Aku nak cerita tentang pengalaman kitarang masa pergi ke Pantai Melawi.
18 April 2003 (Jumaat) – 19 April 2003 (Sabtu)
Aku dengan Mira, Nda pergi Melawi. Konon-konon nak gi holiday la. Kakak tak ikut sebab dia kan macam solehah sikit and plus anak mak. Tak boleh keluar sesuka hati. Jadinya kitarang bertiga je la yang pergi. Untuk ke sana, aku dah contact Najib supaya hantarkan kitarang. Sebelum keluar dari hostel, banyak sangat rintangan yang terpaksa kitarang lalui.
Masa kitarang nak blah dari bilik asrama, Encik Azani Buncit buat pengumuman yang tiada siapa dibenarkan balik sehingga forum tamat. Kebetulan hari tu ada forum kat bawah. Haish! Sengal. Kitarang patah balik masuk ke bilik. Tapi kitarang dapat idea untuk turun ikut tangga Blok C (tangga Blok C ni kat bahagian belakang, so maybe En Azani tak check la kat sini) tapi tak sangka pulak yang En Azani Buncit boleh tercegat kat kawasan situ jugak (usaha tangga kejayaan betul Encik ni).
“Awak tak dibenarkan keluar selagi forum belum tamat” - En Azani Buncit
Argh!! Kantoi pulak. Sengal la dia ni. Sanggup datang nak cekup kitarang. Bengang bengang!!
Lebih kurang pukul 10.20 pagi, kitarang tekad untuk cabut lari ikut Surau. Sampai Dewan Sri Cahaya (DSC), kitarang terserempak dengan Pak Guard tapi kitarang wat muka selamba je. Padahal dah kecut perut dah (Dengar kata En Azani dah inform Pak Guard untuk tak benarkan sesiapa pun keluar dari hostel sehingga forum tamat). Bila sampai kat pondok Pak Guard, kitarang blah macam tu je. Fuh! Lepas! (Oh btw, peraturan kat PKB ni sangatla ketat. Menyampah)
And now nak kena tunggu Najib pulak cuz Najib akan bawa kitarang ke Melawi. Bila Najib dah datang, kitarang terus gi Kota Bharu untuk ambil duit dulu. Takde duit kot nak pergi berjimba-jimba. Lepas tu baru la kitarang gerak ke Pantai Melawi. Kenapa kitarang pilih Melawi..? Compared to Pantai Cahaya Bulan or nama lamanya Pantai Cinta Berahi (giler tak boleh blah eh) or Pantai Bachok, Pantai Melawi ni tak ramai orang. Ada privacy la sikit.
Kitarang sampai lebih kurang pukul 12 lebih. Kitarang nak check in chalet kat situ tapi takde orang la pulak. Then kitarang jalan-jalan la dulu. Masa jalan-jalan kat kawasan tu, terserempak dengan owner chalet. Pastu kitarang terus check in la. Murah kot sewa chalet kat sini. RM35 je. Ada satu katil Queen size dengan bathroom. Ok la. And ada kipas.
Dah Najib hantar kitarang, dia pun balik sebab dia nak pergi sembahyang Jumaat. Kitarang cuma lepak kat dalam chalet & tukar baju. Panas lagi kot kat luar tu. Semua cuma berehat-rehat je. Bila dah redup sikit baru kitarang pergi mandi laut. Bes giler!! Kitarang bertiga ni memang beach lover. Bila duduk kat tepi pantai.. dengan angin yang yang sepoi-sepoi bahasa.. dengan desiran ombak yang menghempas pantai.. Wah.. Feeling giler kot. Layannnn!
Dah puas mandi, kitarang balik chalet and mandi lagi dengan air paip. Bilas balik la. Badan dah melekit dah. Lebih kurang pukul 8 malam, kitarang lepak kat tepi pantai sambil tengok bulan dan bintang. Cantik sangat! Lepas daripada tu, kitarang masuk ke dalam chalet. Masing-masing dah penat and nak tidur. Tapi Nda cakap dia nak lepak luar. Kitarang pun tak kuasa dah nak layan sebab terlampau letih. Lebih kurang pukul 11 lebih, Mira bagitau aku yang Najib nak datang. Kitarang tunggu kat ruang istirehat. Pastu Nampak Mad Duan & kawan-kawan yang lain. Tak lama lepas tu, nampak Najib, Faiz, Sufie dan Azan sampai. Dah jadi meriah pulak. Tapi semuanya jantanss.. Huhu. Kitarang lepak-lepak and sembang jap. Pastu kitarang baru teringat yang Nda keluar tadi tak balik-balik. Gosh! Risaunya! Mana pulak Nda ni pergi. Aku rasa cam dah lama dia keluar tadi. Nda tu bukan boleh. Dia kan minah blur. Aku, Mira & Najib pergi la cari dia. Jalan punya jalan, Nampak Nda tengah lepak kat bawah pokok kelapa. Apa la yang minah ni buat. Dah la sorang-sorang. Bahaya betul. Then kitarang jalan sama-sama menyusuri pantai sambil tengok bulan & bintang. Aku pula sembang dengan Najib (dia best friend aku juga eh. No heart feelings.. Huhu).
Dah pukul 12 lebih, barulah dorang semua balik. Kitarang balik semula ke chalet. Kalau nak tahu, seharian kitarang tak makan sebab takde kedai makanan kat area situ. Lapar memang tak payah cerita. Rasanya bukan tahap lapar lagi dah.. dah tahap KEBULUR dah aku rasa. Tapi memang langkah kanan betul la.. Bila kitarang balik je ke chalet, sebelah chalet kitarang ada family buat BBQ. Haa! Apa lagi, malam tu kitarang dapatla melantak ayam BBQ. Punya la lapar, habis semua kitarang sebat. Erk~Alhamdulillah. Nyum nyum!! Bila dah makan tu, rasa tercekik la pulak. Air pun dah habis (Sebenarnya kitarang memang tak bawa stok makanan/minuman sebab kitarang kita budget ada la kedai makan kat area sini. Rupanya langsung takde). Nak minta air, segan la pula. Dah bagi ayam, nak minta air pula. Isk isk isk.. So kitarang pun cari idea macam mana nak minta air and aku pun berlakon..
“Ala.. Tercekik la. Air pun takde” - Aku (sambil cakap kuat-kuat)
“Nak air ke?” - Orang tepi chalet
Yes! Misi Berjaya. Mestila kitarang nak. Lepas dah bagi ayam BBQ, dorang bagi sandwich pula. Memang best la family kat sebelah ni. Pemurah tul. Kitarang makan kat dalam chalet sebab kitarang ni semua spesis siput. Pemalu orangnye. Hahahaha.. (Tapi brader kat sebelah ni cam gatal je. Tak taw la sama ada anak makcik tu ke ape.. Tapi tak kisahla). Dah kenyang melantak, apa lagi.. ZZzzzZZZzZZZz la.. Esok kitarang nak bangun sebab nak tengok sunrise =) (Tah bangun, tah tidak)
Keesokannya, Mira gerak aku dan Nda untuk tengok matahari terbit. Mula-mula cam malas nak bangun. Tidur memang sedap. Tapi Mira gerak juga. Nak tak nak, kena la bangun. Bila buka je pintu chalet.. Wow!! Indahnya alam ciptaan Allah! Bersyukur sangat sebab aku masih bernafas untuk melihat keindahan ni.
**tQ Mira sebab kejutkan kitarang bangun.. Kalau tak, sure kitarang tak dapat nak tengok keindahan ni**
Kitarang berjalan-jalan di gigi pantai sambil mengutip cengkerang siput. Kitarang berjalan sampai ke hujung dan patah balik. Lepas daripada tu, kitarang balik ke chalet dan tukar baju sebab dah tak sabar nak terjun laut. Pada masa tu, nelayan tengah pukat ikan. Kitarang pun saja sembang-sembang dengan pakcik kat situ dan tolong pakcik tu tarik pukat. Bila lagi nak merasa jadi nelayan (walaupun cuma tarik pukat je. Lol =p)
Lepas tu kitarang bermain-main dengan ombak dan buat istana pasir. Dah puas bermain, kitarang balik ke chalet dan tukar baju. Kitarang terpaksa bersiap-siap untuk balik walaupun rasa tak puas lagi duduk kat sini. Rasa macam tak nak balik pun ada. Then kitarang check out. Aiseh.. Takde sapa ke nak tolong hantar kitarang sampai ke jalan besar. Najib ada hal. Nak berjalan kaki sampai ke jalan besar lebih kurang 2km. Jauh tu. Mau patah kaki macam ni. Ketiak pun boleh basah. Masa dok jalan kaki, budak-budak yang dekat area situ, dok kacau kitarang. Cakap kitarang orang Myanmar la, orang Siam la. Tak faham bahasa Melayu la. Dorang ingat kitarang tourists dari luar cuz muka masing-masing macam foreigners. Hahaha.. Elok la tu. Masa tengah berjalan, datang satu kereta Wira berhenti nak tumpangkan kitarang. Rupanya abang gatal yang duduk kat sebelah chalet. Tak kisahla gatal ke tak.. Yang penting kitarang tak perlu nak berjalan kaki. Haih.. Untungnya jadi perempuan. Hahaha. Dia hantar kitarang sampai ke stesen bas Bachok. Dari situ kitarang terpaksa tunggu bas untuk ke Kota Bharu pula. Bila sampai je di Kota Bharu, kitarang naik teksi untuk balik ke PKB. Walaupun letih tetapi memang puas hati sangat-sangat. Weeee~
Ni lah istana pasir yang kitarang buat
**Time to go back**
**Sangat-sangat happy**
**Aku akan rindukan korang semua**
**Aku akan rindukan korang semua**
Kenangan ni tak kan aku lupa sampai bila-bila kerna inilah kenangan yang terindah dalam hidup ku. Terima kasih Tuhan kerana dianugerahkan kawan yang baik, penyayang, mengambil berat terhadapku. Sesungguhnya aku bersyukur yang teramat sangat kerna memiliki mereka ini.
2 comments:
ahakk ahakk kah kah.. memori melawi nih memang ahh.. siot je kan?? kiter wat keje tekad je.. sesuka hati je.. tanpe perancagan.. tapi bez..
tak malu ke mintak2 makanan org?? hahaha.. kalau ida ikut jugak confirm ida dah nangis.. aku ingat lagi betapa panasnye kite jalan nak g stesen bas.. jauh wooo..
alaaaa rindunyeee.. nda pun dah beranak.. alemaaakkk dah tua laa kiter
tu la pasal.bila aku dok taip balik pasal cerita..aku tergelak sorang2.lawak giler dowh.
Post a Comment