*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, December 2, 2009

Antara Percaya Atau Tidak

Betul ke kalau kita ambil gambar kucing, kucing tu akan mati after 3 hari kita snap gambar dia? Mula-mula aku dengar, aku terus kata, "Argh!!Mengarut la. Takkan la sebab ambil gambar, kucing tu boleh mati pulak. Tak logik tul"
Tiba-tiba ingatan ku melayang.. Aku teringat kisah kawan aku. Masa tu time raya (tak ingat tahun bila), so kawan aku ni datangla beraya dengan boyfriend dia. Bf dia ni sangatlah sukakan kucing. Dia boleh dok melayan kucing aku yang super mengada-ngada (kucing aku ni pantang jumpa orang, mulalah jadi miang semacam). Bf kawan aku ni dok sembang dengan mama aku. Mama tanyala.. "Betul ke auntie dengar kalau kita ambil gambar kucing, kucing tu akan mati?"
"Tak tahu la betul ke tak. Tapi ada kawan saya tu, dia snap gambar kucing tapi after 3 hari, kucing dia pun mati." - Bf kawan aku
"Maknanya betul la." - My mama
"Entahla.. Ada orang kata maybe kucing tak boleh kena flash. Ada yang kata jugak kalau orang lain ambil gambar, takpe. Jangan tuan tu sendiri yang ambil" - Bf kawan aku
Aku yang duduk kat tepi tu hanya mendengar je la. Lepas kawan aku balik, aku main-main la dengan kucing aku nama Coriang. Cerita sebenar yang boleh bela Coriang ni adalah masa aku mula-mula pindah kat sini, kucing tu datang dok miow miow. Mungkin lapar la kot. Mama/Bapak aku kesian, dorang pun bagila makan. Actually, dorang bukannya suka kucing @ pets pun. Tapi Coriang ni sangatlah manja dan jinak. Tu yang buat mama & bapak sayang kat dia. Dan dia bukan cam kucing-kucing yang lain. Bulunya extra panjang dari kucing biasa. Memang cantikla. Dan dia ni besar (berangka besar). Pelik kan. Masa tu, aku study jauh.. Sekali sekala je balik. Bila aku balik rumah, terkejut jugakla bila tengok ada kucing kat rumah.
"Kucing sapa ni?" - Aku
"Kucing terbiar. Dia datang umah kita. Mama bagila makan. Pastu dia terus duduk kat sini. Lagipun dia baik. Tak berak merata. Jinak pulak tu" - Mama
"Ooo..." - Aku
First time aku tengok Coriang, terus jatuh cinta. Memang aku suka kucing tapi aku suka yang bersih je. Coriang ni memang bersih. Dia selalu jilat bulu dia. Manja sangat. Ada satu hari tu (before aku balik belajar), aku snap gambar dia. Konon-konon nak buat peneman rindu la sebab lepas tu lambat lagi boleh jumpa dia.
After 3 days, mama telefon...
"Kakak... Coriang dah takde. Kena langgar dengan kereta tok lebai. Tok lebai tu nak cepat gi surau nak pi azan Maghrib. Dia tak nampak Coriang yang tengah lalu kat situ. Gelap pulak tu. Tu yang langgar dia." - Mama
Aku memang kelu time tu. Tak terkata apa. Then yang aku tau, aku dah menangis teresak-esak dalam selimut (konon taknak orang tau). Tapi aku tak dapat control nangis, terus tersembur semuanya. Memang sedih sangat. Kalau aku dah sayang sesuatu tu.. Memang susah. Sakit ooo.. Berbulan jugakla aku nak hilang kesedihan. Bila tengok gambar Coriang yang aku snap aritu, mesti mengalir airmata. Masih teringat keletah Coriang yang sangat manja. Coriang ni bijak.. Kalau dia dengar nama dia dipanggil, dari jauh dia berlari datang. Dalam kepala terlintas kata-kata bf kawan aku tu.. Betul ke? Atau maybe takdir.. Tahla.. Lepas tu terus aku delete semua gambar Coriang. Bukannya benci tapi sedih.. Tak mampu nak lihat. Mujurla Coriang tinggalkan 3 ekor anak (Boo, Tamm, Teyh). Tapi yang hidup sekarang ni hanyalah Tamm. Yang lain dah takde (tak boleh nak cerita sebab sedih).
Coriang --> Boo, Tamm, Teyh
Teyh -->Tokio
Tokio-->Brownie, Yumi, Miko (yang ada kat umah yang diwarna merah je. Tokio ni ada banyak anak sebenarnya tapi dia tak pandai jaga anak dia. Banyak mati. Mama kata ibu muda.. So dia tak pandai jaga anak)
Tokio and Yumi-->M.I.A (tak tahu pergi mana.. Mama kata maybe ada orang curi sebab aritu ada kes kecurian arnab kat area rumah ni. Bapak pun cakap dah tak nampak kelibat 2 ekor ni. Haih.. Sapelah yang bangang gi curi haiwan)
Rindu kat kucing-kucing ku semua..


Ni bukan Coriang atau kucing aku tapi ni adalah kucing sepupu aku kat kampung. Cantik kan. Bulu dia lebat macam persian cat tapi tak surelah. Sepupu aku sendiri tak tau dia ni baka datang dari mana.

4 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

alaaa yang pasal ambik gambar tuh memang khurafat laa.. jangan percaya.. ade satu lagi dia cakap kucing ade 7 nyawa..TIPU!! kucing aku mati, xhidup2 pun..

yang ni betul, nanti akhirat kucing takkan dibangkitkan semula.. huhuhu. tu pasal aku xnak dah bela kucing.. sebab aku mesti nangis giler2 pastu asyik gi melawat kubur dia je.. ko ok laa tak nampak dia mati depan mata..

aku nih sampai today terbayang macamana kucing2 aku mati.. termakan racun tikus.. 2 jam menggelepar baru mati.. can u imagine makhluk yang tido atas dada ko tiap2 malam dari kecik sampai tua menggelupur muntah hijau nak mati.. berak2.. mata terbeliak..

ohh shit.. bergenang lak air mata..

Live.Laugh.Love said...

tahla..nak percaya ke tak tapi benda tu betul2 berlaku.hahah..dah sah2 la kalau mati xhidup balik.senget la ko.

o really?baru ku tahu.

dats y la..ku xpnh tgk kucing aku mati depan mata.tamo pun.kalau x..meraung melolong la aku.

tapi aku pnh tgk hamster aku mati dpn mata.mati atas pangkuan aku lagi(sadis nya)

Lilianna Mardiana said...

kdg2 tu kebetulan jek, mcm I dulu, suka sgt amek gambar arnab I, last2 sebulan camtu dah mati, tp kebetulan je tu, org tua2 kan suka tipu bdak2 hahaha, ape kes daa.


btw, cute sgt your blog! :)
ni my 1st visit, lepas ni I memang menyibuk la menginggah sini, heheh. :)

Live.Laugh.Love said...

huhu..tu la.kasihan.dh jadi tipah tertipu dh neyh.tp kdg2 betul je ape yg org tua kata.
ahaks..thanks.n i like ur blog too.sgt best.menepati jiwa remaja(remaja lagi ke i ni)