*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 22, 2009

August 2001

17 August 2001
Malam ni ada program Malam Helwani yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam di Dewan Ibnu Khaldun (Jangan tak tahu orang sekasar aku ni masuk Puteri Islam. Alkisah sebenar yang boleh masuk Puteri Islam ni sebab Persatuan lain dah penuh. Yang ni je masih kosong. Nak tak nak, kena join la jugak).Pada malam tu, aku berduet dengan Mariah Omar menyanyi lagu Oh Ibu yang dipopularkan oleh Exist. Before menyanyi ni, ada sedikit sketsa mengenai ibu yang dah meninggal. Kawan-kawan aku yang kat bawah pentas dah bersorak dah. Aku siap boleh tergelak masa tengah menyanyi. Huhuhu..


18 August 2001
Tepat detik 12 tengah malam, ahli dorm aku prank aku sebab hari ni birthday aku. Dorang tabor bedak kat aku and pakaikan gincu. Habis dorang kerjakan aku. Aku terus gi basuh muka dan badan. Lepas tu terus tidur. Mengantuk kot.

Pukul 2.30 petang, mama, Bob dan Adik (jiran sebelah rumah) datang bawa birthday cake, junkfood, bihun goreng. Terharu aku. Aku ajak kawan-kawan aku turun gak. Kitarang celebrate kat Dewan Makan.

Malam tu,kitarang celebrate lagi sekali. Dorang siap make up kan aku dengan gincu dan macam-macam lagi. Lepas tu kitarang bergambar. Masa makan cake(kek yang lebih petang tadi), Wan Salmi yang start main calit krim kek kat pipi aku. Apalagi.. Lepas tu bermula lah ‘Perang Calit Kek’. Memang riuh gila la. Then dorang arak aku dari satu dorm ke satu dorm. Malu gile.
**Ieja ni pun kena 'kerja' dengan kawan-kawan aku gak sebab birthday dia sama/awal sehari sebelum birthday aku**

**Perang calit kek bermula**

Esoknya, Puan Zurina tanya sapa yang buat bising malam semalam. Semua diam je =p

31 August 2001

Blok aku ada aktiviti Sukaneka. Macam-macam permainan ada. Contohnya kerusi berirama, tarik tali bla bla bla.. Enjoy gakla. Haa.. Jangan tak tahu yang aku dinobatkan sebagai ‘Ratu Suratkhabar’. Game ni kita kena reka pakaian paling kreatif dengan menggunakan suratkhabar. Walaupun bukan gelaran Miss Universe ke.. Miss Malaysia ke.. Tapi aku bangga la jugak menjadi Miss Newspaper. Hihi..

Selain tu aku ada masuk acara Tarik Tali. Jangan ingat badan ku kerempeng aku tak larat nak tarik tali tu. Kurus tapi kuat taw. Tapi lepas habis je acara ni, satu badan rasa sengal and kaki pun luka. Pape pun, memang enjoy.

to be continued...

No comments: