Arini tibe-tibe rasa cam tak sihat. Rasa cam nak demam pun ada. Nak kata kena hujan.. Mm adalah sikit-sikit. Satu harini, aku just mengadap lappy je la. Nak menjahit.. Cam malas la pulak sebab dekat 1 week aku dok mengadap manik-manik yang halus (mata pun dah naik juling tengok manik-manik yang kecik dan halus tu) and belum kira berapa kali aku tercucuk jarum lagi (sakit taw.. cam kena gigit dengan semut.hehe). So aku nak rehat dulu before aku menjahit semula (mama aku dah bagi 1 pasang baju lagi untuk dijahit).
Tinggal berapa hari je lagi sebelum aku pergi praktikal. Tiba-tiba aku rasa nervous.. Tak taw kenapa. Nak kata aku tak pernah praktikal before this.. Pernah. Masa aku buat Sijil dulu. Tapi aku rasa environment dulu dengan sekarang lain. Nak tau apa yang lain.. haa.. mai cheq nak habaq
Dulu
Aku praktikal dekat syarikat kontraktor di Segamat, Johor (Before aku duduk kat Selangor, aku pernah tinggal kat Segamat for 2+ years). Aku praktikal ni pun, mama yang carikan sebab aku tak sempat nak balik Segamat untuk cari tempat praktikal (ye la.. time tu aku study kat Kota Bharu. Jauh maa). Kebetulan rumah yang kitarang sewa kat Segamat tu adalah rumah kontraktor. So mama aku pun saja la tanya kalau-kalau dia ada ambil budak praktikal. And memang dia ambil pun. Memang lega la jugak sebab aku praktikal kat company yang orangnya aku kenal. Plus.. company tu super dekat giler dengan rumah aku. Aku cuma perlu berjalan kaki yang tak sampai seminit pun. Memang dekat sangat-sangat. Tapi masa aku praktikal kat company ni.. Aku duduk kat office. Jarang sangat aku gi site. Kalau pergi pun time ada site meeting.. Takpun dorang nak tengok progress kerja and nak check stock barang. Kat office aku cuma lepak dengan Quantity Surveyor (QS) and kerani. Aku cuma taw wat report, lipat pelan, bergosip, angkat tepon, main game kat computer, fotostat etc. So aku tak pernah exposed tentang kerja-kerja kat site la.
Sekarang
Aku bakal praktikal pada 4 Jan 2010 ni and aku dah dapat tempat praktikal. Mula-mula ingatkan tak dapatla sebab kawan-kawan aku yang lain ramai dah dapat tempat for practical tapi aku tak dapat-dapat (mana nak dapat.. Anta kat syarikat yang besar/kontraktor kelas A je. Perasan cam ada company nak ambil praktikal). Sampailah satu hari aku dapat call from MH cakap aku dapat praktikal kat situ. Memang happyla sangat. Risau dowh kalau tak dapat tempat. MH pulak adalah antara syarikat yang gah.. So aku cam happy gilak la wei. But still aku harapkan dari company lain yang mana lagi dekat dari rumah aku. Kalau boleh taknak lah jauh-jauh sebab memikirkan transport, kewangan etc. Tapi cuma MH je yang respons. So aku pun accept la yang tu. Bersyukur sangat sebab aku tak payah nak fikir-fikir lagi tentang tempat praktikal. Cumanya.. Kali ni aku di tempatkan di SITE. Aduiii! Aku tak tau camne jela hidup+kerja kat site. Dah sah-sah ramai lelaki je kan (memang course yang aku amik ni pun majoritinye memang guys pun. So redha je la cik kak oi). Lecturer aku siap nasihatkan aku and kawan-kawan lagi.
1)Nanti kat site tu.. hati-hatilah. Orang kat sana ganas (ganas dari segi percakapan & perbuatan)
2)Kalau nak jalan-jalan kat site, jangan gi sorang-sorang. Make sure ada orang teman
3)Goodluck la!
Wah..Bagus tul lecturer aku tu. Siap bagi tips & pedoman lagi. Lagipun before dia jadi lecturer, dia pernah jadi Project Manager. Sebab tu dia memahami keadaan di site macam mana.
So now ni aku cuma boleh berharap agar:
1)Supervisor aku OK.
2)Mat bangla, indon, nepal, myanmar dan seangkatan dengannya tidak menggangguku (masa aku praktikal dulu, even pergi jengah ke site sekejap je.. dorang semua ni dah sibuk-sibuk phewiit-phewiit.. Almaklumla.. Jarang jumpa perempuan. Hee...Seram~)
3)Rakan praktikal/sekerja/staff semua sekepala/kamceng
4)Aku dapat habiskan praktikal dengan jayanya dan meninggalkan kenangan yang indah
p/s: Tak sihat.. Tak sihat.. tapi tulis entry kemain nye panjang gak (tiba-tiba je idea datang)
2 comments:
hahaha matik laa kamu selepas ini.. menjadi itam.. pekat.. berkilat.. sape suh ambik engineering?
hahaha xpe.. pengalaman tuh.. rasa cuak tuh biasa ahh.. ok ahh tuh dapat kat MH.. jaga site lak tuh.. at least ko leh praktis ape yang ko belajar..
tu r..just hope for da best.n wish me luck too.smoga aku dpt hadapi semuanya dgn baik
Post a Comment