*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 15, 2009

Dinner Part I

Ni lah gambar masa dinner kat New Horizon Restaurant, Kuantan hari tu. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Yang selalu pergi kelas pakai T-shirt, selipar jepun, baju biasa-biasa je.. semuanya jadi vogue malam tu. Tema malam tu adalah hitam dan putih a.k.a malam tahi cicak.
MC malam tu adalah Inah & Iwan. Dua-dua pun jenis peramah. So sangat sesuaila dorang bergandingan bersama. Dorang pandai je nak memeriahkan suasana. Memang happening habisla.

(ada gaya keibuan tak)
**Yang kat tengah tu adalah Iwan. Saja nak menyemak gak**

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Abe. Lepas tu baru la sesi melantak. Semua orang dah tak sabar nak makan cuz masing-masing dah lapar. Sapa yang tahan tengok makanan kat bawah ni. Super menyelerakan okay. Macam-macam ada. Tomyam, ayam, daging, ikan, sayur etc.
Makanan kat sini sedap jugakla. Buat I terbayang-bayang until now adalah sayur yang dicelup tepung. Serious sedap kot. Pah pun kata sedap.(Siap sembang dalam toilet pasal kesedapan sayur tu). Tapi tak taw la sayur apa tu.

Sambil-sambil makan, kitarang disajikan dengan suara Fahmi --> lagu Faizal Tahir-Cuba. (ye ker?lupa la pulak.. memory low betul). Sedap suara dia. Dengar kata Fahmi ni dulu pernah masuk Bintang RTM. (betul ker eh. can some one tell me?). Statement dari Fahmi.. Dia kata dia tak pernah masuk mana-mana Pertandingan. Dia low profile je. Isk isk..Khabar angin yang salah lagi dusta. Huhu.. Sorry Fahmi =P

Lepas dah habis Fahmi nyanyi, ada sesi penyampaian Anugerah pulak. Kalau tak silap ada 13 Anugerah kesemuanya tapi I tak letak ikut susunan. Yang mana I ingat, I letakla (yang ni pun tolong la sape-sape gitaw I tentang anugerah yang ada pada malam tu. Lupa sangat-sangat)

**Muka relax je. Fahmi ni menang Anugerah Pelajar Paling Skema cuz dia selalu datang awal ke kelas**

**Mujurla sempat snap picha dengan dia. Lepas ni dah tak jumpa dahla cuz Fahmi ni orang Sabah bah.Hopefully dapat jumpa time convo nanti**

Anugerah Lelaki Paling Sexy semestinya FiQ
**Happy Family: Mama Papa & Anak**

Bila dah ada lelaki paling sexy, mestilah ada perempuan paling sexy pulak. Anugerah ni dimenangi oleh Aisyah.

**Awy & Wan pula menang Anugerah Pasangan Bahagia**
Memang dorang patut menang cuz dorang bercinta dari sem 1 until now taw
**Pasangan Bercinta**

**Next category adalah Anugerah Pasangan Kontroversi**
Calon-calonnya adalah: Sita & Kevin; Azie & Lan dan yang paling tak disangka tercalon adalah Zaim & Ana (serious yang ni tak sangka betul. Sapa la yang vote neyh**
But yang menang for this category adalah Azie & Lan. They deserve it. Thehehe..

Dah dapat Anugerah Pasangan Kontroversi, kenala nyanyi sikit
"Dua insan sedang bercinta..
Dua insan berjanji setia..
Telah ku katakan..
Padamu oh sayang..
Hanya kuasa tuhan dapat menentukan"

**Sangat sporting**

**Sekali lagi Ana tercalon tapi untuk Anugerah Kakak 'Sulong' pula. Sangat sesuaila gelaran ni untuk Ana.(Yes, Ana! Now dah terbukti yang ko memang tua. Dah tak boleh perasan umur 20 tahun lagi =p)
**Ehem ehem**
**Ana with Anugerah yang dimenangi pada malam tu**

**Jejaka yang kat belakang tu adalah Lan & Nuar**
**Ni pula Duffy**


**Aksi menggoda sikit**
(tergoda ke..?)

**Aja & Me**
**Ana & Me**
(tulus je muka.. tak boleh blah..hahah)
to be continued...

4 comments:

pamie said...

hahaha..tidak!!..saya tidak pernah masuk Bintang RTM..hahaha..xpenah masuk mane2 pn..nyanyi gtu2 jek..bese la..low profile..hehehe..

Live.Laugh.Love said...

oh ye?maknanya semua tu dusta semata-mata la.hahahah..rumours.but serious, suara fahmi sedap ar.pasni masuk la AF.hehehe

pamie said...

AF??huhu..malas la..gpun nak jdi engineer..hua3..

Live.Laugh.Love said...

haha..sama-sama la kita jd engineer ya.btw,nk gmbr masa dinner ari tu.send ikut email ke:razre3n@yahoo.com