*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, January 5, 2010

Cont.. 1st Day Practical

Bila sampai je site office MH, tak ramai lagi yang datang. Nasib baik. Aku pun masukla dalam. Ada sorang kakak ni, dia tanya aku nak jumpa sapa..

"Encik G ada?" - Aku
"Kenapa eh?" - Kakak
"Saya trainee baru" - Aku
"Oh.. Duduk dulu la. En G belum datang lagi" - Kakak

Aku pun duduk la kat kerusi yang ada kat depan tu. Bila Encik G dah datang, dia tanya aku ni sapa and aku cakap la yang aku trainee baru. Dia pun just wat sign guna jari suruh aku masuk bilik dia. Aku dengan handbag 2 bijik (satu handbag letak barang.. satu lagi handbag letak bekal makanan) dengan payung sebatang, masukla ke bilik Encik G/Mr G a.k.a Project Manager (dah ala-ala makcik nak meniaga Avon dah neyh)

"Laa.. Yang ko bawa dengan handbag.. payung ko tu buat apa? Aku just nak tengok surat U ko je" - Mr G

Aiyoo.. Garang ke Encik G ni? (Encik G stands for Encik Garang ke?.. Hmm..). Aku dah cuak tapi wat muka se'cool' yang mungkin. Aku senyum je la. Aku pun bagi la surat yang dia minta tu. So ada la briefing sikit.. Before aku nak kua, sempat lagi dia tegur beg aku yang warna super duper meriah okay

"Wah bag! Ada kuning.. Ada pink. Payung pun pinkkk?!" - Encik G

Meriah tak beg aku. Yang kuning letak barang. Yang pink letak bekal makanan

Payung pink ku

Aku senyum lagi. Trainee baru la katakan.. Takkan nak tunjuk belang kot. Jadinye kena la berlagak sopan ayu lagi gemalai. (Hipo tul)~

Bila aku keluar je dari bilik Mr G, dah ramai orang kat luar. Aku nampakla beberapa muka yang muda. Aku pun gi la kat dorang. Mr G ada cakap tadi yang trainees ada ramai. 6 orang termasuk aku. So aku rasa dorang ni semua trainees la kot.

"Praktikal ke?" - CT
"Aah.." - Aku (muka malu-malu)
"Praktikal gak ke?" - Aku lagi.. (wah.. berani. Mau nya silap buat malu je)
"Aah.. Kitarang pun praktikal gak" - CT & Cah

Nasib baik betul. So bermula la sesi kenal mengenal. Mujurla dorang semua friendly. Cakap banyak giler. Secara tak langsung aku pun jadi minah separa kepoh la kejap.. Tapi maintain hipo lagi k. Slow-slow kata orang.

Tengah hari semua trainees turun site kat jalan besar. Kena panjat cerun yang agak tinggi gakla sebab kereta tak boleh nak parking kat atas. Kena parking kat bawah. Aku jadi spiderwoman la kejap. Nyaris-nyaris nak tergolek dah. Mujur tak. Kalau tak, confirm cipta satu lagi pengalaman yang menarik ye. Masa kat site kitarang tengokla PDA (Pile Driving Analysis) test. Alat ni digunakan untuk test span pile yang dorang guna untuk wat flyover.

Lepas dah habis tengok test tu.. Kitarang ke satu tempat untuk menyejukkan anak tekak. Nak taw ape.. Kitarang mengular ke Tesco berdekatan. Hahaha.. Sempat lagi (Dahla ni 1st day aku.. Trainee baru lak tu. Dah diajar benda bukan-bukan). Sekali masa nak gi lepak kat kedai mamak kat Tesco tu, nampak la our sub supervisor, Encik K dengan 2 orang lagi. Rupanya dorang pun mengular gak. Ish ish ish.. Camne la anak buah tak ikut jejak. Bapak buah pun sama gak. Kitarang tunggu je kat tepi sebab taknak kantoi. Lepas dorang dah blah, baru kitarang gi minum. Aku bedal roti canai+tea o ice. Then baru balik office.

Tesco: Tempat pertama aku mengular

Petang tu aku dibawa tawaf oleh my sub SV, Encik K. Dia kenalkan sorang-sorang staff kat situ. Semua ingat aku ni Chinese. Encik G pun ingat aku Chinese. Bila dengar aku cakap Melayu dengan fasih, dorang dah confused. Then aku bagitaw la yang aku ni Melayu..

"Laa..Ingatkan Cina. Melayu rupanya. Ada mixed ke?" - Staff MH
"Aah.." - Aku
"Patutla" - Staff MH

Dekat kul 4petang, Sepul suruh aku tolong dia wat keje. Memang glad sangatla sebab dari aku dok melangut tak wat keje.. Baik aku tolong dia. At least boleh belajar. Masa dok wat keje asyikla kena kacau. Almaklumla trainee baru. Suka la dorang nak menyakat. Memang malas nak layanla kan. Aku asyik senyum je bila dorang kacau.

Ada sekali tu, aku tengah sibuk dok kira pintu+tingkap berdasarkan pelan.. Handphone aku letak kat atas pelan. Tiba-tiba En G datang.. Amik hp aku

"Handphone sapa ni?Ko ke?" - Encik G (sambil pegang hp tunjuk ke arah aku)

Adoyai! Dalam hati dah cuak dah ni. Tapi nak wat camne.. Aku angguk je la. Takkan nak rampas dari dia lak kan. Superla kurang ajar giler. Janganla dia unlock. Aku pun buat-buat sambung kerja. Kepala otak dok pikir.. "Habisla dia bukak hp aku.. Mesti dia tengok gambar ke apa ke"

"Boyfriend ko ke ni?" - Encik G

Hiyakkk!! >dush< Aku dah agak dah.. Memang confirm dia bukaknya.. Lama dia dok belek.. Arghhh! Tak ku sangka En G ni busy bee.. Aku buat dunno je la.. Before aku nak balik, dia datang lepak sebelah aku.. Sibuk dok interview pasal boyfriend aku. Aku dengan selamba.. Jawab la apa yang patut. Watpe nak sorok-sorok kan.. So pasni leh la aku tampal kat dahi, "I'm Taken! Please Step Back"

Oh ya.. guys kat sini kuat giler hisap rokok. Lepas sebatang, sebatang. Aku rasa macam kabus waktu pagi-pagi je. Cuma udara ni tidak sihat ye. Aku yang tak hisap ni pun.. Rasa cam paru-paru aku dah hitam dah. Oh tolongla..

12 comments:

rozainahibrahim said...

En G tu leh tahan gak,, hahahha, busy body n bossy. naseb la reen,,, jaga2,, hehehe
pasni, wt poster besar2 n gantung kt leher, "Im TAKEN!"
ehhe, gud luck dear

Live.Laugh.Love said...

taw xpe..muka nmpk cm garang je.pasni aku nk jadi gadis misteri la..nyorok bawah meja.bia dia cari xjumpa.xpn gi dating dgn bangla kt site..hahaha
aah..ingat nk buat la pasni.senang ckit.hehehe.
neway,gudluck jugak taw

::FAIZ FARISH:: said...

Apa kata ko bajet ngorat En G tu, manatau dia kasik ko hadiah....

LanaBusyBee said...

reen, apa nama opis tu ek? ko letak komen lam blog aku k hehehe

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

muahahaha.. alaaa biasa ahh tuh.. orang keje kat site sume spesis buat2 garang.. gatal tuh memang pasti.. hehehe banyak bulan lagi.. so akan ade banyak pengalaman lagi..

Live.Laugh.Love said...

faiz:hee~tamo aku.dhla sibuk tanya aku bile nk kawen..siap kasi ceramah lagi..suh kawen awal.

Live.Laugh.Love said...

kura:oh tidak..skrg aku dh rasa cm 3bulan (padahal br 3 hari)..tiap2 hari kena kaco.

Live.Laugh.Love said...

lana:dah..

jinhoo sunbae said...

abis la u~

Live.Laugh.Love said...

xpe..i kn kuat.i akan lawan anasir2 jahat tu

kotak hati said...

wahh,first day yang hap-pening.hehhee.

Live.Laugh.Love said...

kotak hati:taw xpe..hap-pening GILER.akan adakah lagi hari sebegini (except tamo naik motor dgn mat bangla dah.pk balik..seram kot)