*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, January 4, 2010

1st Day Practical

Aku bangun pukul 6.30 pagi. Padahal aku dah set jam pukul 6.10am tapi aku dok snooze 5minit, 10minit.. Sampaila pukul 6.30. Liat betul nak bangun (almaklumla jarang bangun pagi). Selalu lepas Subuh terus tidur tapi ni dah tak boleh tidur dah. Kena siap-siap untuk gi praktikal lak.

Bapak & mama yang anta aku. Kitarang gerak dari rumah kul 7.30 pagi. Haih.. Jalan jammed giler sebab ari ni first day buka sekolah. Aku cuak gakla. Taknak la sampai lambat. Mujurla kul 8.30am aku sampai kat BTS. Laju-laju aku jalan, masuk ke site. Then aku gi la ke site office yang aku survey semalam. Mat indon & bangla yang lalu kat situ nak gi wat keje, dok kacau-kacau aku tapi aku wat tak taw je la. Dalam hati takut dowh~

Sampai je sana, ada la beberapa muka orang Malaysia. Tapi nak tegur takut. So, aku just tunggu kat luar je la sebab takkan nak main redah masuk office orang camtu je kan. Tunggu punya tunggu.. Aku dok belek jam. Oh.. Belum kul 9 lagi. So aku lepak luar jela. Then datang sorang brader bersafety helmet warna merah (safety officer selalunya), tanya aku nak jumpa sapa. Aku cakap En G.

"Oh..office dia bukan kat sini. Office dia kat hujung sana tu" - En Helmet Merah (sambil tunjuk jari menghala ke destinasi)

Aku cam.. Hahhh! Salah office ke? Rupanya tu office untuk sub con. Gosh! Ni dah nak dekat kul 9 dah ni. Hish! Time ni memang aku cuak tahap gaban nye. Giler ko! Aku penat-penat datang survey semalam, sekali salah office daaa~

Then En Helmet Merah offer aku, "Awak nak jalan kaki jauh ni. Mau berpeluh dulu. Orang anta la. Sian kat awak nanti".

Aku bajet En Helmet Merah tu la yang akan anta aku naik kete ke.. Tapi tiba-tiba En Helmet Merah...

"Eh! Ko gi anta dia ni gi office satu lagi. Bawa dia jumpa En G" - Kata En Helmet Merah kepada bangla sambil bagi kunci.. I repeat.. BANGLA!!!!!!!!! (Giler ape???  Aku nak gi dengan Bangla? Naik ape wei? Bangla ni taw lak bawa kete? Hebat! Ishh.. Tapi cam tak mungkin la pulak. Naik motor ke? Oh tidak!!!!!!!!!!)

Then bangla ni pun bawa la aku gi belakang site office. Kat situ ada kereta.. Motor.. Aku dah berdebar.. Aku dok tengok.. Dia ni nak pergi kat mana satu. Kereta.. Motor.. Kereta.. Sekali memang betul la tekaan aku. Naik motor okay! (Aku memang jarang giler naik motor dengan lelaki. Boleh kira dengan jari dowh. Tapi kali ni aku naik motor dengan LELAKI BANGLA. Sila FAHAM. Sialan). Tapi aku terpaksala be profesional. Taknak di kata lembik ke apa.. Before naik motor tu, aku letak bag aku kat tengah-tengah seat and aku duduk rapat giler kat belakang and aku just pegang besi yang kat belakang motor tu. Mujurla bangla ni tak bau busuk lagi (sebab pagi lagi kan. Belum kua peluh kari dal dia lagi). Wahh.. Apakah petanda ini? Pagi-pagi lagi dah ada kejadian malang menimpa.

Mula-mula salah site office.. Then terpaksa naik motor dengan Bangla...

bersambung...

p/s: aku dah ngantok. nak tido dulu. esok sambung (kalau larat)

13 comments:

Lilianna Mardiana said...

ya ampun!!!!
hahaha, kalau i yg memang sah2 jenis penakut tahan ayam ni, takdelah i naik dgn bangla tu, dgn abg helmet merah tu pun i xnaik, sbbnye i sgt2 takut la... :D

anyway babe, cepat2 update, huh, sungguh excited cerita u ni, menggelegak adrenaline i ni, ok, lebih2 pulak. :P

KuraKura said...

hahahha kan betul aku cakap.. bye2 bang rafix, hello bang bangla.. hari pertama ko dah jadi minah rempit dah.. pasni bile berjemur, mesti kulit ko pun dah satu group ngan diorang

KuraKura said...
This comment has been removed by the author.
U.Y.A said...

alaa....rumantik yer dia....haha

dut said...

kahkahkah cooolll!

*loue me* said...

liliana:hahaha..terpaksa kot.kalau x..memang xnak naik jugak.dah desperate sgt2.nnt2 i update lg.tunggu~ ;)

*loue me* said...

kura:tak baek taw.aku syg kt bf aku.bangla tu xleh nk menandingi bf aku.hehehe.ari pertama dan seterusnya mmg aku dok merempit kt dlm site.tp jd p'bonceng jela.xberani aku nk bawa(walau ada lesen)

*loue me* said...

suria:oo perli eh!cheese!neway, how's ur 1st day practical?ok x?ada pengalaman menarik macam reen x?hehehe

jinhoo sunbae said...

minah bangla!!!!

*loue me* said...

dut:cool giler la..xblh blah eh

*loue me* said...

jinhoo:ceit!tidak sama sekali okayh.i kulit putih.bangla gelap.or u yang.. mr B a.k.a bangla.hahaha

U.Y.A said...

hahhaa....1st day dh wat keja typing jer..ngeh2...kelakar2...just nk tgok tahap penguasaan word jer...cess

*loue me* said...

suria:hehehe..biasa r tu.nk tgk UMP ni menghasilkan typer yg power atau x..aku dh baca kt blog ko..kasihan..tp ok ar..dh gi jln2 smpi ke pahang dh ko.orait la tu