*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, November 26, 2009

PKB

Bila teringat zaman muda-muda dulu, super la rindu. Actually aku ada journal yang menceritakan tentang hidup aku selama di atas muka bumi ni (I dah bagitau dah dalam entry before this). Tapi bukan semua la. Maybe boleh dikatakan 65%. Yang takde tu sebab aku kecil lagi, so tak boleh la nak masukkan (tak tahu apa yang jadi masa kecil-kecil dulu).

Well masa aku kat Politeknik Kota Bharu, Kelantan aku berkawan baik dengan Mira, Nda & Sis. Masing-masing ada nama gelaran.

Mira a.k.a Pooh @ Badut. Aku panggil dia Pooh sebab perut dia buncit macam Pooh. Badut pulak sebab dia selalu sajikan kitarang dengan lawak bangang sampai kitarang gelak macam nak pecah perut. Serious dia cam badut dowh.


Nda a.k.a Mak. Nape kitarang panggil dia Mak.. sebab dia suka buat air. Kalau dia buat air, memang sedap (tak tipoooo) macam mak-mak kita buat air. Perangai dia pun macam makcik-makcik je.. Membebel tak tentu hala. Sangatlah annoying.

Ida a.k.a Kakak disebabkan dia macam seorang kakak la. Kalau kitarang tak study, dia akan membebel-bebel. Dia ni super la sopan ok. Tapi sekali dia gelak, dia yang paling over.


Aku a.k.a Rabbit @ Adik. Rabbit tu Mira yang bagi sebab dia kata telinga aku capang macam telinga Rabbit (fine...padahal telinga ko sama je cam telinga aku okay). Gelaran Adik tu pula sebab aku di kira kategori manja. Tapi bukanla selalu nangis ke apa tapi kalau aku nak minum ke, aku akan suruh Nda buatkan air. Baju pun kadang-kadang dorang yang gosokkan (Indahnya hidup ketika itu).

Tak boleh nak cerita semua sebab terlampau banyak peristiwa yang berlaku sampai dah tak ingat sangat (oh tolong la kembalikan ingatan ku semula)

**Bersiar-siar di Asrama**


**Auwww! Alaa..Nyahhhh**
**Menghilangkan rasa bosan sambil menempekkan diri di batu-batu ini**

**Love you all so much!!**

2 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

kampung wooohh muka korang!!! tudung tahap makcik wat gi pasar.. tebal giler tudung.. tengok aku tuh.. muda2 dah cun.. kiut lak tuh.. hahahahaha

Live.Laugh.Love said...

eleh..kampung2 pun ko tetap sayang kitarang gk ;p