*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 22, 2009

Darjah 5


Ni gambar masa aku Darjah 5 Kreatif. Masa aku Darjah 5 ni, aku pernah kena panggil dengan Penolong Kanan II (PK II). Aku tak ingat apa nama cikgu tu. Sebenarnya benda kecil and bodoh je.

But before that... Convent kan sekolah perempuan je. Time tu memang famous la pasal adik angkat, kakak angkat bla bla bla. Dan disebabkan aku pun takde adik perempuan, memang teringin sangat nak ada adik angkat perempuan.

Ok.. Back to the story, kes aku dipanggil oleh PK II adalah kerana ada sorang budak Darjah 4 Cekal menangis disebabkan aku. Budak tu nama Nurdiana. Konon-konon aku nak ambil dia jadi adik angkat la..
One day, Diana ni nangis dalam kelas. Pastu ketua & penolong kelas Diana ni datang ke kelas aku. Terkejut jugakla bila dorang cakap PK II nak jumpa. Aku pun pergi ke pejabat and kena la soal siasat. PK II tu tanya apa yang aku dah buat sampai Diana ni nangis.. Laa.. Mana la aku tau.

“Awak buat apa kat Diana?” - PK II
“Tak buat apa-apa pun. Dia cuma adik angkat saya je.” - Aku
“Abih tu, kenapa dia nangis? Dia cakap awak yang buat.” - PK II
“Saya tak buat apa-apa pun.” - Aku (sambil buat muka tak bersalah)
“Pasni, saya tak nak dengar apa-apa dah tentang awak dengan dia.” - PK II

Lepas daripada peristiwa tu, aku jadi glamour & famous jap. Lepas aku jumpa PK II, (time tu dah rehat) aku pergi la beratur untuk beli makanan. Tiba-tiba ada budak datang (budak kelas Diana gak) bagi aku surat.

“Kak! Ada orang kasi surat..” - Budak A

Bila aku baca je surat tu, rupa-rupanya dia nak buat aku jadi kakak angkat. Budak tu nama Herni Zuliana. So, tu la my first pet sis. Memang lepas tu, ramai sangat yang nak jadi adik angkat aku. Tak tahu la kenapa. Tapi ada jugak yang tak suka kat aku. Tak kisahla.. Tak rugi apa-apa pun. Janji aku happy =)
**Yang  dibulatkan kuning--> tu lah Herni**

Ada satu lagi kes masa aku Darjah 5K gak. Kat SRKCFB ni peraturan memang ketat. Kat sekolah memang tak boleh ada aktiviti jual menjual (aku rasa semua sekolah pun macam tu kot). Tapi biasalah.. Aku bukan jenis yang makan saman pun.

Kisahnya bermula bila aku bawa aiskrim pop and jeruk ke sekolah. Jeruk tu mama aku yang buat sebab buah mempelam kat rumah aku sangatlah banyak. Mula-mula aku bagi kat kawan aku merasa. Pastu dorang cadangkan supaya aku jual kat dorang. Aku pun tak kisahla. Plus, duit jualan tu akan masuk kat poket aku. Sapa tak nak. Huhuhu.

Tiba-tiba aku kena panggil dengan Penolong Kanan I (PK I). Nama cikgu tu, Mr Rajinder Singh (aku ingat lagi nama dia..) Aku kena marah giler dengan dia. Gerun kot tengok muka dia. Dah macam harimau lapar. Sepanjang dia marah aku tu, memang dia speaking je (Tak silap aku dia tak pandai cakap Malay. Pakaian dia pun ala-ala orang British). Aku buat muka ‘bodo’ je. Haih... Apa la nasibku. Asyik terkantoi je.

Masa aku kat SRKCFB, aku ada sorang kawan baik. Nama dia Afneesha tapi aku panggil Fiesha. Aku memang rapat dengan dia. Ke mana kitarang pergi, mesti berdua. Dan kalau aku sakit, dia la yang selalu tolong aku (Masa dulu aku selalu sakit dada.. Selalu sesak nafas). Mujurla ada Fiesha and kawan-kawan yang lain. Dorang la yang selalu papah aku gi Bilik Sakit. Kira aku penghuni tetap la kat bilik tu. Until now, aku still berkawan baik lagi dengan dia walaupun aku tak pernah jumpa dia since dia pindah dari Sungai Petani. Naik Form 1 dia dah pindah Kulim. So last aku jumpa masa Darjah 6 la. But we still keep in touch.



**Sangat rindukan dia.. Bila lah agaknya kita boleh berjumpa kan?**

to be continued...

11 comments:

n i n a said...

herni zuliana tu anak my cousin . what a small world :)

*loue me* said...

hah?serious?hahahaha. tak sangka eh.then nina taw ke herni tu kat mana sekarang?

KuraKura said...

giler kiut ko masa kecik.. rasa nak sepak2 n patah2kan tulang ko.. comel!!

*loue me* said...

hahaha..muka sangatlah suci dan tak baligh eh..

KuraKura said...

hahahah selalu sakit dada.. sama macam adik aku.. dia pun spesis papan macam ko.. zaman kecik selalu dia cakap dia sakit jantung.. pastu dia jadi lembik2.. tapi aku xpenah percaya.. sebab dia suka berlakon..

KuraKura said...

nak komen lagi.. hehehe gambar atas sekali tuh... telinga ko besar giler.. hahaha sebijik macam arnab.. hahaha.. mesti bez kalau dukung ko.. sebab ko kurus.. cepat ahhh reen beranak.. pastu kua anak muka cam ko.. bleh aku picit2 telinga baby tuh..

*loue me* said...

banyakla ko berlakon. serious sakit dowh.rasa macam jantung ni dah nak terputus. nak bernafas susah gile.even until now pun aku still sakit, cuma dah kurangla. bapak aku pnh bawa gi jumpa doc pakar tp bila doc tu checked, dia kata aku normal.takde pape. dia cakap maybe aku stress (gile ah..kecik2 lg dah stress).hahah

*loue me* said...

gambar yg mana?yg dengan classmate or gmbr masa besday aku(pakai bj hitam). tunggu ar aku kawen..akanku produce byk2. biar ada spesis aku yg comel neyh

n i n a said...

sis - yep dia tgh keja kat perlis.
bila raya, kenduri ada la jela jumpak.
nak suruh sampaikan apa2
cakap la
:)

laydee's issues ~ said...

gmbr afneesha yg pkai schoo uniform kt bunga tu, i ada pict tu dulu. .mase memula nk benti skolah Convent, konon2 sedih la i minta pict smua org. .tp x smua la yg bg kan. .but i have her pict la. .i remember.hehe

*loue me* said...

huhu..gmbr i ada x?