*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 22, 2009

September/October/November 2001

13 September 2001

Kali ni blok aku buat aktiviti di Pasir Panjang, Pulau Pinang. Sampai je kat situ, aku, Pena, Wan Salameon, Ayu, Ruby pergi kat batu besar and jerit kuat-kuat. Serupa kambing yang baru terlepas dari kandang daa. Hehehe. Dah penat menjerit, kitarang pergi kutip kulit siput tapi kena kejar dengan Cikgu Zurina. Apalagi.. Cabut lari la. Then kitarang kena berkumpul sebab ada aktiviti buat tugu dan sesi pembentangan. Group kitarang kena kritik gila-gila la. Lepas dah habis semua aktiviti tu, kitarang pergi kat batu besar lagi.. Menjerit-jerit dan nyanyi sama-sama. Best sangat masa tu. Hilang semua masalah.

Dekat pantai tu ada satu pokok yang dahan dan daunnya menyujud ke bawah. Memang cantik sangat. Siap ada buaian lagi kat bawah pokok tu. Aku dengan Hasvenda naik la buaian tu (ada 2 buaian) sambil menyanyi-nyanyi. Disebabkan terlampau seronok, malam tu ada budak kena hysteria. Kitarang ke yang patut dipersalahkan..?

22 October 2001
Aku gi lewat ke sekolah sebab hujan lebat sangat. Nasib baik la Pakcik Umar (pakcik yang bawa bas) datang ambil dengan bas. Ari tu aku cuma pakai sandal je (Senior la katakan. Tunjuk otai sikit). Bila aku lalu je tepi Dewan Ibnu Khaldun, tah macam mana aku boleh terjatuh & terduduk. Padahal aku dah control jalan baik punya. Sakit giler kot. Kawan-kawan aku sangat hampeh. Bukan tolong aku tapi tolong gelak ada la. Tak guna betul!

26 October 2001
Hari ni ada Jamuan Koperasi kat Paradise Sandy Bay Hotel. Kitarang lunch kat sini. Macam-macam ada. Pilih je yang mana berkenan. Memang kenyang gila la. Yang menarik perhatian aku semestinya pantai kat situ.

**Left: Nuha, Me, Fatimah, Nazarina & Zulina**



01 November 2001
Hari ni last pergi sekolah. Lepas ni dah SPM. Before aku balik, Maruk panggil aku.

“Kalau aku ada buat salah ke atau apa-apa kat hang, aku minta maaf la” - Maruk
“Tak pe. Aku dah lama maafkan hang. Aku tak kisah pun. Eh.. Aku pun sama” - Aku
“Erm.. Okla” - Maruk

Malamnya ada Jamuan Akhir Tahun Pergerakan Puteri Islam kat kantin sekolah.

05 November 2001
Waa.. Ari ni aku amik SPM. Macam tak percaya je. Tapi aku demam (dah biasa dah. Everytime periksa je, mesti aku demam. Exam fever).

the end...

2 comments:

Anonymous said...

waa reen...nama n gmbar aku ada pada blog reen...hehehe...zaman muda2

*loue me* said...

anonymous:sapa ni?