Aku ni kan dari sekolah perempuan je.. So agak culture shock la jugak. Bila ada boys yang kacau, aku akan buat muka se’blur blur’ nya. Aku memang tak layan langsung. Ramai yang cop aku sombong tahap cipan and ramai senior perempuan anti dengan aku. Apa masalah dorang, aku pun tak tahu.
Bila time rehat, aku akan round satu sekolah sambil makan and minum. Ada sekali tu , aku pernah kena tegur dengan abang senior (tak silap nama dia Abang Husni kot) sebab makan berdiri. Lorh! Suka hati aku la. Ada aku kacau korang. Hish! Menyampah! Nasib baik sebelah Abang Husni tu adalah abang senior yang aku admire, Abang Amir Syafiq. Sejuk terus bila tengok muka dia. Hahaha.
Ada sekali tu, aku pernah terkantoi dengan cikgu PJK sebab tak turun masa Pendidikan Jasmani. Kitarang malas nak tukar baju. Leceh! Selalu je kitarang tak turun tapi cikgu tu tak pernah pun nak check. Angin apa tah hari tu, dia datang check lak. Masa kat dalam kelas, ada budak bagitau yang cikgu PJK nak datang. Apalagi.. Semua kelam kabut la larikan diri. Ada yang pergi hujung bangunan. Ada yang pergi bilik ape tah.. Tapi aku..?
“Nak menyorok mana eh?” - Aku
Aku and beberapa kawan yang lain terus serbu toilet walaupun rasa tempat tu tak berapa strategik. Belasah je la. Masa kat dalam toilet, aku kecut gak. Ini kalau kantoi memang habis la. Bila aku dengar bunyi tapak kaki kat luar, aku terus keluar dari toilet sebab tak berani. Aiseh! Cikgu PJK daa.. Apalagi.. aku pun berlakon la konon-konon aku baru lepas ‘melabur’.
“Sapa yang ada kat dalam tu, sila keluar sekarang!” - Cikgu PJK
“Aduh!! Sakitnya perut.” - Aku
Ada yang tarik flush toilet la.. Kelakar betul. Punyala nak berlakon. Last-last kitarang kena denda kutip sampah satu sekolah. Padan muka. Huhuhu.. Tapi lepas tu kitarang tetap tak turun gak. Degil la katakan. Hihihi.
to be continued...
No comments:
Post a Comment