*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, March 10, 2010

Aku Di Padang Pasir

Hari ni letih sangat-sangat. Seharian aku berada di lab.
Mula-mula.. Pukul 10 pagi, kitarang ke site sebab nak kena amik sample premix.
Then terus gerak ke lab di Kajang. Aku ingatkan kejap je la nak test sample kat lab ni. Memang tak bajet la amik masa sampai satu hari. Rupanya sampai ke petang jugakla...
 Takpe. Pengalaman ;)
So bila sampai je kat lab tu (tak serupa lab aku tengok. Macam kat dalam cabin je)
Dorang dah start wat Marshall test sebanyak 3 samples. Teringat masa zaman belajar dulu. Di sebabkan Marshall test ni la, kitarang kena pergi lab hampir.. Aku tak ingat sangat berapa kali.. tapi banyak kali gakla. Mujur time aku wat lab ni, bukan bulan puasa. Sapa yang kena bulan puasa memang masak ar.

Marshall test ni mula-mula kena sediakan sampel. Pastu ada sesi menggoreng batu (goreng batu k. bukan goreng ikan ke ayam..). Dah goreng batu tu baru leh campur dengan bitumen (kan kat jalan raya kita tengok warna hitam kan.. itu adalah bitumen ye). Bila dah siap semua tu, baru lah boleh test.

Hadoii! Dahla panas kat sini.. Aku rasa macam duduk kat padang pasir pulak. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, confirm korang akan setuju dengan apa yang aku cakap.

Masa mula-mula sampai kat lab
Rupanya lab ni dekat tempat quarry
Mode: Ecxited

Mode: Panas weh
Nampak tak kat belakang tu
Itu la quarry dust nama nya dan ada aggregates

Sempat lagi posing walaupun matahari betul-betul atas kepala

Ni yang aku cakap kena goreng batu tu. Tengok.. Siap ada kuali dengan senduk lagi

Lab macam kat dalam cabin
Caption: Aku dah hitam macam bitumen a.k.a hitam legam

p/s: hari yang memenatkan tapi seronok

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Padang Pasir la sangat....

Live.Laugh.Love said...

betul apa..cuba ko tgk belakang aku tu.tak ke byk pasir ;P