*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, December 24, 2009

Takmo Kena Bedah Doc!

Ari ni aku ada appointment dengan doktor kat Hospital Serdang. Sepanjang malam aku tak boleh tidur sebab risau nak gi jumpa doktor (aku ni penakut kalau bab-bab jumpa doktor. Paling takut jumpa doktor gigi.. Sebab tu gigi aku tak cantik. hahaha<--- gelak kat diri sendiri). Arini kire 3rd time aku jumpa doktor tu.

Actually aku ada masalah dengan hidung aku. Nose blocked. Dalam hidung aku dah ada ketulan daging yang besar. Tu sebab aku susah nak bernafas. Aku kena bernafas ikut mulut.

Simptom-simptomnye..

Mula-mula aku perasan yang aku asyikla bersin. Bila bangun pagi je mesti bersin. Aku ingat normal la sebab dari kecik lagi aku macam tu. And adik beradik aku pun sama and kawan aku pun ada macam tu jugak. So normal la kan.. Maybe allergic dengan habuk ke ape ke..

So.. Ada satu hari tu, aku takde keje.. Aku gi suluh hidung aku dengan torchlight and aku nampak this weird lil thing dalam hidung aku. Aku cam.. Pelik giler ar. Then aku start fikir pelik-pelik. Amenda la dalam hidung aku tu. Ketumbuhan ke?

Ada sekali tu, aku start selsema yang amat lama. Bila dah selsema, susah la nak bernafas. Pastu bila malam memang terus tak boleh bernafas ikut hidung. Kena bernafas ikut mulut. Still aku fikir benda tu normal sebab nama pun selsema.. Mestilah susah nak bernafas. 

Sampailah satu hari tu aku baca this one article kat newspaper cerita tentang SINUS. Then aku tengok gambar-gambar dalam hidung. Gosh! Sebijik macam dalam hidung aku kot. Time tu memang cuak habis ar. And aku baca lagi.. Untuk buang ketulan tu haruslah dibedah. Eeee~ membayangkan pembedahan je dah cukup buat aku rasa takut yang amat eh. So aku diamkan jela perkara tu. Aku tak berani lagi nak bagitaw parents aku. Aku cuma bagitaw adik aku tapi tak diendahkan.. Then aku bagitaw boyfriend aku. Of course la dia suruh gi klinik. Aku citer kat kawan aku.. And dorang pun mestila suruh aku gi klinik gak.. tapi aku takut yang amat!!!! (tolonglah faham)

Bila aku rasa aku dah tak mampu nak tahan lagi.. Aku pun bagitaw la kat bapak aku. Kena marah la mula-mula sebab tak bagitaw awal-awal. Free-freela aku kena tadah telinga dengar bebelan mama and bapak aku. Terus bapak aku bawa aku gi klinik. Mula-mula doktor kata selsema biasa tapi bila aku bagitaw yang cam ada ketulan kat dalam hidung tu. Barula terhegeh-hegeh nak check. Terus dia ambil kertas and wat surat referal letter ke Hospital Serdang. Walaupun aku tak berapa paham tulisan doc tapi ada beberapa perkataan yang aku faham.. Doc tu tulis yang hidung aku ni dah kritikal. Giler ar.. Time tu memang serious aku dah kecut giler. Bapak aku bawak aku gi Hospital Serdang.. Tapi biasalah.. Deal dengan government ni memang lembab la kan. Tunggu nak mampus dulu baru nak panggil. Kira aku pergi aritu just untuk set date untuk jumpa doc tu.

First session.. Doc tu tanya beberapa soalan.. Pasal keturunan aku ada asma ke tak. Ada allergic ke tak. Lepas tu dia check dalam hidung aku.. 

"Dah berapa lama dah jadi benda ni.. Setahun.. 2tahun?" - Doc
"Entahla.. Setahun kot" - Aku
"Jom kita gi bilik satu lagi untuk tengok dalam hidung adik" - Doc

Daripada mula-mula dia check guna alat apa tah.. Terus dia suruh aku gi bilik yang lain (dalam kepala aku.. Habis ar.. Nak bedah terus ke ni?)

Kat dalam bilik tu, (aku nampak ada katil-katil pesakit.. alat yang pelik-pelik.. dalam hati lagi cuak gile la beb) kitarang pergi kat satu kerusi and kat situ ada monitor. Dia pun masukkan satu alat ke dalam hidung aku. Mula-mula rasa cam nak terbersin kot (dahla mukus banyak dalam hidung.. Kang tak pasal-pasal tersembur semua baru taw) tapi bila dia tolak benda alah tu ke dalam.. Mak aiii.. Sakit la doc! Aku siap kua air mata lagi. Dia pun tunjukla keadaan dalam hidung aku. Kali ni memang nampak jelas sangat. Bapak aku pun terkejut tengok (mujur tak pengsan. heheh)

"Ini bukan setahun punya ni. Ni dah bertahun-tahun dah ni" - Doc
"Takpela.. Kita bagi ubat dulu. Tengok macam mana. Nanti after 3 months datang balik untuk buat check up" - Doc

(Dalam hati) Yahoooo! Tak yah bedah lagi. Ngeh ngeh ngeh..

Then kitarang masuk balik bilik dia. Dia pun cerita tentang sinus. Dia cakap aku punya kes ni adalah alahan. Belum peringkat sinus lagi. Sinus ni bahaya. Bila cecair tak keluar, ianya akan tersekat kat dalam hidung and seterusnya akan bergerak ke sekitar muka. Tu yang boleh buat hidung meropong/hilang. (aku tak taw nak terangkan macam mana.. Tapi lebih kurang macam tu la.. Senang, google sendiri)

So after 3 months, aku datang balik untuk check up and surprisingly, ketulan tu dah mengecut sedikit.. I repeat.. Sedikit. Then doc bagi aku pilihan sama ada nak teruskan pakai ubat or bedah je. Mestilah aku nak guna ubat je. Sapa mau bedah dowh! Next check up.. 4 months pulak which is hari ni..

Hari ni jumpa doc.. Dia tanya macam mana.. Still ada nose blocked lagi ke? And dia tengok-tengok hidung aku. Ketulan tu still ada tapi aku dah tak pernah rasa hidung tersumbat lagi since aku amik ubat tu. So.. Again.. Dia tanya aku sama ada nak bedah or not. Or just ambil ubat..

"Are you happy with your breathing?" - Doc
"Yeah" - Aku
"Tak rasa hidung tersumbat lagi" -Doc
"Tak dah" - Aku
"So if like that I rasa tak payah bedah la. Guna je ubat tu dulu. But afterall, it's up to you whether you nak bedah or nak ambil ubat je but I suggest better ambil ubat je" - Doc
"Ambil ubat je la" - Aku

So dia bekalkan aku ubat for 2 months. Lagi 2 months kena datang ambil lagi.. and 4 months from now which is 28 April 2010 aku kena datang untuk buat check up again.

Nila ubat yang doc bagi

Haih.. Selamat~

p/s: Kalau rasa tersumbat ke ape hidung tu cepat-cepatla jumpa doc. Jangan ingat benda tu normal ke apa. Sebelum melarat.. lebih baik check. Mencegah lebih baik daripada merawat (cewah.. wat iklan jap)

6 comments:

luvira said...

hehehe..relax sudah..kalau dr pakse ko bedah gak, ko cakap gak ko nak try gak ubat...macam aku..dah 4 dr kata bedah..same story with u..tapi aku degil..nak ubat gak, sebab aku takut..sebab tuh sampai skang aku selalu g check up kat hosp selayang...


errmmm..agaknya kite nih kurus kering sebab tuh kot...

hahahhaha...

Live.Laugh.Love said...

doc ni bgs..dia xpaksa pun.dia slalu ckp it's up to me

eh xsangka ko pn sama cm aku gk..sian kita neyh kn..huhu

jinhoo sunbae said...

potong je hidung u tuh.. baru comel~

Live.Laugh.Love said...

jinhoo:sanggup ke u tgk i tak berhidung.sampai ati u

jinhoo sunbae said...

hehehe.. comel la xde hidung.. cute.. ngeh3!!

Live.Laugh.Love said...

eleh..now blh la cakap comel.jd betul2,silap hb bln pandang pn tamo