkan anak dia dari stor rumah belakang ke rumah aku. Mula-mula aku nampak 2 ekor je. Dalam hati, 'Aritu perut dia kemain nya besar.. Tapi beranak 2 ekor je. Isk isk isk'. But then bila dah nak dekat malam, aku saja tinjau lagi tempat persembunyian dia. Eh..! Dah jadi 3 ekor pulak. Ajaib!

Keesokan harinya, masa aku kat dalam bilik, aku dengar bunyi anak kucing mengiau punyalah kuat. Aku sangka si Tokio pindahkan anak dia lagi. Aku pun gi la jenguk tapi tengok Tokio dok duduk dalam kotak bersama 3 ekor anak dia. Aku pun gi la tinjau kat rumah belakang. Still aku dengar anak kucing mengiau. Terus aku angkat keluar si Tokio dari kotak. Aku yakin yang ada lagi sekor anak Tokio kat rumah belakang. Aku pun terus campak si Tokio, campak manja-manja je ke rumah belakang tapi boleh pulak dia patah balik ke rumah aku. Tak guna betul makcik ni. Aku angkat lagi sekali dan campak dia ke rumah belakang. Agaknya dia baru sedar yang dia tertinggal lagi sekor anak dia. Aku pun tunggulah dia keluar dari stor tu. Tak lama lepas tu aku nampak cam dia gonggong something. Memang betul ada lagi sekor anak Tokio. Kira semua nya ada 4 ekor la. No wonder la perut dia besar gila. Ada 4 ekor semuanya. Sangat meriah. Hopefully kali ni biarlah semua hidup dengan sihat dan jangan lah hilang kan diri. Selalu bila dah besar sikit, mesti kucing-kucing aku hilang. Tak tahu la sama ada orang curi ataupun memang kucing aku tu pandai ronda-ronda tapi tak tahu jalan pulang.

Yang warna brown dengan warna hitam tu gemuk. 2 ekor lagi tu kurus je



p/s: Cepatlah membesar

4 comments:

cikpjaz said...

wah..comelnye kucing ^^

Mak Wardah said...

Comelnya...nak satu.

Mak Wardah said...

comel

*loue me* said...

sekarang dorang dah makin membesar dah.. :)