*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, February 5, 2010

Tak Best!

Dah dua hari aku pergi praktikal sendiri (drive sendiri la).. Tak best tul. Letih kot.
Apa tak nya. Kena berhadapan dengan jammed yang cam takde kesudahan. Pastu penat kaki aku nak kena tekan brek.. Tekan minyak (takde tukar gear ke?FYI, aku hanya taw bawa kete auto je. Senang. Tak payah nak main-main gear ke ape. Dah lama giler aku tak pernah bawa kete manual and aku tak berminat nak amik taw pun).

So semalam, ari ni and mungkin esok, aku kene gi sendiri sebab bapak malas nak hantar. Oh tidak! Dulu-dulu aku agak excited la nak bawa kete gi praktikal.. Segan kot bila orang asyik cakap aku ni anak manja. Gi praktikal pun kene berhantar and berjemput. Tapi bila dah drive sendiri.. Terasa ketidak best-an nye.

Apa tak nye. Kalau bapak aku yang anta pagi-pagi, aku yang duduk kat belakang ni siap boleh terlelap lagi (tidur-tidur ayam je eh). But now, nak kene berjegil bijik mata kalau tak mau cium bontot kete orang lain. 
Bila aku duk kat belakang, boleh dok main-main handphone (tak habis explore lagi my Herbee).

So sangatlah tak best bawa kete ni. Rasa nak duduk kat bahagian penumpang je..
Haih~
Oh Bapak! Sila lah anta anak anda ini ke tempat praktikal.. Please!!

Ni masa 28 Jan 2010
Mata pun sepet lagi sebab belum mengembang sepenuhnya

No comments: