*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, April 10, 2010

Patutkah Aku Tukar Course?

Bila berjalan-jalan di blog orang, best sangat bila baca entry pasal apa yang dorang tengah fikirkan.. Or maybe tips-tips yang berguna atau mungkin juga pengalaman hidup yang menarik..

Tapi aku tak cukup masa nak buat semua tu di sebabkan kesibukan berpraktikal (tak boleh nak cakap berkerja lagi sebab aku masih praktikal). Seriously, kadang-kadang bila ada sesuatu yang terlintas di fikiran dan rasa cam menarik untuk dikongsi, mesti time tu aku cam busy and takde masa nak mengarang. Ish! Kan best kalau ada 30 jam sehari.. Tapi fitrah manusia.. Makin banyak masa, makin tak cukup.

Selalunya, bila aku nak menaip entry yang memerlukan otak untuk berfikir atau effort yang lebih sedikit, mesti time weekend (tu pun kalau aku tak kua). Weekdays memang aku takde masa. Balik praktikal dah penat. Malam tu tot tet tot tet.. Dah pukul 10. Confirm mata cam dah kuyu and mulut asyik menguap and kepala minta tilam (aku tido tak memerlukan bantal ye.. hanya sediakan tilam and aku boleh tidur dengan lenanya).

Sebab tu kalau korang perasan bila hari Sabtu je la, entry aku lebih dari satu (if aku tak kua jalan-jalan->again. Tadi pun mama dah ajak aku kua tapi aku berjaya menolak cuz penat (mental+emosi+fizikal)).

So disebabkan hari ni hari Sabtu, aku nak share sikit bout apa yang aku dok buat beberapa hari lepas (mukadimah kemain nye panjang)

Now ni aku tengah menggila tengok Interior Design (ID). Habis laman web dah ku jengah pasal ID ni. Tapi yang betul-betul menarik perhatian aku adalah Nippon CreationsCasa Impian and Dulux. Serious cantik. Im truly inspired with their deco.

Okay, let me begins with Nippon Paint.
Kat sini korang boleh tengok macam mana dorang make over sesuatu barang/area(living room/dining/bedroom) dengan cost yang murah. And get inspired with their creative-ness. Serious menarik

Aku suka warna purple stone tu tapi agak dark. Sesuai ke kalau aku nak guna that colour as my feature wall?
Warna: Purple Stone

Aku nak gunakan warna tu as my non feature wall tapi takut nampak dull
Warna: Lavender Gray



Aku cam suka gak yang ni tapi mama cakap warnanya lebih kurang je dengan warna yang sekarang ni (cuma aku nye a bit pinkish lagi)
Warna: Purple lagi

Aku suka sangat wall deco and colour dinding ni but my mama cakap warna biru tak sesuai dengan perempuan.. (Ala.. Kena reject la pulak)
Warna: Biru Laut

Yang ni pun aku berkenan jugak sebab nampak ala-ala nature and warnanya nampak matured (even aku tak matured pun).
Warna: Green (tapi mama aku kata tak cantik. Hijau taik anjing. Takde kaitan pun dengan taik anjing.. Aiseh.. Asyik reject je. Mujur dia yang nak sponsor beli cat)

Okay.. Tu pasal Nippon Paint. Now pasal Casa Impian lak..Yang ni memang tak payah citer la kan. Aku rasa semua orang kenal dengan Eric Leong tu. His deco memang superb. Cantik sangat. Cuba tengok kat bawah ni..

Cantik kan??kan? kan?! (sila setuju dengan ku)
Warna: Purple (tapi adik aku tak kasi aku cat warna purple sebab tamo sama dengan dia nya warna bedroom. Kecoh ar)

Colour ni nampak sweet sangat.. English style.. Suka nye
Warna: Turqoise (again.. mama tak berkenan sangat warna biru)

Ni pun cantik tapi sama kes dengan yang di atas. Mama said hijau taik anjing. So it's a big NO! Tengah 'in' kot mama..
Warna: Hijau

Kalau kat Dulux pulak, yang menariknya kita boleh tengok colour kita (just masukkan tarikh lahir and gender) ikut Feng Shui (walaupun aku tak caya sangat pasal FS ni tapi saja suka-suka). Nak taw korang nye enhancing colour, click sini. Kat laman ni jugak ada apps mouse painter di mana korang boleh select room type and start colouring the wall. At least boleh bagi sedikit gambaran macam mana je nanti kalau korang warnakan dinding rumah korang nanti.

(click to enlarge)
Ni la apps enhancing colour tu
Mine is Yellow which I tak berapa suka sangat pun

And this is apps Mouse Painter tu.
Nampak tak aku warnakan wall tu
If tak nampak better gi check kat doktor mata takut ada something wrong ;p

Oh aku nak tambah kegilaan aku terhadap ID ni dengan..


Men'design' sendiri di Google Sketchup.
Sanggup tu download this software and start meng'explore'
Ini lah hasil yang tak seberapa

Tapi setelah di ajar oleh orang yang berpengalaman
Maka hasilnya adalah seperti di bawah


Eventho not 100% sama dengan bilik aku tapi lebih kurang la.. Dari segi susunan perabot and kedudukannya. Tapi tu semua tak penting.. Yang penting warna dinding tu. Apa yang aku cuba buat adalah menggambarkan bilik aku nanti jika dicat dengan warna purple walaupun warnanya tak sama dengan warna cat Nippon. Ala-ala pun jadi la kan..

Okay.. Enuff with that.. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa je tiba-tiba aku dok cakap pasal ID ni. Dah tukar course ke minah ni. Dari Civil Engineering ke Interior Design? Oh tidak kawan-kawan ku sekalian. Aku masih setia dengan Civil Eng. Malah dah nak grad dah pun this year (amin).

Well, motif sebenar aku dok menggila ID ni adalah disebabkan aku nak cat bilik tidur aku. Kalau nak taw, sebenarnya mama aku yang nak cat living+dining hall tapi aku lak yang sibuk-sibuk nak cat bilik aku sekali. Actually, aku dah boring yang amat dengan warna kat dinding ni. Eh! Jangan salah anggap. Im still a big fan of pink tapi kalau boleh kali ni aku nak colour yang matured sikit. Cam greenish ke or purplish (calm skit) ke. Almaklumla umur dah nak masuk 26 (Tiba-tiba rasa tua lak.. Dah la produk muka guna anti ageing.. Apa tua sangat dah ke aku ni?->melalut lagi) taknak la nampak terlalu pinkish sangat. Hmm.. Tapi rupanya payah betul nak memilih warna. Kena pandai pilih sebab kalau tersalah pilih, bilik akan nampak messy/buruk/hodoh/tak ceria etc.

p/s: I guess akan ambil masa yang agak lama la dalam nak memilih warna yang betul-betul sesuai. Just wait and see ;) (Wait until tumbuh janggut sebab memang seriously lama. hehehe)

6 comments:

Lilianna Mardiana said...

oh oh, yg bilik warna purple under nippon paint tu sgt lawa okey!! haha, laa, comel adik u. :D anyway, thnks for sharing, ni yg buat i rasa mcm nak explore jgak ni warna bru bilik kusam i ni. :P

*loue me* said...

lawa kan.. tu hasil sentuhan eric leong.i cam nak bilik camtu la tp xsure dia guna warna ape.nmpk lively and calm je.adik i tu kecoh cuz bilik dia skrg ni warna purple..so dia xnak i sama dgn dia.tp i cam into purple je since warna2 yg i suka dah direject oleh my mum.explore la..bila tgk deco yg cantik2 ni buat kita rasa xsabar nak deco mcm tu jugak

::FAIZ:: said...

Dulu aku amek course ni, tapi alih2 aku keje lain... hehe

*loue me* said...

really?aku berminat kot..aku rasa kalau dulu aku xdpt mana2 twrn IPTA, aku dah amik course ni kt kolej mana2 cuz aku minat.cuma my parents cam xsokong cuz peluang pekerjaan macam tipis sikit kalau ID. and mujurla aku dapat tawaran civil engineering ;)

::FAIZ:: said...

Id ni kene Kretif, kalau setakat ada Diploma atau degree pun tak guna. Tp stil blh berjaya bak kata pensyarah aku. Juz kene buat sesuatu yg wow. Tapi aku tak cukup strong n tak cukup power mcm eric Leong... hahaha

*loue me* said...

tu la..aku xsure la aku mampu jadi cm eric leong ke x kalau aku amik ID ni..mungkin stakat apply deco kat bilik sendiri blh la