04 Feb 04
Aku dengan housemate gi Bachok semata-mata nak makan sate. Lepas makan sate, kitarang pergi amik angin kat Pantai Irama. Yang kelakarnya, masa kat playground aku dengan Mira kena kejar dengan orang gila.. Argh!! Tidak! Serik terus.
18 March 04
Hari ni birthday Jamariza atau kitarang panggil dia Ja or Jama. Memang riuh giler la masa celebrate birthday dia. Mujurla masa ni duduk rumah sewa. Sebelah rumah takde sapa. So, boleh la memekak, memekik dan melolong sesuka hati. Takde sapa nak marah. Ja terkejut kitarang buat surprised birthday party untuk dia. Siap bergenang air mata sebab terharu punya pasal. Seperti biasa, bila dah ada kek yang enak berkrim, mestilah ada aktiviti mencalit krim kek lak. Aku pun kena gak. Takde sapa yang terkecuali.
Muka Ja masa dia terharu
Inilah housemate ku selama 1 sem
Behind: Kak Za, Me, Ida
Front: Nda, Mira, Ja, Ida Beq Beq, Lini
Mula-mula aku tak kena pun calit kek ni sebab aku jadi tukang amik gambar & video. Tapi last-last aku kena jugak.
**Rindukan saat-saat ni**
No comments:
Post a Comment