*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, April 22, 2010

Get Lost You, -ve Energy

Lately ni aku dah drive sendiri gi praktikal. Sejak aku bawa keta ni boleh dikatakan setiap hari la aku dok menyumpah seranah (dalam hati je la tapi kadang-kadang terkeluar gak perkataan-perkataan yang tak sepatutnya). 

Apa tidaknya.. Bila dah drive sendiri macam-macam kerenah korang leh jumpa masa kat atas jalanraya. 

Ada yang nak masuk lane kanan/kiri tapi tak bagi signal. Main redah suka hati dia je. Dia pikir tu jalan, dia yang punya. Banyak cantik! 

Ada tu pulak bawa kereta kemain punya romantik. Macam bercinta pun ada. Tapi yang tak boleh blahnya, nak duduk lane kanan. Kalau dah taw bawa slow macam siput, tak reti-reti nak duduk lane kiri ke. Hish!Tak faham aku..

Tapi tadi pagi lagi la aku bengkek. Ada sorang pakcik ni. Dia bawa motor tapi duduk kat tengah-tengah lane. Mana tak bengangnye aku. Dah la bawa slow nak mampus. Langgar kang marah. Jadinya, bila aku dapat chance je potong dia, laju aku tekan minyak. Biar dia makan asap kereta mama aku (belum jadi kereta aku lagi.. so kereta mama la). Mulanya aku dah berniat nak ambik gambar pakcik tu. Dah siap kua kan hp dah tapi bila aku tengok line dah clear untuk potong, memang terus pecut la. So tak sempat la aku nak snap gambar pakcik tak berhemah tu. Kiranya pakcik tadi terselamat la dari menjadi 'model' kat blog aku neyh. (Jangan main-main dengan aku. Kang tak pasal-pasal ada entry pasal ko pakcik).

And ada lagi.. Penunggang motor gak (tak taw la apa masalah dorang ni).. Dia nak tukar lane, suka tak tengok belakang/side mirror. Bila dah pusingkan tayar nak tukar lane, baru nak pandang belakang. Aiyoo! Pakcik! Dah terlambat la macam tu. Patutnya ko usha dulu kat side mirror kau tu.. Then baru la masuk lane lain. Ini dengan signal tak bagi, tiba-tiba je nak tukar lane. Mujur aku sempat break. Kalau tak, memang tertonggeng la ko kat situ.

Tapi bila fikir-fikir balik.. Eee~sangatlah tak elok k. -ve energy.. Syuhh! Syuh!. Tak suka taw -ve energy ni. Tak baek untuk kesihatan. Tapi apa je cara untuk elakkan semua tu bila mana pemandu-pemandu kat Malaysia ni bawa kereta tak berhemah? Renung-renungkan~

Credit: Mr Google

p/s: pssstt.. macam la aku berhemah sangat ;p

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Pandu cermat Jiwa Selamat

*loue me* said...

faiz:ko pun sama.pandu cermat jiwa selamat