*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, December 1, 2009

Ikut Tema

Ari tu aku gi kenduri kahwin kat Pandamaran Jaya, Klang. Konvoi 3 biji kereta ke sana. Ada Busu's fam, Mak Teh fam's, Makchek's fam, Achik's fam and our fam. Ketua konvoi adalah Busu sebab dia je yang macam familiar dengan jalan-jalan kat sini. Tapi pusing punya pusing, tak sampai-sampai jugak. Dah sesat rupanya. Susah betul nak cari rumah orang ni. Abang aku pun menggunakan khidmat GPS dia tapi still tak jumpa jugak. Adik aku pulak dok call kawan dia yang duduk di Pandamaran Jaya but still failed jugak. Last-last Busu call anak kepada yang buat kenduri kawen tu.. So dia yang datang and tunjuk jalan ke rumah dia. Serious.. susah giler kot nak cari rumah orang ni. Bersimpang siur. Kalau la anak dia ni tak datang, confirm kitarang tawaf 7 kali (tu pun belum tentu boleh sampai).

Sampai je sana, aku terus gi kat meja makanan (buruk kan perangai.Hahaha). Lapar giler kot. So I had 2 pinggan nasi minyak. Mula-mula ada orang jaga meja makanan tu. Dia cuma letak 2 senduk (haih.. dekut tul). Punahla harapan aku nak letak nasi banyak-banyak. Tapi masa tengah makan, Busu aku gi ambil satu lagi pinggan nasi. Yes!! Boleh aku menambah. Tu yang jadi 2 pinggan tu. Dah kenyang melantak, barulah aku perhatikan khemah kenduri kawen ni..

"Eh eh! Warna khemah ni sama la dengan baju ko. Ko memang dah tau ke tema orang ni" - Aku
"Aaa la.. Sama" - Adik aku
"Bak handphone. Nak amek gambar. Leh letak dalam blog ni" - Aku

So hasilnya adalah ...


gambar tiada motif
senyum gembira sebab dapat bedal 2 pinggan
Sama kan.. hijau pink. cam tau tau je adik aku neyh

6 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

comel!! engkau laa, bukan adik ko.. tapi henfon buruk.. hahahahahahaha

Live.Laugh.Love said...

adik aku dah selekeh.xsuka style rambut dia skang..i repeat..burukkkkkkk!!!! (harap dia membaca.hahah)hp tu tunggu la..

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

a'ahh.. bob nampak buruk.. macam selekeh n busuk.. Bob, kak mulan rasa bob lagi elok rambbut terpacak ahh.. buruk ahh style tuh.. macam org baru bangun tido n tak mandi seminggu..

Live.Laugh.Love said...

dia dok perasan macam hero korea.tu yg sibuk dok wat rambut cam tu.xmacam hero korea pun.cam sakai boy.hahahah(mari kita gelak sama-sama)

KuaLaM KeinDahaN said...

wahh! kutuk xmengagak! ceith! haa! mate sepet ni lah menjd kegilaan org ramai tau! haaha~ ;D
ni fashion unik.. dahlah muke mcm korea.. wahh! banggenyer! ;D
nantilah... slow2... rambut xleh terus wat pelik2.. nanti terkejut.. xjadik plak... huhu~

Live.Laugh.Love said...

perasan la ko.nk mun aku.unik ko kata.buruk kan kura kan.xseswai